CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

5 Hutan Paling Menyeramkan? Meremang Bulu Roma

25-1-2019 03:56 PM| Diterbitkan: monolog| Dilihat: 9347| Komen: 26|Original author: Oleh: monolog

Description: Dunia semakin maju, kota-kota semakin pesat membangun. Namun mistik di alam semesta kita masih tidak akan lari walau arus pembangunan semakin pesat.Hutan-hutan masih ada, disitu banyak perkara mistik ...

Dunia semakin maju, kota-kota semakin pesat membangun. Namun mistik di alam semesta kita masih tidak akan lari walau arus pembangunan semakin pesat.

Hutan-hutan masih ada, disitu banyak perkara mistik boleh di selongkar. Ketahuilah anda di bawah adalah 5 lokasi hutan yang menyeramkan di dunia.


Hutan Hoia-Baciu, Romania

kredit foto :google


Hutan ini terletak berdekatan dengan Transylvania. Tempat ini sering dihubungkait dengan Segitiga Bermuda daratan. Hutan Hoia-Baciu ini dikenali sebagai hutan yang mempunyai lubang waktu di dalamnya. Orang-orang di sana percaya ada suatu kawasan di dalam pusat hutan tersebut ada sebuah gerbang ghaib yang boleh menembusi waktu dan dimensi berbeza.

Ia diperkuatkan dengan cerita ada seorang gadis pernah tersesat masuk ke dalam hutan tersebut, lalu hilang tanpa dapat dikesan. Anehnya selepas daripada lima tahun , gadis ini muncul kembali. Dia tetap tidak berubah dan tetap memakai baju yang sama malah usianya seolah tidak meningkat.

Hutan ini juga dikatakan ada hubungan dengan UFO kerana ada ada orang yang pernah melihat UFO berlegar-legar di langit kawasan hutan tersebut. Menambah keseramannya ialah sesekali akan kedengaran suara perempuan merintih-rintih di dalam hutan tersebut.

 

2. Hutan Aokigahara


kredit foto :google

Hutan tebal ini terkenal dengan gelaran Lautan Pohon, dan mempunyai keluasan 32 kilometer di Barat Laut kaki Gunung Fuji, Jepun. Ia merupakan salah satu hutan yang menyeramkan di dunia.

Ada khabar angin mengatakan di dalam tanahnya wujud besi yang menyebabkan gangguan pada kompas sehinggakan ramai pejalan kaki serta penjelajah hutan ini tersesat.

Paling menyedihkan, hutan Aokigahara ini sering menjadi tempat orang membunuh diri yang popular di Jepun. Adalah dilaporkan lebih 500 kes bunuh diri telah terjadi sejak 1950an.


3. Hutan Hitam (Black Forest ), Jerman


kredit foto :google


Pokok pine dan cemara ( cypress ) tumbuh lebat dan menjulang tinggi sehinggakan tidak boleh ditembusi matahari. Menjadikan hutan ini sangat gelap dan sunyi walaupun di waktu siang.

Oleh itu, ia sering dikatakan tempat ini adalah sangat ideal sebagai tempat tinggal ahli sihir dan serigala jadian.

Kisah seram, hantu dan pembunuhan serta sihir di hutan itu turut terkenal dalam sebuah buku bertajuk The Necromancer yang diterbitkan pada 1794.

Bagaimanapun sekiranya ada yang ingin berkunjung ke hutan ini, mereka dinasihatkan untuk menghafal jalan supaya tidak tersesat kerana usaha pencarian akan menjadi sulit kerana keadaan hutan yang gelap.


4. Hutan Wychwood, England


kredit foto :google


Hutan ini terletak di Oxfordshire, semasa abad pertengahan, sebelum inggeris dikuasai bangsa Roman, hutan ini sangat luas. Namun akhirnya ditarah untuk dijadikan kawasan pertanian.

Misteri hutan ini ialah cerita mengenai Amy Robsart yang ditenui mati dengan lehernya patah. Punca kematiannya masih menjadi misteri sehingga ke hari ini.

Suatu hari hantunya bertemu dengan suaminya  Earl of Leicester sedang berburu, lalu berbisik mengatakan dia akan mati selepas 10 hari. Ternyata dia mati selepas 10 hari kerana sakit. Hal ini menyebabkan ramai orang mengatakan sekiranya sesiapa terjumpa dengan hantu Amy juga akan menimpa nasib yang sama.


5. Isla De Las Munecas, Mexico


kredit foto:google


Lokasi hutan ini adalah di sebuah pulau berhampiran dengan ibu kota Mexico. Setiap pohon di hutan ini tergantung ratusan anak patung yang sangat mengerikan.

Wujudnya patung-patung berkenaan dengan bermulanya kisah mengenai Don Julian Santana. Dia merupakan satu-satunya penghuni pulau tersebut dan telah menjumpai mayat seorang gadis di salah sebuah tali air di pulau tersebut kira-kira 50 tahun lalu.

Don Julian Santana telah menggantung anak patung di sebatang pokok sebagai penghormatan terakhir untuk gadis itu. Namun, apa yang menyeramkan saban hari anak patung semakin bertambah di setiap pokok sehinggalah tahun 2001.

Akhirnya Don Julian Santana ditemui mati lemas di tali air yang sama. Sejak itu, ramai yang mengganggap anak patung yang tidak lengkap dan bergantungan itu merupakan jelmaan syaitan.

Kesimpulannya sanggup ke anda berkunjung ke hutan-hutan ini?Sangat seram dan meremang bulu roma kan? - CARI

13

Bagus
14

Marah
16

Terkejut
17

Sedih
15

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (93 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moonbug 25-1-2019 04:32 PM
Seram weiii
Quote matchstick 25-1-2019 04:49 PM
hutan hitam tu gelap betul..jalan2 terlanggar rimau pun x sedar. tau2 dh kena ngap
Quote awaynepian 25-1-2019 06:27 PM
byk movie tunjuk pasal hutan kat japan tu..salah satunya the forest...cerita misteri pasal hutan nih..
sangat menarik
masa g japan tiga tahun lepas ada terpikir nak gi..tp kawan2 cakap xpayahla gi..tempat setan tu..
Quote anastasia7 25-1-2019 08:43 PM
Seramnya. Tp baca black forest teringat kek pula. Paling seram rasanya yg bergantung2 patung tu.
Quote monolog 25-1-2019 09:22 PM
awaynepian replied at 25-1-2019 06:27 PM
byk movie tunjuk pasal hutan kat japan tu..salah satunya the forest...cerita misteri pasal hutan nih ...

iye..i pun tgk citer tu..
Quote batu kikir 25-1-2019 11:08 PM
Seram lagi hutan di Malaysia..........kalau kau orang pernah masuk hutan la. Bukan pinggir hutan...........tetapi dalam hutan banat betul. Pulak2 kalau korang sesat dalam hutan......kencing dalam seluar tu dah kira perkara lumrah. Rasa macam tak jauh dari tempat mula.........tapi makin dicari jalan keluar, makin dalam kita masuk dalam hutan tu.
Quote komotthecat 25-1-2019 11:43 PM
kalau tanye org yg selalu masuk hutan mesti byk cerita2 mistik

Quote OttoVonBismark 26-1-2019 02:32 AM
biasa je ? korang belum sampai lagi bukit belakang ruah aku.lagi serm.
Quote Archaiv 26-1-2019 11:35 AM
wow, another 10 places must visits with your enemies. hehehe
Quote belon 26-1-2019 12:51 PM
OttoVonBismark replied at 26-1-2019 02:32 AM
biasa je ? korang belum sampai lagi bukit belakang ruah aku.lagi serm.

Kt mane tu
Quote robinmosby 27-1-2019 09:54 AM
Apalah jadi dengan hutan tempat ted bundy buang semua mayat yang dia dah bunuh dengan dia punya remains pun dekat situ. Mesti seram jugak
Quote safriehalim 28-1-2019 12:18 AM
Hutan di Malaysia pun seram juga kalau kita sesat seorang diri dalam hutan.
Quote SWORKS27 28-1-2019 11:49 AM
x de ke akak2,gadis2 ngletis nak #tag acah2 melancong kesini..
Quote chinta89 28-1-2019 02:26 PM
Hutan Hoia

Hutan Hitam



skerinya me tgk
Quote cikatilia 29-1-2019 11:25 AM
aku berminat dgn bacl forest germany tuh..

i wonder mcm mana kalau kita bina umah dlm tu


sentiasa malam aje la kot kan



ada pix nampak lawa la plak





ok lawa gila k
Quote kaklong32 29-1-2019 12:09 PM
OttoVonBismark replied at 26-1-2019 02:32 AM
biasa je ? korang belum sampai lagi bukit belakang ruah aku.lagi serm.

kat mana tew
Quote SweetShera 31-1-2019 11:38 AM
hutan kat mana pun seram..tambah2 tengah malam

tapi serious yg kat atas mmg seram

Mount Fuji pernah sampai tapi hutan tu sib baik tak masuk..klu tidak hmmmm
Quote acikhan 1-2-2019 03:18 PM
komotthecat replied at 25-1-2019 11:43 PM
kalau tanye org yg selalu masuk hutan mesti byk cerita2 mistik

Arwah atok Aku suke memburu mlm2 Ade la die citer kt cucu2 pasal mistik time die g memburu...setakat nie Ade la die citer 2/3 citer kt kami haaa...yg lain2 tu die simpan rapi sampai meninggal
Quote onexox97 2-2-2019 09:28 AM
Black forest jerman lawa

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.056195 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top