CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

5 Resume Builder Percuma Yang Anda Boleh Guna! Resume Mantap, Senang Cari Kerja!

11-2-2019 12:52 PM| Diterbitkan: hafiz.ahmad| Dilihat: 4305| Komen: 1|Original author: Oleh: hafiz.ahmad

Description: Kebanyakan fresh graduate yang mahu memohon kerja atau internship mengalami masalah dalam membuat resume atau CV mereka. Guidelines untuk buat resume dan informasi yang perlu diletakkan kadang kala be ...

Kebanyakan fresh graduate yang mahu memohon kerja atau internship mengalami masalah dalam membuat resume atau CV mereka.

Guidelines untuk buat resume dan informasi yang perlu diletakkan kadang kala berterabur dan kelihatan tidak menarik jika dipandang oleh pihak majikan.


Resume memainkan peranan penting sebagai first impression terhadap bakal pekerja oleh pihak majikan. Jadi apa yang anda perlukan adalah resume yang mantap dan menarik. Tanpa perlu membazir wang dengan membeli template dari penjual resume, sebenarnya korang boleh buat secara percuma di website resume builder. Berikut adalah top 5 website untuk resume builder yang anda perlu tahu!

 

 1. Canva

Canva adalah website yang membenarkan anda untuk design apa sahaja. Dari poster, banner sehinggalah ke resume. Anda hanya perlu register, kemudian design resume ikut kreativiti sendiri dan download secara percuma. Ya, percuma!



Template yang disediakan juga banyak, dari segi susunan maklumat sehinggalah ke warna, anda boleh ubah semuanya mengikut kreativiti masing-masing.



Side bar menu yang disediakan di kiri screen mempunyai banyak fungsi yang mampu mencantikkan lagi resume anda. GUI yang disediakan agak mudah untuk difahami oleh pengguna baru, tanpa perlu menghadapi kekeliruan dalam cara penggunaan.

 

Pro dan Cons Canva:


Pro

Cons

  • Template yang banyak.
  • Boleh download secara percuma.
  • GUI yang mudah untuk pengguna.

  • Ruang editor yang kecil agak menyusahkan.

 


 2. Resume.com

Seperti Canva, Resume.com juga adalah website yang membenarkan pengguna untuk mencipta resume secara percuma. Apa yang anda hanya perlu lakukan adalah register dan kemudian boleh mulakan kreativiti korang!



Template yang disediakan juga banyak untuk anda pilih. Dari resume yang kelihatan professional sehinggalah ke resume yang berwarna-warni. Resume builder ini menggunakan GUI yang agak simple dan kelihatan kurang menarik. 



Template yang disediakan juga banyak kelihatan sama dan kurang menarik. Jadi, ini sesuai untuk mereka yang mahu menyiapkan dengan cepat, kerana tidak perlu masa yang banyak untuk design resume, memandangkan template yang disediakan agak simple. Resume.com menyediakan features untuk preview resume anda, jadi korang boleh edit semula jika ada pembetulan.



Pro dan Cons Resume.com


Pro

Cons

  •         Percuma
  •         GUI yang mesra pengguna.
  •         24 template disediakan

  •   Template yang disediakan kelihatan sama dan tidak menarik.

 

 

 

 3. CV Maker

CV Maker adalah website resume builder yang tidak kurang hebatnya. Konsepnya adalah korang hanya perlu isi tempat kosong dan secara automatik, semua info akan dimasukkan ke resume anda.



Template yang disediakan juga agak terhad, tetapi kelihatan menarik jika dibandingkan dengan template resume builder yang lain.




CV Maker menyediakan ruang seperti di atas, jadi anda hanya perlu isi tempat kosong dan semuanya akan siap secara automatik!

 

Pro dan Cons CV Maker


Pro

Kons

  •     Tidak memerlukan registration  pengguna.
  •     Features yang mudah untuk isi info.
  •     GUI yang simple.

  •       Tiada preview resume.
  •       Template yang terhad.

 

 

 4. VisualCV


VisualCV adalah salah satu resume builder yang mesra pengguna. Dari muka depan website-nya sahaja bakal buat anda berminat untuk menggunakannya.



Template yang disediakan agak sedikit terhad, anda perlu bayar untuk pakej premium jika mahu template yang lebih menarik.




Ruang editor kelihatan kemas dan mudah untuk digunakan. Anda juga boleh design sendiri resume tu dan yang paling penting, boleh download secara percuma!

 

Pro dan Cons VisualCV


Pro

Cons

  •     GUI yang mudah untuk difahami pengguna.
  •     Pakej premium membenarkan pakar untuk design resume anda.

  •       Watermark untuk pakej percuma.
  •        Template yang terhad.

 


 5. Resumonk

 

Merupakan antara resume builder yang terkenal, Resumonk menawarkan servis resume percuma kepada penggunanya, tetapi dengan template yang terhad.

 

 


Template yang disediakan agak terhad, tetapi masih menarik dan cantik design-nya. Anda boleh bayar pakej premium jika mahu template yang lebih menarik.


 

 

 

 

Konsep yang digunakan di Resumonk agak mudah iaitu dengan hanya mengisi tempat kosong. Kemudian segala info yang diisi akan disusun secara automatic di dalam resume.

 

Pro dan Cons Resumonk

 

Pro

Cons

  •      Boleh di download secara percuma.
  •     Ruang editor yang kemas dan mudah untuk digunakan.

  •    Terdapat watermark di bawah resume untuk pakej percuma.


 

Kalau korang mahukan resume yang menarik tetapi tidak tahu bagaimana untuk design resume dengan menarik, resume builder adalah jawapannya. Dengan resume yang menarik, pastinya pihak majikan tidak akan terlepas pandang dan mungkin anda akan dipanggil untuk interview atau diterima kerja! -CARI

13

Bagus
13

Marah
12

Terkejut
11

Sedih
11

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (71 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CliffordD 4-8-2022 08:39 PM
Thank you for sharing this information and your experience!

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.315461 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top