CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Daniel Craig Undur Diri, Ini Empat Calon Utama Pengganti James Bond

24-1-2019 11:56 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 9154| Komen: 52|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Daniel Craig Undur Diri, Ini Empat Calon Utama Pengganti James Bond
Daniel Craig bakal memulakan penggambaran filem terakhirnya sebagai James Bond di bawah arahan Cary Joji Fukunaga pada bulan Mac ini dan media kini heboh membuat spekulasi tentang nama-nama besar yang dikatakan bakal menggantikan beliau memegang watak ikonik itu.


Kredit foto: EON
Ketika ditanya wartawan, Barbara Broccoli , penerbit filem James Bond yang ke 25 berkata beliau dan pasukannya sedang menumpukan sepenub perhatian kepada filem terbaru ini dan belum memikirkan siapakah yang bakal menggantikan Daniel Craig. 


Kredit foto: IGN
Bagaimanapun sumber memberitahu suratkhabar The Sun bahawa sehingga kini terdapat empat nama besar yang disebut-sebut bakal menggantikan perisik British tersebut. Calon-calon pengganti tersebut adalah;


Richard Madden

Kredit foto: Hollywood Reporter
Richard Madden dikatakan pilihan utama untuk memegang watak Bond. Walaupun tidak sepopular calon lain, kecemerlangan Madden dalam siri aksi Bodyguard yang sedang hangat ditayangkan di BBC membuatkan pihak penerbit percaya dia adalah calon terbaik. Madden berketurunan Scottish dilahirkan di London pada tahun 1986 dan aktif dalam teater. Memegang watak Robb Stark dalam Game of Throne, beliau bakal muncul dalam filem biografi Elton John pada tahun ini.


Tom Hiddleston

Kredit foto: Hollywood Reporter
Anda mungkin mengenali Tom William Hiddleston sebagai Loki dalam filem Thor, atau kekasih singkat tiga bulan kepada penyanyi Taylor Swift. Beliau turut memegang watak yang sama dalam Avengers Thor: The Dark World dan Thor: Ragnarok. Memenangi banyak augerah lakonan, Tom Hiddleston juga aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan. Pada tahun 2017, Tom termasuk dalam senarai Orang Yang Paling Berpengaruh di UK.


Idris Elba

Kredit foto: Time Magazine
Pelakon British yang menjadi pilihan ramai bagi watak James Bond. Kelahiran London, Idris memegang watak Russell Bell dalam siri The Wire, Detective John Luther dalam siri Luther dan Nelson Mandela dalam filem biografi Mandela: Long Walk to Freedom. Bagaimanapun pemenang anugerah 'Lelaki Paling Seksi Di Dunia 2018' ini khabarnya tidak berminat untuk memegang watak James Bond.


Tom Hardy 

Kredit foto: NME
Dilahirkan di England pada 15 September 1977, Tom Hardy mula dikenali selepas lakonannya dalam filem Band Of Brothers (2001). Selain itu, beliau juga muncul dalam filem Black Hawk Down (2001), Star Trek: Nemesis (2002), Inception (2010), The Dark Knight Rises and Lawless (2012) dan Mad Max: Fury Road (2014). Lakonan berkualitinya dalam The Revenant (2015) turut mendapat pencalonan Oscar.

Selain daripada empat nama besar di atas beberapa orang pelakon TV seperti Justin Hartley dan Ricky Whittle turut disebut-sebut. 

Adakah anda bersetuju dengan calon-calon di atas? Siapakah pula pilihan anda untuk memegang watak James Bond selepas Daniel Craig?  -CARI

8

Bagus
8

Marah
9

Terkejut
9

Sedih
9

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 24-1-2019 12:02 PM
Sepatutnya Idris Elba
Quote fliphair8 24-1-2019 12:05 PM
Idris Elba....tall dark and handsome! Hehhehe
Quote matkpop 24-1-2019 12:08 PM
Idris Elba la.
Quote AmandaRollins 24-1-2019 12:08 PM
Tasty nya abg idris ngn abg tom hardy..
Quote saviour_09 24-1-2019 12:12 PM
tom hardy!

boleh la imagine venom jadi 007
Quote umbut 24-1-2019 12:14 PM
Daniel craig x hensem ler
Quote misc 24-1-2019 12:30 PM
Tom Hardy
Tom Hardy
Tom Hardy
Tom Hardy
Tom Hardy
Quote misc 24-1-2019 12:34 PM
saviour_09 replied at 24-1-2019 12:12 PM
tom hardy!

boleh la imagine venom jadi 007

dlm venom inesen je kan dia..kena control dgn alien
Quote Suchi 24-1-2019 12:36 PM
fliphair8 replied at 24-1-2019 12:05 PM
Idris Elba....tall dark and handsome! Hehhehe

Tapi abang derih tak minat jd james bond
Quote dekmieDandy 24-1-2019 12:36 PM
tom hardy kot
Quote fliphair8 24-1-2019 12:37 PM
Suchi replied at 24-1-2019 12:36 PM
Tapi abang derih tak minat jd james bond

Abam derih layak jadil jamil mat bon jek....character dlm 3some movie
Quote fliphair8 24-1-2019 12:38 PM
Suchi replied at 24-1-2019 12:36 PM
Tapi abang derih tak minat jd james bond

Aku ingat abam derih 3some plak...sowi
Quote CiliPadiSedap 24-1-2019 12:39 PM
remy ishak dengan akak handbag atas kepala
Quote Suchi 24-1-2019 12:41 PM
fliphair8 replied at 24-1-2019 12:38 PM
Aku ingat abam derih 3some plak...sowi

Kahkahkah yg malaysia tu ke hahaha
Quote buragazz 24-1-2019 12:57 PM
Venom la... Loki muka ada lembut sikit... Mat Deris pun ok.. yang Madden tu Aura tak kuat...
Quote nisako 24-1-2019 01:06 PM
tom hardy...……………...
Quote joannakimberly 24-1-2019 01:08 PM
IDRIS ELBA FOR JAMES BOND.
Quote Artemesiaa 24-1-2019 01:11 PM
Harap2 Tom Hardy
Quote Sang_Pencinta 24-1-2019 01:11 PM
Kalau gosip2 sebelah UK, kemungkinan besar si Richard Madden ni yang jadi Bond sebab Idris Elba tolak

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.052897 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top