CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Top 7 Artis Dari Kawan Vs Lawan. Tapi Kenapa Fazura Gaduh Ramai Artis?

29-1-2019 11:31 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 61350| Komen: 214|Original author: Oleh: Azza

Description: Dunia hiburan memang tidak selalunya indah seperti yang dipaparkan di media sosial. Banyak cerita, skandal dan pelbagai lagi insiden yang tidak sedap didengar. Antara yang selalu diperkatakan ialah be ...




Dunia hiburan memang tidak selalunya indah seperti yang dipaparkan di media sosial. Banyak cerita, skandal dan pelbagai lagi insiden yang tidak sedap didengar. Antara yang selalu diperkatakan ialah berhati-hati apabila berkawan sesama artis kerana kita tidak tahu siapakah yang akan menikam dari belakang.

Sebagai penganalisis dunia hiburan di media sosial, Jefri Aduba de Janitor sekali lagi mengkompilasikan rentetan kisah-kisah mengenai artis seperti pergaduhan artis, gossip kahwin-cerai dan pelbagai lagi.

Kali ini, kita akan menyelongkar topik yang sangat menarik iaitu artis-artis yang bermula sebagai kawan tetapi kemudiannya berakhir sebagai lawan kerana isu tertentu. Terdapat tujuh kategori artis yang dulunya KAWAN tetapi kini LAWAN.

Kredit foto: M-Star



Menurut Jefri, pada tahun 2015 Kaka dikatakan sebagai punca Tasha Shila berpisah dengan teman lelakinya, Hans Wong. Oleh sebab itu, Kaka tidak dijemput oleh Sharifah Sakinah pada malam berinainya sebagai tanda sokongan kepada Tasha. Walhal Kaka antara rakan yang memeriahkan majlis Bridal Shower Sakinah bersama-sama artis lain di Bali.

Kredit foto: BN

Seterusnya tempat ke-6 menjadi milik Fazura VS Hanez Soraya. Maklumlah Hanez menjadikan Fazura sebagai idola membuatkan Fazura bangga pada mulanya. Namun, lama kelamaan Hanez mula meniru setiap inci penampilan Fazura menyebabkan isteri Fattah Amin ini menyampah lalu menyekat akses Instagramnya.

Seterusnya Fazura bukan sahaja tidak lagi berkawan dengan Hanez Suraya, malahan turut tidak lagi bertegur sapa dengan Sara Ali bermula dengan pengakuan Fazura menerusi program realitinya, Facing Up With Fazura pada 2014. Fazura VS Sara Ali nombor 5 Ada juga desas-desus yang mengatakan Fazura agak sukar mempunyai hubungan baik dengan wanita. Oleh sebab itu lingkungan sahabatnya adalah lelaki lembut.

Kredit foto:

Menduduki carta ke-4 ialah persahabatan antara Haqiem Rusli dengan Arif Bahran yang berbalas sindiran di Twitter ketika Haqiem dilanda kemurungan.

Manakala pergaduhan Watie dan Hannah, kedua-duanya dari kumpulan Elite menjadi kes yang paling besar kerana membabitkan perintah mahkamah dan jumlah saman hampir sejuta ringgit. Kisah yang bermula dengan Wati menggunakan nama Hanna untuk membeli kereta tetapi tidak membayar pinjaman kereta tersebut mengakibatkan nama Hanna disenaraihitam oleh pihak berkuasa. Ia berlarutan dengan turun naik mahkamah yang memaksa Watie membayar sejumlah wang kepada Hana tetapi masih gagal membayar penuh hingga sekarang. 

Kredit foto: HM

Seterusnya menurut Jefri, pergaduhan antara Sheila Rusli dengan Norlia Ghani mendapat tempat kedua akibat Norlia memakai skirt pendek ketika majlis anugerah atas desakan Sheila. Sementara itu seteru yang paling dasyat ialah pergaduhan antara Azwan Ali dengan Aznil Nawawi yang membuahkan filem Aku No.1 pada tahun 2004.


Kredit foto: Carian Internet

Dari kawan menjadi lawan adalah perkara biasa dalam kehidupan kita, namun apabila ia berlaku terhadap artis, ia dipandang sebagai gosip yang seronok 'dibawangkan'. Apa pula pendapat anda? Ada artis lain dalam senarai anda? - CARI 

12

Bagus
13

Marah
9

Terkejut
10

Sedih
12

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whadda 29-1-2019 12:02 PM
pendeknye cerita.. takde details ke setiap satu pergaduhan.. takkan norlia ghani bergaduh ngan sheila rusli semata mata pasal skirt pendek
Quote Orix 29-1-2019 12:14 PM
Teringat dlu zaman2 AF tgah fenomena, nak sgat tgok cite Aku No. 1, ujong2 haussssss jah
Quote lazim 29-1-2019 12:16 PM
whadda replied at 29-1-2019 12:02 PM
pendeknye cerita.. takde details ke setiap satu pergaduhan.. takkan norlia ghani bergaduh ngan sheil ...

seingat aku norlia kena kecam teruk masa pakai skirt ni. aku tgk pon pelik serba xkena..ala2 org tua xsedar diri. rumah kata pigi kubor kata mari lagi mau pakai skirt pendek. siap dibanding2kan dgn artis muda pon reti pakai gown dress labuh2. rupa2nya sis sheila yg suh pakai. tp bila norlia kena hentam sikit pon dia xtolong tu yg norlia sentap.

Quote kaklong32 29-1-2019 12:17 PM
whadda replied at 29-1-2019 12:02 PM
pendeknye cerita.. takde details ke setiap satu pergaduhan.. takkan norlia ghani bergaduh ngan sheil ...

tu la macam ikut dan je cerita ni
Quote Themilo 29-1-2019 12:17 PM
choiii.. kenapa nama Cik Lan Ketet @itis.azilah vs Nek Seripah tak masuk dalam list? Kecik hati beliau tau
Quote obses_budak 29-1-2019 12:18 PM
whadda: pendeknye cerita.. takde details ke setiap satu pergaduhan.. takkan norlia ghani bergaduh ngan sheila rusli semata mata pasal skirt pendek


Kan mendapat kecaman 7hr 7malam..harus la bolehnbuat gduh.  Skit pendek kulit rasanya dia pakai dengan kebaya..
Quote kibodwatriuh 29-1-2019 12:19 PM
picisannya hasil kerja reputz, tulis fazura gaduh ramai orang tapi bagi contoh dua orang jah. dua orang kira ramai ke reputz weyh? penjelasan setiap kes macam nak tak nak. adoilah forummer bukak thread lagi berjenis. silalah mereput.
Quote whadda 29-1-2019 12:23 PM
lazim replied at 29-1-2019 12:16 PM
seingat aku norlia kena kecam teruk masa pakai skirt ni. aku tgk pon pelik serba xkena..ala2 org t ...

lahh itu je penyebab gaduhnye
Quote whadda 29-1-2019 12:24 PM
obses_budak replied at 29-1-2019 12:18 PM
Kan mendapat kecaman 7hr 7malam..harus la bolehnbuat gduh.  Skit pendek kulit rasanya dia pakai  ...

memang ingat mase nenek tu pakai skirt pendek tapi tak tau penyebab dia gaduh ngan sheila rusli
Quote chicozinn 29-1-2019 12:25 PM
tu si royani n lisdawati bergaduh kat tepi kolam renang dah lupa ke?
Quote kucingitam 29-1-2019 12:28 PM
rita rudaini vs lisda mana?
datin beka vs eina
Quote MatDeghem 29-1-2019 12:29 PM
Carta gaduh sampai saman menyaman, turun court naik court...

Carta artist paling banyak menyaman  ...


Quote kakasotong2 29-1-2019 12:29 PM
Wow x cukup di twitter, tulisan haturss teragong kokping @jefri90 mendoniaaa jua porem walau dah lama xnmpk muka yach!

Curlastt chuolszah jep thread twidder uols jd bahan berita editor cari. Ke editor cari ni jep disebaliknya
Quote bambimbom 29-1-2019 12:31 PM
skang kaka dah kawin.. dah berbaik belum dgn tasha shila tu? sapa je retis yg dtg time kaka kawin eh? ade tak klik2 kinah yg pergi?
Quote kiah_mai_pulak 29-1-2019 12:32 PM
chicozinn replied at 29-1-2019 12:25 PM
tu si royani n lisdawati bergaduh kat tepi kolam renang dah lupa ke?

Ni paling legend.. gaduh berebut poji euwww
Quote kiah_mai_pulak 29-1-2019 12:33 PM
MatDeghem replied at 29-1-2019 12:29 PM
Carta gaduh sampai saman menyaman, turun court naik court...

Carta artist paling banyak menyaman  ...

Jah zouk vs anzalna n tasha xda pulak dlm list
Quote kiah_mai_pulak 29-1-2019 12:34 PM
Byk je retis gaduh...

Tokti vs kak pah
AzLan vs muh
Lan vs kristal
Quote samasam90 29-1-2019 12:35 PM
alkisah retis yg hadap duit maka aku kasihankan kau, aku bayar saman kau dgn duit seposen seposen mana? google la editor oiii.. pemalas nau2..
Quote danieladam 29-1-2019 12:37 PM
Benang ni patut fokus list yg mula2 bff lepas tu gaduh yach. Kalo dh memang sjak azali gaduh, x yah la masuk list.

Nak tgk gak yg dlu kulu kilir bersama, alih2 x tegur lg pastu.

Lihat semua komen(214)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.179870 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top