CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Sebar Kebencian Di Twitter, Ahmad Dhani Dipenjara 18 Bulan

29-1-2019 12:17 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 9988| Komen: 73|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Pemuzik terkenal Indonesia, Ahmad Dhani, 46, dijatuhkan hukuman 18 bulan penjara oleh Mahkamah Daerah Jakarta Selatan kelmarin kerana menyebarkan kata-kata kebencian berhubung dengan status Twitter ya ...
Pemuzik terkenal Indonesia, Ahmad Dhani, 46, dijatuhkan hukuman 18 bulan penjara oleh Mahkamah Daerah Jakarta Selatan kelmarin kerana menyebarkan kata-kata kebencian berhubung dengan status Twitter yang ditulisnya pada Mac dua tahun lalu. 



Kredit foto: Tirto
Dalam status tersebut, Ahmad Dhani menyerang penyokong mantan Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama (BTP) yang lebih dikenali dengan panggilan Ahok. Menurut Detik.com, Ahmad Dhani didakwa mengikut Artikel 45, Undang-Undang Informasi dan Transaksi Elektronik negara tersebut.


Kredit foto: Twitter
Ketika kempen Govenor pada Mac 2017, Ahok terpalit tuduhan menista agama dan Ahmad Dhani telah menulis beberapa status antaranya ‘Yang menistakan agama si Ahok, yang diadili KH Ma'ruf Amin’. Tweet keduanya pula 'Siapa saja dukung penista agama adalah bajingan yang perlu diludahi mukanya' Manakala status ketiganya adalah 'Kalimat sila pertama KETUHANAN YME, PENISTA Agama jadi Gubernur, kalian WARAS?.' 


Ktedit Foto: DetikHot
Hakim Ratmoho memutuskan Dhani didapati bersalah mengeluarkan kenyataan berbaur kebencian berdasarkan sesuatu bangsa, etnik dan kelas. ‘Oleh itu mahkamah menjatuhkan hukuman satu tahun enam bulan kepada Ahmad Dhani’ putus Hakim Ratmoho. Hukuman terhadap Ahmad Dhani kurang enam bulan berbanding yang disarankan oleh pihak pendakwaraya. 

Kredit Foto: Kompas
Hukuman terhadap penista agama dan penyebar kebencian di negara itu semakin tegas. Southeast Asia Freedom of Expression Network (SAFEnet) melaporkan sejak Artikel 45, Undang-Undang Informasi dan Transaksi Elektronik diperkenalkan pada tahun 2008, seramai 381 orang telah dipenjarakan, 90% daripadanya berupa fitnah manakala selebihnya kerana ucapan berbaur kebencian. -CARI
8

Bagus
8

Marah
8

Terkejut
9

Sedih
6

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HujanBatuTiga 29-1-2019 12:31 PM
Konsert sabtu ni apa cerita?
Quote noraidil_06 29-1-2019 12:33 PM
HujanBatuTiga: Konsert sabtu ni apa cerita?

Dia bkn lead singer kan?
Quote helicornia 29-1-2019 12:33 PM
HujanBatuTiga: Konsert sabtu ni apa cerita?

katanya diteruskan.vokalis asal mcm once n sorang lagi tu ada
Quote white_musk 29-1-2019 12:34 PM
Kamu yang tak waras dik
Quote pittjie 29-1-2019 12:37 PM
laa ... gimana dong konser di kuala lumpur?
Quote MadameOnion 29-1-2019 12:38 PM
helicornia: katanya diteruskan.vokalis asal mcm once n sorang lagi tu ada

Tapi kalau dhani takde mmg tak dewa la..
Quote tumpanglalu74 29-1-2019 12:40 PM
[youtube]WhHadJSGzm0[/youtube]


Quote cikkittydiva 29-1-2019 12:43 PM
Edited by cikkittydiva at 29-1-2019 12:46 PM

Alaaa... Nggak cukup formasinya... , Takpela janji drummer dia ada...tyo nugros   Once mekel  ..ari lasso. andra ada oke dah tu...  . Hidup baladewa
Quote cikkittydiva 29-1-2019 12:48 PM
MadameOnion replied at 29-1-2019 12:38 PM
Tapi kalau dhani takde mmg tak dewa la..

Haah la dah dia pengasasnya.... Adoii.. bukan senang nak kumpul2kan ex dewa ni... Lagu2 dewa 19 mmg semua masterpiece eventho dhani just nyanyi neng neng nong neng.. hahaha
Quote Decaffeinated 29-1-2019 12:56 PM
beliau dapat hidayah ka?

kok masih mau berkonser maksiat dong..
Quote MadameOnion 29-1-2019 01:10 PM
cikkittydiva replied at 29-1-2019 12:48 PM
Haah la dah dia pengasasnya.... Adoii.. bukan senang nak kumpul2kan ex dewa ni... Lagu2 dewa 19 mm ...

Dhani founder dewa..lagu2 pun semua dhani tulis..nasib baik i tak terbeli tiket sbb ada kenduri kat kampung minggu ni
Quote Sang_Pencinta 29-1-2019 01:14 PM
Konsert di KL katanya akan diteruskan tanpa Ahmad Dhani
Quote duri_durians 29-1-2019 01:16 PM
sampai kini masih terfikir kenapa netizen indon asyik tnya

" kenapa pemain badminton malaysia semuanya china "

rakyat kau banyak je cina tapi pakai nama indon. zamn dulu takut kena bunuh atau dituduh komunis.

untuk tidak lari topik--

nape aku taktau dorang datang buat konsert!!!


Quote prettyuglybabe 29-1-2019 01:17 PM
aduh.. kasihan dong peminatnya..
Quote cikkittydiva 29-1-2019 01:17 PM
MadameOnion replied at 29-1-2019 01:10 PM
Dhani founder dewa..lagu2 pun semua dhani tulis..nasib baik i tak terbeli tiket sbb ada kenduri ka ...

Adik iols tetap pegi wpun dhani xde.. sbb dia mmg kipas susah mati dewa 19.. iols since beranak pinak ni mmg idokla konser2 ni.. jaman dolu bole la...
Quote drivethru 29-1-2019 01:18 PM
Nape dani n ahok x dipenjarakan sekali. Boleh main jatuh2 sabun.
Quote Q.Hanna 29-1-2019 01:19 PM
waduhhh ahmad dhanii xD
Quote tikusmontok 29-1-2019 01:28 PM
duri_durians replied at 29-1-2019 01:16 PM
sampai kini masih terfikir kenapa netizen indon asyik tnya

" kenapa pemain badminton malaysia se ...

ntahnya. ahok cina bukit tu pun nama basuki. rudy hartono tu pun cina.
Quote Sang_Pencinta 29-1-2019 01:29 PM
drivethru replied at 29-1-2019 01:18 PM
Nape dani n ahok x dipenjarakan sekali. Boleh main jatuh2 sabun.

Ahok dah dipenjarakan dulu..

Dah keluar pun slps dua tahun


Dhani tangguh  perbicaraan sampai minggu lalu

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.431769 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top