CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Bodoh Manalah Yang Start Bossku Bossku Ini?'- Kisah Di Sebalik Slogan Popular..

1-2-2019 05:07 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 15383| Komen: 42|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: “Bodoh Manalah Yang Start Bossku Bossku Ini?” – Kisah Di Sebalik Slogan Yang Kini Jadi Ikutan Ramai
Sekarang ke mana-mana anda pergi, pasti akan mendengar slogan 'malu apa bossku' terutama di kalangan anak-anak muda. Mantan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak juga telah menggunakan frasa itu dalam penulisannya. 




Kredit foto: Utusan


Terkini, beliau meminjam slogan itu dalam poster yang menunjukkan beliau sedang menunggang motosikal dan tular di media masa. Tidak cukup dengan itu, beliau juga kerap kali mengulangi slogan yang sama dalam penulisannya.



Kredit foto: Twitter



Mungkin ada yang tertanya-tanya, 'Siapakah sebenarnya yang memulakan slogan ini?' 

Kredit foto: OrangSabah.com


Ada yang mengatakan  slogan yang tidak diiktiraf oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ini (kerana slanga tidak rasmi) mula dipopularkan oleh anak-anak muda terutamanya golongan yang menaiki motosikal. Trend itu kemudian menjadi ikutan di media sosial.



Kredit foto: Facebook



Bagaimanapun, jika disemak di Twitter mengenai susur galurnya, slogan atau frasa ini dikatakan bermula di negeri Sabah terutamanya di Daerah Tawau.  Menurut laman OrangSabah.com, panggilan 'boss' digunakan di negeri itu merujuk kepada semua golongan lelaki, manakala 'mandak' atau 'sumandak' pula digunakan untuk mewakili golongan perempuan. 



Kredit foto: Twitter

Kredit foto: Twitter



Uniknya, panggilan ini tidak merujuk kepada status atau kelas seseorang tetapi lebih kepada sapaan mesra. Lama kelamaan perkataan ini berkembang menjadi panggilan yang digunakan dalam perniagaan atau aktiviti berjual beli sehari-hari. 



Kredit foto: Carian Google
Kredit foto: Carian Google



Menurut Facebook Borneo ianya adalah tanda hormat ketika berkomunikasi kerana dianggap lebih mesra berbanding 'kamu', 'aku' atau 'kau'. Lebih penting lagi, panggilan 'bossku' sesuai digunakan bila kita berbual dengan seseorang yang tidak diketahui nama atau pangkatnya sebagai tanda persahabatan dan keakraban.



Kredit foto: Twitter


Kini dalam era digital, fungsi frasa ini sekali lagi berubah sebagai slogan yang digunakan oleh netizen dan ahli politik untuk berlawak, menguatkan hujah, pernyataan sarkastik ataupun kata-kata menyindir.



Inilah sedutan kisah slogan yang dahulunya melambangkan persahabatan dan keakraban ini. - CARI 
16

Bagus
5

Marah
9

Terkejut
9

Sedih
13

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mdhelmi 1-2-2019 05:18 PM
oic mmg aku ada terbaca dia asal dari sabah sarawak sana
budak2 je yg suka ikut sume ni
Quote mzzenma 1-2-2019 05:39 PM
kalau boss tu memang biasa guna even dekat semenanjung kan.. kalau specific bossku tu mmg asal sabah eh

yang nak rengsa sangat kenapa..menepek kat socmed 24 jam ler tu..
Quote Rogue98 1-2-2019 06:18 PM
Asal kan tak menghina sesiapa ok jer. Heran pulak ada yang risau.
Quote AbukRokok 1-2-2019 07:18 PM
panas ke bosskurrr?????
mmg betul pun sebelum najib lagi dah sana sini sebut bosku...pm bosku... tahniah bosku
Quote rayray28 1-2-2019 07:34 PM
Kt kedai mamak lama dh kan
Quote awaynepian 1-2-2019 08:19 PM
adoi la...bahasa sabah kot...
aku ada kawan sabahan..dr zaman blajar mmg dah dgr pasal bossku..
chill2 sudah..kita meraikan perbezaan bahasa  ..xterganggu pun aku masa mula2 dgr tu
Quote rantaikendoq 1-2-2019 08:26 PM
perkataan BOSSKU itu tanda menghormati org lain, tak kira siapa saja samada customer ka orgtua ke wanita ke pompuan ke samala mcm budaya melayu yg tebal sikap saling menghormati...

cuma remaja trend skang yg cuba memburukkan imej yg menjadi trend org sabah sekian lama
inila masalah remaja akhir zaman yg kurang iman kurang agama...
dah la biadap, kurang ajar pula tu...tak reti malu langsung
Quote MadameOnion 1-2-2019 09:56 PM
I naik grab pun panggil driver tu boss especially kalau chinese guy.. Bodoh manalah pompuan ni?
Quote MsKathryn 1-2-2019 10:59 PM
Pompuan ni x tau nk tweet apa so dia tweet la statement bangang
Quote cikanggun 1-2-2019 11:15 PM
Memang bodoh. Rasa nk tumbuk jer mangkuk hayun yg bodoh sgt ckp mende tu. Annoying as fvuk
Quote RatuDunia94 1-2-2019 11:55 PM
Iooa ingatkan asal dr slang indon.. sbb ada dengar retis2 indon guna perkataan bossku jugak.. netizen sana pon ada guna. Mcm dh lama juga..
Quote fliphair8 2-2-2019 12:53 AM
Okurrrrrrr.....cardi b!
Quote lee_sakura 2-2-2019 01:04 AM
aku dgr perkataan bosku ni kt lahad datu sabah, tahun lepas...mcm pelik dgr kwn aku dok sembang dgn org tempatan tp aku senyap je la sbb pikir mayb itu bahasa belah2 sabah sana...mcm org perak panggil yob, n9 panggil jang...aku pikir mcm tu je la...tp bila tgk filem paskal ada sebut perkataan bosku trus lepas tu bersepah bosku kt kl ni..kadang2 rasa annoying pon ada bila budak2 opis dok bosku sana bosku sini
Quote LuLu^Lost 2-2-2019 01:50 AM
Edited by LuLu^Lost at 2-2-2019 01:51 AM

aku plak dengar perkataan bossku ni sebelum "Malu Ape Bosku"  lagi. kat IG. aku tanya kat diorg...pebende bossku bossku ni. sebab masa tu...it sounds so indonesia. ye la diorgkan suka mereka-reka perkataan yang bukan2 dan pelik2.

pastu ada yg reply...maybe org sabah kot. dia cakap...perkataan tu biasa digunakan kat sabah. mcm yg TT explain tu la. diorg bosskan semua org...dan tambah ku. hahaha

pada aku...kenapa tak bos je. semenanjung pun biasa sebut boss - boss ni, contoh : "nak minum ape bos?" , "baik bos", "aa..bos, ada org nak jumpa". so kat semenanjung ni cukup panggil boss je...dah sedap dah bunyinya. bila tambah ku...sumpah bunyi indon sgt. haha. pendpt aku la..jgn marah eh org sabah.
Quote jee72 2-2-2019 07:09 AM
Acik pun susah nak hadam bossku ke hulu bossku ke hilir. Sbb dah biasa tmbh ku utk org2 yg lebih dkt dlm hidup mcm ayahku ibuku kekasihku. Maybe kalau org sabah yg berckp tu kedengaran ok sbb gaya dorg berckp mmg dah gitu. Tapi tak payahlah smpi nk membodohkan org. Cringe diam2 suda.
Quote pokaibanktokyo 2-2-2019 08:01 AM
Aku nak start baru punya. "bossmu" agak agak okay tak ?
Quote judicata 2-2-2019 09:26 AM
sikit sikit nak rengsa. sikit sikit nak annoyed.

apa kebende la..... lantak pi la orang nak kata apa pon. netizen. tak komplen or tak rengsa sehari pasal benda remeh tak sah
Quote EncikRhoma 2-2-2019 11:02 AM
orang sabah memang sensitif sangat dengan orang semenanjung. Pompuan tu tanya secara general je. Dia tak mention pun dia tak suka perkataan tu sebab perkataan tu KONON asalnya dari sabah. Tiba2 pulak orang sabah nak label orang semenanjung terganggu...Apoooooo
Quote Sang_Pencinta 2-2-2019 11:31 AM
EncikRhoma replied at 2-2-2019 11:02 AM
orang sabah memang sensitif sangat dengan orang semenanjung. Pompuan tu tanya secara general je. Dia ...

Sebab perempuan tu guna perkataan 'bodoh'

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.112682 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top