CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kenapa Main Di Situ Dik? Kan Dah Kena...

30-1-2019 02:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3316| Komen: 14

Description: Keseronokan kanak-kanak lelaki bermain bersama rakan-rakannya di kawasan tangga Flat Sri Titingan di Tawau bertukar cemas apabila mangsa berusia 11 tahun itu tersangkut pada saluran paip pembetungan n ...
Keseronokan kanak-kanak lelaki bermain bersama rakan-rakannya di kawasan tangga Flat Sri Titingan di Tawau bertukar cemas apabila mangsa berusia 11 tahun itu tersangkut pada saluran paip pembetungan najis, jam 8 pagi tadi.


Memetik Berita Harian, mangsa terpaksa menahan kesakitan selama lebih 20 minit akibat tersepit sebelum diselamatkan anggota bomba.


Foto: Berita Harian

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Sharudy Delamin mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.38 pagi sebelum lapan anggota bersama dua jentera dikerahkan ke lokasi.

Difahamkan, kanak-kanak itu tersepit di celah paip pembetungan najis dan dinding Tingkat 4, Blok E bangunan berkenaan.


Menurutnya, anggota menggunakan peralatan pemotong hidraulik untuk merenggangkan saluran paip sebelum berjaya mengeluarkan kanak-kanak terbabit.

“Tiada kecederaan serius dialami kanak-kanak terbabit sebelum ahli keluarga menghantarnya ke klinik berdekatan untuk rawatan lanjut,” katanya. - CARI
9

Bagus
10

Marah
11

Terkejut
9

Sedih
10

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaklong32 30-1-2019 02:46 PM
adoi cari penyakit btol
Quote moonbug 30-1-2019 02:51 PM
Mujurlah tersepit kat situ, kalau terjatuh terus ke bawah 4 tingkat tuu
Quote Kiah.comei 30-1-2019 02:53 PM
Nasib baik tersepit celah pipe dik..
Kalau gelongsor turun ke bawah dah jadi kes lain..
Quote jetrofa 30-1-2019 02:53 PM
hahaha..
Quote matbad 30-1-2019 02:56 PM
Dia nak ganti mat redha la ni
Quote Artemesiaa 30-1-2019 02:59 PM
Moga dah besar nanti jadi bomba balas jasa abam2 bomba yang datang mebantu
Quote prettyuglybabe 30-1-2019 03:07 PM
mak bapak biar anak keluar main sesuka hati ke..
tak dihambat ke sekolah ke?
Quote mdhelmi 30-1-2019 03:08 PM
budak laki sume camtu
aku masa baya tu pon mana fikir pape, tau main je
tu yg balik rumah baju seluar koyak, kaki bengkak2, kepala benjol, jari berlipat, bahu tergeliat
cuma yg aku ingat mak ayah selalu pesan jgn main tgh jln je
benda2 lain mana ada detail sgt, kene paham2 sendiri
dlm kes ni nk salahkan budak pon xbole
skrg lagila mak ayah sibuk dgn gejet je
Quote ulamalu 30-1-2019 04:02 PM
Boys will always be boys
Quote kikuri 30-1-2019 04:11 PM
mujur ko tersepit dik... kalo tak..
Quote arm_band 30-1-2019 04:21 PM
syukurlah nyawa masih panjang nak oiiiii
Quote wallame 30-1-2019 08:17 PM
Sakitnyaaaassa{:laugh{:nose{:question
Quote DeeHanania 31-1-2019 09:03 AM
lasak sangat bermain sampai tersepit kat situ
Quote xmynnx 31-1-2019 09:04 AM
tak terhantuk , tak terngadah.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.099583 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top