CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Beyonce, Jay-Z Tawar Tiket Konsert Seumur Hidup Jika Sanggup Jadi Vegan Sebulan

15-2-2019 10:49 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 3606| Komen: 11|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Pasangan penyanyi terkenal Beyonce dan Jay-Z mengumumkan akan menawarkan peluang kepada peminat mereka untuk memenangi tiket konsert percuma seumur hidup jika mereka boleh menjalani hidup sebagai vega ...
Pasangan penyanyi terkenal Beyonce dan Jay-Z mengumumkan akan menawarkan peluang kepada peminat mereka untuk memenangi tiket konsert percuma seumur hidup jika mereka boleh menjalani hidup sebagai vegan selama sebulan.



Kredit foto: Carian Google

Penyanyi lagu Lemonade itu mengumumkan pertandingan tersebut kepada 123 juta pengikut Instagramnya sebagai tanda sokongan terhadap Greenprint Project yang menggalakkan peminatnya mengurangkan jejak karbon alam sekitar melalui pemakanan berasaskan tumbuhan sahaja.


Kredit Foto: Instagram

Beyonce sendiri berjanji hanya akan memakan makanan berasaskan tumbuhan sebagai sarapan setiap hari dan tanpa daging setiap Isnin. Manakala, Jay-Z pula akan memakan makanan berasaskan tumbuhan sekurang-kurangnya dua kali sehari.


Kredit foto: Carian Google

Buku The Greenprint Project adalah hasil karya Marco Borges, jurulatih kecergasan Beyonce yang mula dipasarkan Disember lalu. Buku tersebut menerangkan pemakanan vegan dan rancangan senaman. Malah, Beyonce dan Jay-Z menulis mukadimah pengenalan buku tersebut.



Dalam peraturan pertandingan yang digariskan, seorang pemenang akan dipilih untuk mendapat dua keeping tiket ke kesemua konsert  Beyonce dan/atau Jay-Z sepanjang 30 tahun akan datang. 

Tapi, ini tidak menghalang pengumuman Beyonce itu disambut dengan hangat oleh peminatnya. Masing-masing meluahkan perasaan tidak sabar untuk menyertai cabaran vegan demi mendapat tiket konsert percuma seumur hidup.



Walau bagaimanapun, ada juga yang berpendapat Beyonce dan Jay-Z adalah hipokrit kerana kemewahan seperti rumah dan jet peribadi mereka sudah pastinya menyumbang kepada banyak jejak karbon.



Walau apapun, sekurang-kurangnya Beyonce berbuat sesuatu untuk alam sekitar dan menggembirakan peminatnya. Siapakah agaknya peminat yang bakal bertuah itu? - CARI
7

Bagus
8

Marah
5

Terkejut
6

Sedih
5

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 15-2-2019 10:59 AM
Sebullan vegan saya sanggup

Tapi nak compete dengan yg lain kan? Tak semestinya menang

Tu tak sanggup
Quote lucky_peace 15-2-2019 12:24 PM
tumbuhankan hasilkan oksigen, kenapa tak makan tumbuhan... better makan haiwan berdaging yang menggunakan oksigen, hahah...

Quote Orix 15-2-2019 01:23 PM
iols sanggup jah kalo dia sponsor tiket flight pegi balik sekali . tp mcm mana dia nak nilai pemenang?
Quote None68 15-2-2019 04:34 PM
Ok je contest dia ni mana form dia?
Quote Sang_Pencinta 15-2-2019 09:42 PM
Ramai yg nak ikut ni,

tak ada peluang menang
Quote dani-rox 16-2-2019 05:14 AM
katakanlah menang tiket tp tak lama lepas tuh yonce dan lakinya mati, cemana ya? adakah show akan diteruskan dgn hologram dia org?
Quote Sang_Pencinta 16-2-2019 08:53 PM
Nak ikut? cuba pegi insta beyonce
Quote 234126 16-2-2019 11:14 PM
Ler kalau mcm tu, iol ni dah separa vegan la? Hahahaha dah pagi2 makan oat je almond milk pastu lunch kadang makan kentang garing masak lada dgn nasik. Iol jenis suka ulang2 lauk sampai muak. So dah 2 minggu ni ter-vegan rupenye {:run
Quote dua_chzy 16-2-2019 11:21 PM
Challenge ni, kacang bagi akak.
Quote RatuDunia94 18-2-2019 11:55 PM
Tak masalahnya sheols tau ke kalo deols menipu pon??
Quote Juju89 6-3-2019 04:53 PM
wow agak sukar bagi saya kerana saya adalah gemar makan daging tanpa daging saya akan menggigil.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.118228 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top