CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Kontroversi Diet Keto, Perang Tercetus Antara Selebriti Hollywood

31-1-2019 03:01 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 7296| Komen: 26|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Kontroversi Diet Keto, Perang Tercetus Antara Selebriti Hollywood
Diet kontroversi Keto adalah pilihan utama ramai selebriti Hollywood. Bagaimanapun, diet rendah karbohidrat ini ditentang oleh pengamal kesihatan dan jurulatih kecergasan seperti Jillian Michaels.



Kredit foto: US Weekly


Debat antara kedua pihak memanas lagi minggu ini apabila Jillian Michaels, jutulatih kecergasan dalam siri The Biggest Loser membuat kenyataan dalam majalah Women's Health bahawa Diet Keto adalah diet yang buruk dan bakal mendatangkan beribu masalah. 


Kredit foto: Twitter


‘Saya tidak faham, kenapa ramai yang fikir diet jenis inis sesuatu yang baik?’ katanya. ‘Lebih baik kembali ke diet seimbang daripada diet rendah karbohidrat, tinggi lemak dan berlapar’ tambahnya sambil menyeru pembaca supaya menggunakan akal.


Kredit foto: Twitter


Kritikan pedas Jillian Michaels itu mengundang serangan balas daripada pengamal diet ini termasuk personaliti TV, Al Roker dan Andy Cohen.


Kredit foto:  Carian Google


Al Roker yang berjaya menurunkan berat badannya dengan diet keto berkata dalam Today Show bahawa pengamal berhak mengikuti apa-apa sahaja diet yang berkesan buat mereka, ada ahli sains yang berkata ya dan tidak untuk diet keto, tambahnya.

Hos TV, Andy Cohen pula menamakan Jillian Michael dengan gelaran ‘Jackhole of the Day’ dan memberitahu pengamal diet keto ‘jangan rasa kecil hati dengan Jillian, dia tidak layak beri nasihat’.


Kredit foto: Jenna Jameson


Membalas tohmahan kedua-dua hos TV ini, Jillian mengajak mereka untuk berbincang sains diet keto secara waras. ‘Saya mendapat banyak kritikan daripada selebriti pengamal diet keto, mari kita kupas sains di sebalik diet ini’ kata Jillian.”Diet keto mengakibatkan badan dalam keadaan ketosis dan membakar lemak untuk tenaga bukan karbohidrat, nampak pilihan bijak tetapi tahukah anda kesan jangka panjangnya?’ tambah Jillian lagi.


Kredit foto: Carian Google


Kebanyakan kajian sains seperti American College of Cardiology tidak menggalakkan diet keto kerana mengakibatkan pelbagai komplikasi kesihatan jangka panjang. Bagaimanapun kajian Boston Children Hospital mendapati ianya berkesan dalam mengawal kadar gula pesakit kencing manis yang mengalami obesiti.


Kredit foto: People


Nampaknya Jillian bakal berperang besar dengan pengamal tegar diet keto di Hollywood seperti Kim Kardashian, Halle Berry, Gyweneth Paltrow, Adriana Lima dan ramai lagi. - CARI 
3

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 31-1-2019 05:43 PM
Jillian ni selalu perasan macam bagus
Quote AyaqMeloSuam 31-1-2019 10:33 PM
Bru nk try ber#keto ngn #IF... {:cryrun
Quote sehirkedi 1-2-2019 01:22 AM
Baru tau agak bahaya juga keto diet ni.. Boleh sebabkan pengumpulan lemak di hati. Petikan dari sebuah artikel:
' Dr.  Berg talks about a ketogenic diet and it causing a fatty liver. Dr. Berg does not to do the ketogenic diet without lots of vegetables. You need 7-10 cups of vegetables per day. The ketogenic diet can cause a massive amount of fat being released through the body and through the liver.'
- Aug 5, 2017

Ape pun yang tembun bila dah slim.. Sangatla 'hot'. Tengok gambar 'Jenna Jameson'. Fuh.. Cun melecun!
Quote 234126 1-2-2019 07:21 AM
iol dah lama nak kecikkan punggung,memang since kecik besar. Diet mcm2 exercise mcm2 ujung2 keto dgn IF jugak yang menjadi bila dah tua ni. Haha tak exercise langsung. Tp mmg kena pilih makanan betul2 bukan main sumbat je any kind of fats. Fast food memang kena elak. Carbs pun mkn from sayur- kena ada juga sikit bukan carbless terus. Mau gugur rambut takda cukup glucose utk thyroid.
Quote elnor_81 5-3-2019 02:25 PM
Aku tgh buat IF ngan Keto ni sbb aku pya diabetes dh border.darah aku pun tinggi.lps buat ni..drh aku turun sket..tp stil border.hrp2 turun lg la..tp ble bce bhy plak..alamak....huhuh
Quote Sang_Pencinta 5-3-2019 02:27 PM
elnor_81 replied at 5-3-2019 02:25 PM
Aku tgh buat IF ngan Keto ni sbb aku pya diabetes dh border.darah aku pun tinggi.lps buat ni..drh ak ...

IF Keto tu macam mana?

Ajar sikit
Quote elnor_81 5-3-2019 02:35 PM
Sang_Pencinta replied at 5-3-2019 02:27 PM
IF Keto tu macam mana?

Ajar sikit

Aku buat IF.memula aku buat 12:12.skang dh 17:7..mse buka tu,kena mkn yg xde karbo.klo ikut btul2 keto,nasi xleh mkn..gandum,oat xleh..klo rse nk mkn nasi,guna kobis bunga..racik jd ala2 nasi.(tp aku x buat).aku amik nasi tp sket je..pastu lauk plak ikan/ayam.pastu sayur2an.klo btul2 100% keto...byk benda xleh mkn.aku join grup reverse diabetis obesity ni.ramai yg buat IF smpi 23jam:1 jam buka.mkn skali sehari.aku bru 2mggu buat..ad la rse ok sket.
Tp ble tya dietician,katanya kena gak ad karbo.even kevin zahri pun ckp benda yg sme...tauhu tempe pun xleh mkn klo diet keto ni.
Quote elnor_81 5-3-2019 02:36 PM
Lg 1,biasakan mkn berat skali je.snacking x digalakkan..
Quote Sang_Pencinta 5-3-2019 02:37 PM
12;12 tu maksudnya puasa 12 jam baru makan ke?

Quote Juju89 6-3-2019 05:03 PM
ohh macam menakutkan je cara diet ni.
Quote bondeh 7-3-2019 01:02 AM
I berani buat IF je Alhamdulillah sikit je lagi nak sampai berat ideal. Seluar2 baju2 byk dah longgar.

Baru buat nak masuk bulan ke-4, lama2 dah terbiasa makan heavy (masa waktu berbuka tu) tp sekali sehari then minum air putih banyak. Pencernaan pun elok.
Quote pai.kacang 8-3-2019 11:44 AM
diet seimbang low calory je laa senang. suku suku separuh
Quote ablishan 9-3-2019 09:45 AM
pai.kacang replied at 8-3-2019 11:44 AM
diet seimbang low calory je laa senang. suku suku separuh

Yup. Plus clean eating. Enjoy makan and still lose weight. Cuma lambat sikitla
Quote Suchi 10-3-2019 07:02 AM
pai.kacang replied at 8-3-2019 11:44 AM
diet seimbang low calory je laa senang. suku suku separuh

Kan yg tu je selamat dr dulu pun disarankan.
Tapi tulah selalunya org nak yg cepat turun buat la diet keto bagai.
Diet keto cam atkins diet la juga kan.
Diet low carb ni mmg bukan elok tuk jangka panjang.
Quote pai.kacang 10-3-2019 09:51 AM
ablishan replied at 9-3-2019 09:45 AM
Yup. Plus clean eating. Enjoy makan and still lose weight. Cuma lambat sikitla

if combine with exercise and puasa boleh cepat juga.. tapi xde laa 10kg sebulan
Quote pai.kacang 10-3-2019 09:52 AM
Suchi replied at 10-3-2019 07:02 AM
Kan yg tu je selamat dr dulu pun disarankan.
Tapi tulah selalunya org nak yg cepat turun buat la  ...

betul.. lepas tu kelaparan all the time. nape laa seksa diri
Quote zaziot 12-3-2019 04:12 PM
cane la bole tahap berlapar cmtu
aku kalau lama tahan lapar, kang mula rs nk pitam
Quote jointhecurse 13-3-2019 06:51 AM
zaziot replied at 12-3-2019 04:12 PM
cane la bole tahap berlapar cmtu
aku kalau lama tahan lapar, kang mula rs nk pitam

Klo ak wat if.. mula dgn 14 jam ( dari kul 7 ptg xjamah makan.. air masak je.. pas2 kul 9 pg esok ko sarapan je la.. xd terasa pn
Quote jointhecurse 13-3-2019 06:53 AM
Sang_Pencinta replied at 5-3-2019 02:37 PM
12;12 tu maksudnya puasa 12 jam baru makan ke?

Ye . Mnum ayaq masak je dari cth last mkn kul 7 mlm.. 7 pg dh bole sarap.. posa termsuk wktu tdo..

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.495671 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top