CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Padah Berdiri Di Tangga, Pelajar Maut Digilis Bas Sekolah

30-1-2019 10:37 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5164| Komen: 30

Description: Pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesen, Segamat, dilaporkan maut selepas kepalanya digilis sebuah bas sekolah.
Pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesen, Segamat, dilaporkan maut selepas kepalanya digilis sebuah bas sekolah.

Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku di Jalan Mutiara 8, Taman Tenang, jam 3 petang semalam.



Kredit foto: Harian Metro/NSTP

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat berkata, M Ranjani, 18, yang dalam perjalanan pulang dari sekolah ke rumahnya di Johore Labis Estate, Chaah berdiri di tangga pintu hadapan bas sekolah dinaikinya.

Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa dikatakan tergelincir dan terjatuh di bawah bas berkenaan.

“Ketika kejadian, bas sekolah berkenaan menghantar pelajar pulang ke rumah di sekitar Taman Tenang. Ketika itu mangsa dipercayai berdiri di tangga pintu keluar bas berkenaan.


“Malangnya, tiba-tiba mangsa tergelincir dan kepalanya digilis tayar kiri belakang bas berkenaan.

“Mangsa cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Berikutan kejadian, lelaki berusia 71 tahun yang memandu bas berkenaan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.

Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Segamat untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya yang meminta saksi kejadian menghubungi Hotline IPD Segamat di nombor 07-9324222. - CARI
7

Bagus
8

Marah
6

Terkejut
12

Sedih
8

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (51 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 30-1-2019 10:51 AM
hadoi.. ingat bas mini ke nak bergayut kat pintu..
Quote myakayina 30-1-2019 11:02 AM
kenapa berdiri kat pintu tu dik..bas dah stop baru la turun..   
Quote umbut 30-1-2019 11:21 AM
Zaman aku sekolah dulu selalu diri.kat tangga budak2 lelaki
Quote EvieWanKenobi 30-1-2019 11:23 AM
takziah.. bas penuh kah sampai
kena berdiri di tangga?
Quote Suchi 30-1-2019 11:25 AM
Masa sekolah dulu mmg selalu duk kat tangga sbb bas penuh sgt sampai ke tangga yg last tu budak2 ni duk bergayut.

Kat tangga pintu kecemasan kat belakang pun sama penuh sampai bawah.
Syukurlah time tu tak jadi pape.dahla naik bas buruk je.
Quote Themilo 30-1-2019 11:31 AM
masa zaman sekolah dulu, meols pernah nampak budak terjatuh dari pintu kecemasan.

masa tu, bas sekolah yang kitorang naik lalu kat selekoh tajam, ntah macam mana pintu kecemasan terbukak, budak tu terpelanting keluar.. nasib baik dari arah bertentangan takde kereta / lori lalu & budak tu cedera ringan je

menjerit-jerit meols suruh pakcik driver berhenti. bas tinggi & aircond ye, bukan bas tingkap jenis rendah.
Quote chicozinn 30-1-2019 12:08 PM
aduh, ngeri yachh sebab aku dedulu pun slalu berdiri kat tangga tapi dua2 tangan aku pegang pemegang tu kuat2 takut terjatuh..
Quote Artemesiaa 30-1-2019 12:11 PM
Sesetengah mereka ni bukan tak ada tempat duduk dalam bas tapi dah macam habit suka sangat berdiri kat pintu bas.  Kadang pancik bas nasihat pun bukan nak didengarnya.  Silap langkah macam dalam kes ni terus hilang nyawa.
Quote kaklong32 30-1-2019 12:15 PM
Artemesiaa replied at 30-1-2019 12:11 PM
Sesetengah mereka ni bukan tak ada tempat duduk dalam bas tapi dah macam habit suka sangat berdiri k ...

btol2 kadang org dah nasihat tp x dgr kadang di marah nya drebar bas

tapi yela benda dah jadi so jadi pengajaran la kat semua

takziah utk keluarga mangsa
Quote hotmak 30-1-2019 12:18 PM
kesiannya, bas penuh sangat ke sampai kena berdiri kat tangga tu
Quote abas8888 30-1-2019 12:29 PM
tokey bas pun agak2 lah.. jangan ambik penumpang sampai kena berdiri kat tangga..kalau berdiri dalam bas kat tengah tu ok lagi..ni salah satu sebab aku berhenti naik bas masa tingkatan satu dulu..kena berdiri kat tangga sebab penuh sangat..naik basikal lagi selamat
Quote Malaysia.Doom 30-1-2019 12:30 PM
perangai Estate patut la mati...natural selection kata sis sissysembah
Quote Dunhill. 30-1-2019 12:45 PM
Malaysia.Doom replied at 30-1-2019 12:30 PM
perangai Estate patut la mati...natural selection kata sis sissysembah

zaman bas mini dulu pun sama lah waktu rakyat Malaysia ramai yg tak berkemampuan nk beli kenderaan sendiri
Quote moonbug 30-1-2019 12:47 PM
Takde seat nak duduk ke dik
Quote Malaysia.Doom 30-1-2019 01:21 PM
Dunhill. replied at 30-1-2019 12:45 PM
zaman bas mini dulu pun sama lah waktu rakyat Malaysia ramai yg tak berkemampuan nk beli kenderaan ...

orang pandai je boleh survive hidup....
Quote fifie_olin 30-1-2019 01:38 PM
bkn ke drp dulu dah suruh setiap bas sentiasa ditutup
Quote Buritan 30-1-2019 01:39 PM
prettyuglybabe replied at 30-1-2019 10:51 AM
hadoi.. ingat bas mini ke nak bergayut kat pintu..

Kat india bumbung bas pun depa duduk.. setakat pintu oklaa tuu
Quote Buritan 30-1-2019 01:40 PM
kaklong32 replied at 30-1-2019 12:15 PM
btol2 kadang org dah nasihat tp x dgr kadang di marah nya drebar bas

tapi yela benda dah jadi s ...

Yg berdiri kat pintuu tuu selalunya yg gedik perasan cantik pdhl muka hauk dan bodo kelas ujung
Quote ~boolean 30-1-2019 01:42 PM
Jangankan bas, yang bertenggek di pintu ktm dan lrt pun ramai juga. Yang buat bukan budak sekolah tapi acik-acik dan pakcik-pakcik yang dah bekerja. Sedangkan dalam punya banyak kosong. Menyusahkan orang lain yang nak keluar masuk.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.064442 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top