CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Rela Berhabis Wang Demi Ubah Muka Jadi Michael Jackson!

31-1-2019 11:30 AM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 5683| Komen: 16|Original author: Oleh: Nia M

Description: Michael Jackson sememangnya seorang bintang yang cukup tersohor di persada dunia. Sepanjang hidupnya, Michael dibanjiri peminat yang menjadikan Michael idola pujaan mereka.
Michael Jackson sememangnya seorang bintang yang cukup tersohor di persada dunia. Sepanjang hidupnya, Michael dibanjiri peminat yang menjadikan Michael idola pujaan mereka.


Kredit foto: Google

Ekoran itu, lahirlah insan-insan yang cuba meniru idola kesayangan mereka dari segi gaya pemakaian dan tarian moonwalk Michael Jackson yang popular. Namun, ada juga yang ekstrem hingga ke tahap sanggup mengubah wajah untuk menjadi seperti Michael. 

Antaranya ialah Leo Blanco, lelaki berusia 22 tahun dari Buenos Aires, Argentina. Leo telah menjalani lebih dari 11 pembedahan semata-mata untuk kelihatan seperti idola kesayangannya itu. 


Kredit foto: Instagram Leo Blanco


Dia telah menghabiskan wang sejumlah ASD30,000 (RM122,640) untuk kesemua pembedahannya. Bagi Leo, walaupun banyak wang dihabiskan untuk tujuan itu, ianya berbaloi kerana Michael adalah idolanya.


Kredit foto: Instagram Leo Blanco

Akan tetapi, Leo masih lagi belum berpuas hati dengan penampilannya sekarang dan menyatakan hasrat ingin melakukan lebih banyak pembedahan di masa akan datang. Leo akui, sesiapa sahaja yang menjalani pembedahan plastik akan menjadi ketagih untuk melakukannya lagi.


Kredit foto: Instagram Leo Blanco

Ibu Leo, Adriana Caruso, meluahkan kebimbangan terhadap anaknya yang semakin lama semakin obses. Adriana risau sekiranya Leo meninggal dunia ketika menjalani pembedahan.


Kredit foto: Instagram Leo Blanco

Dahulu, Leo pernah rasa dipinggirkan ketika zaman persekolahannya. Kini, Leo rasa lebih disayangi dan hidupnya lebih bermakna di samping peminat.


Kredit foto: Instagram Leo Blanco

Kredit foto: Instagram Leo Blanco

Leo meminati Michael Jackson semenjak kecil lagi. Justeru, dia nekad untuk terus mengabadikan Michael Jackson dalam dirinya. Ikuti kisah Leo Blanco menerusi video ini. - CARI


15

Bagus
13

Marah
15

Terkejut
15

Sedih
10

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote paz 31-1-2019 11:35 AM
Macam sekali minat dia. Tapi hampir nak sama lah rupa tu.
Quote kucingitam 31-1-2019 11:38 AM
lagi hensem dari jacko..
Quote Artemesiaa 31-1-2019 12:16 PM
Nampak agak sama tapi belum benar2 serupa
Quote epysha 31-1-2019 01:30 PM
mcm muka retis BBNU.. sapa tu..asad motah ka..lupa da
Quote rosa_canina 31-1-2019 01:44 PM
oo patutla ada yg cakap mj hidup lagi.. rupanya pelanduk 2 serupa
Quote dekmieDandy 31-1-2019 02:11 PM
terus nampak cam ponen
Quote mieymiey 31-1-2019 03:36 PM
Tak sama pun
Quote whadda 31-1-2019 05:51 PM
berbaloi la jugak sebab nampak akan2 sama.. cuma gigi tu cam jongos sikit dari MJ
Quote anony-mous 31-1-2019 10:50 PM
Kenapa i nampak the handsome version of MJ?
Quote chicozinn 1-2-2019 09:54 AM
nape gmba ketiga tu aku skali tgok cam SRK xpun anak bujang dia si aryan khan tu?

**btw xpyah ubah lagi la, muka ko nmpak lagi helok dari MJ asal sebab MJ kan bukan asal org kokosen..
Quote lee_sakura 2-2-2019 11:20 AM
anak mj pon tak teringin nk jd mcm apaknya
Quote pai.kacang 5-2-2019 11:51 PM
dinasihatkan.. pergi lah jumpa doktor sekali.. huhu
Quote pai.kacang 5-2-2019 11:53 PM
whadda replied at 31-1-2019 05:51 PM
berbaloi la jugak sebab nampak akan2 sama.. cuma gigi tu cam jongos sikit dari MJ

sebab tu laa gambar2 dia serius je kan
Quote orgsepang 6-2-2019 10:52 AM
Muda lagi dah banyak duit dia untuk dibazirkan begitu
Quote Juju89 4-3-2019 03:51 PM
lain orang lain hobi semoga gembiralah dengan minat anda yang satu ini.
Quote bazarayamy 11-4-2019 04:27 PM
sayangnyerlah duit habis untuk tujuan yang ntah ape-ape.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.059535 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top