CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Raja Permaisuri Agong Baharu, Ini 7 Fakta Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

31-1-2019 05:10 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 45309| Komen: 289|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Permaisuri Agung Baru, Tengku Ampuan Pahang Dimasyhurkan Kelmarin
Hari ini, rakyat Malaysia merafak sembah takzim atas perisytiharan Yang di-Pertuan Agong yang baharu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ini sekaligus menyaksikan Tunku Azizah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar sebagai Raja Permaisuri Agong yang baharu. 


Sebelumnya, Tunku Azizah Aminah dimasyhurkan sebagai Tengku Ampuan Pahang yang baru, 31 tahun sejak pertama kali gelaran ini dikurniakan.


Kredit foto: Instagram


Pemasyhuran telah disempurnakan oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam satu majlis penuh adat istiadat di Balairung Seri, Istana Abu Bakar. Tunku Azizah adalah Tengku Ampuan Pahang yang kelima dalam sejarah Kesultanan Pahang.



Kredit foto: Instagram


Upacara pemasyhuran bermula dengan peristyiharan pertabalan Tunku Azizah sebagai Tengku Ampuan Pahang oleh Tengku Muda  Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah seperti yang diperkenankan oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah.


Kredit foto: Instagram


Berikut adalah informasi Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mungkin anda belum tahu;

1.Tunku Azizah yang dilahirkan di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru pada 5 Ogos 1960, anakanda keempat kepada Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail dengan Enche’ Besar Hajah Kalsom Abdullah.


Kredit foto: Instagram
Kredit foto: Instagram


2.Tunku Azizah menerima pendidikan awal rendah dan menengah di Johor Bahru sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Nasional Singapura dalam bidang Sains Politik dan Sosiologi.

3.Berkahwin dengan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang pada ketika itu Tengku Mahkota Pahang pada 6 Mac 1986.

4.Dikurniakan 9 orang Putera dan Puteri.

Kredit foto: Instagram
Kredit foto: Instagram


5.Menyandang pelbagai jawatan rasmi antaranya Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tenun Pahang Diraja Negeri Pahang Penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja, Penaung Diraja Sahabat Asia Pasifik Persatuan Pandu Puteri Dunia, Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) cawangan Pahang, Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Kebangsaan (1991) ,Naib Yang Dipertua PPPM Peringkat Kebangsaan (1999-2011), Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Negeri Pahang dan  Pengasas dan Presiden Seumur Hidup Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF).



Kredit foto: Instagram
Kredit foto: Instagram


6.Seorang yang minat memasak sehingga menghasilkan buku resipi ‘Air Tangan Tengku Puan Pahang’ pada 2005 dan dua buku resipi lain iaitu ‘Air Tangan Tengku Puan Pahang - Masakan Tradisional Pahang’ dan ‘Air Tangan Tengku Puan Pahang - Manisan Tradisional Pahang’ pada 2018. Selain itu minat menjahit, mengait, menyulam, membatik dan mereka bentuk Tenun Pahang Diraja.


Kredit foto: Instagram


7. Dikhabarkan seorang forumner CARI yang aktif, sudah semestinya Baginda ada thread yang khas di sini untuk para forumner mengucapkan tahniah


Semoga keluarga Diraja dikurniakan kesihatan dan dapat memerintah dengan adil dan saksama. Daulat Tuanku! - CARI 
11

Bagus
5

Marah
6

Terkejut
6

Sedih
6

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CKNine 31-1-2019 05:15 PM
No 4 salah fakta.....bukan semua  9 anak dia laaa....ada anak julia rais
Quote RatuDunia94 31-1-2019 05:38 PM
Apa ID permaisuri?
Quote Sang_Pencinta 31-1-2019 05:39 PM

Patik pun tertanya tanya

Tak pernah berforum dgn dia sekali

Permaisuri bahasakan diri dia apa dlm forum ni?
Quote sharlenetexas 31-1-2019 05:46 PM
Seorang forumer Cari. Ini fakta
Quote aku_best 31-1-2019 05:52 PM
RatuDunia94 replied at 31-1-2019 05:38 PM
Apa ID permaisuri?


Tak salah iols...azmee or azmee06
Quote Kurex 31-1-2019 05:55 PM
Adakah bahasa permaisuri dekat Cari ni seperti kerabat atau marhaen jua? Atau guna sikit bahasa kefonenan?
Quote Decaffeinated 31-1-2019 05:58 PM
x kena lah pakai mahkota atas tudung...

buruk...

Quote sharlenetexas 31-1-2019 06:00 PM
Brroch bahu baju hijau tu bentuk rama-rama ke?
Quote airisa 31-1-2019 06:01 PM
sharlenetexas replied at 31-1-2019 05:46 PM
Seorang forumer Cari. Ini fakta

betul ... rajin membalas komen ..

dari forum yg dah telah berkubur & skrg di cari ..
Quote Sang_Pencinta 31-1-2019 06:01 PM
Fesyen Permaisuri ada identiti sendiri

Tapi macam sarat dan semak
Quote kaklong32 31-1-2019 06:06 PM
ai suka tgk dia memasak
tapi mcm dah xde ig dia tu
Quote haruslah 31-1-2019 06:17 PM
3 perempuan tu anak queen ke?
Quote anaktoyol 31-1-2019 06:34 PM
haruslah replied at 31-1-2019 06:17 PM
3 perempuan tu anak queen ke?


yg perempuan cuma afzan dan jehan jer yg anak kndung dia
Quote cmf_premierleag 31-1-2019 06:34 PM
anak2 JR sume anggun dan lawa2 ya
Quote nazzse 31-1-2019 06:39 PM
Perati jer TA salam lelaki bukan muhrim,tak ya..bangga meols ada jgk yg menjaga betul2
Quote Rainrein 31-1-2019 06:47 PM
CKNine replied at 31-1-2019 09:15 AM
No 4 salah fakta.....bukan semua  9 anak dia laaa....ada anak julia rais

Sauk semua la sis. Kan JR kena dok diam diam. Anak JR yang baru kawin ritu pun kemain buat post ig saying thanks to permaisuri. Untuk mak sendiri maybe cakap f2f kottt. Sis husnuzon.
Quote RooneyMara 31-1-2019 06:51 PM
Kurex replied at 31-1-2019 05:55 PM
Adakah bahasa permaisuri dekat Cari ni seperti kerabat atau marhaen jua? Atau guna sikit bahasa kefo ...

Bahasa marhaen biasa je tp sopan la even though byk org kutuk n marah  kerabat kelantan pasal bauksit time tu. Dia reply sikit2 juga elok2
Quote Orix 31-1-2019 06:56 PM
Kahkah yg last tu {:smile
Quote jfq 31-1-2019 07:01 PM
Fesyen baju dia agak pelik. Especially the broad shoulder pad

Lihat semua komen(289)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.096536 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top