Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Kenapa E-Sukan Semakin Rancak Kebelakangan Ini? Nak Tahu Juga Kan..

10-6-2019 04:10 PM|Oleh: Kai998| Komen: 3

Kenapa kegiatan esports semakin rancak kebelakangan ini?

E-sukan atau dalam  bahasa inggeris "E-sports" merupakan istilah yang digunakan untuk permainan yang dilaksanakan secara kompetitif.Permainan komputer atau konsol sentiasa menjadi kegilaan remaja  pada zaman sekarang. Semua golongan boleh melibatkan diri dalam kegiatan E-sukan yang sentiasa membangun di setiap negara hampir seluruh dunia.

Jikalau dahulu,permainan games dan online boleh membazirkan masa, sekarang permainan yang dilakukan secara kompetitif boleh menjana pendapatan. Sebagai contohnya, permainan yang tersohor seperti dota,csgo,pubg,fortnite. Sekarang, hanya dengan "streaming" bermain games, kita dapat menjana pendapatan dengan mudah. Manakala, pakar dalam sesuatu permainan tersebut dapat merebut ribuan atau jutaan duit di pertandingan peringkat antarabangsa atau pertandingan terbuka.

Gamer mula disebut sebagai karier sepenuh masa pada dekad sekarang di mana teknologi menguasai minat seseorang dan berbaloi untuk jana pendapatan tanpa stres bekerja di pejabat atau di mana-mana. Tetapi karier seperti ini tidak mudah untuk dicapai seperti yang kita anggap. Remaja-remaja sekarang yang boleh profesional dalam games dapat membantu jana pendapatan hanya dengan berada di rumah dan memerlukan sedikit bajet untuk membeli keperluan pc games atau konsol yang hangat ditonton oleh semua golongan.

Hidup menjadi gamer telah menjadi realiti pada zaman sekarang. Permainan online semakin dilihat membuka peluang pekerjaan kepada sesiapa yang handal atau pro dalam bidang tersebut.Setiap negara  yang memerhatikan peluang ini,banyak melabur untuk kembangkan e-sports.

Persepsi terhadap gamer perlu diubah kerana e-sukan pada zaman sekarang lebih banyak memanfaatkan dari segi kewangan dan emosi seseorang untuk menjadikan minat sebagai karier.




Jadi, adakah anda masih memandang rendah akan gamer ini? - CARI 



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 3
Komen

Previous : SpaceX Milik Elon Musk Bakal Tunai Impian Billionaire Jepun Jadi Pelancong Pertama Ke Bulan

Next       : Ini Perkara Yang Perlu Dilakukan Jika Kereta Terjunam Dalam Air

Komen Terbaru

Quote MayaDelaRosa 11-6-2019 04:56 PM
Bgs la layam game dr layan pmpuan..Hahaha

Lain-lain Komen

Quote Abot 10-6-2019 11:06 PM
meluat.. laki aku hari2 dgr live pubg
Quote keds 11-6-2019 01:56 PM
aduhaiiiii......
Quote MayaDelaRosa 11-6-2019 04:56 PM
Bgs la layam game dr layan pmpuan..Hahaha

Lihat semua komen(3)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.094071s Gzip On
To Top