CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kulit Beku Dalam Masa 15 Minit, Cuaca Sejuk Melampau Di AS Ragut 12 Nyawa

7-2-2019 04:22 PM| Diterbitkan: safriehalim| Dilihat: 3886| Komen: 17|Original author: Oleh: Safrie Halim

Description: Sehingga kini dilaporkan sekurang-kurangnya 12 orang maut di beberapa negeri di Amerika Syarikat.

Sumber Gambar : BBC
Media antarabangsa melaporkan 55 juta orang di Amerika Syarikat kini terancam dengan suhu melampau vorteks kutub di bawah sifar darjah Celcius. Sehingga kini dilaporkan sekurang-kurangnya 12 orang maut di beberapa negeri di negara tersebut.

Tiga negeri iaitu Wisconsin, Illinois dan Michigan telah diisytiharkan darurat apabila suhu di ketiga - tiga negeri itu turut terkena tempias suhu sejuk melampau di North Dakota yang mana suhunya kini di bawah -32 darjah Celsius dan juga Minnesota yang angin sejuknya kini di bawah -52 darjah Celcius.

Manakala di Chicago, Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat meramalkan suhu di negeri tersebut akan mencecah suhu di bawah  -33 darjah Celcius dengan suhu angin sejuk dijangka akan mencapai -50 darjah Celcius


Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat, angin sejuk di bawah suhu -32 darjah Celcius boleh membekukan kulit dalam masa 15 minit. Kesejukan yang melampau ini juga telah menyebabkan pihak berkuasa di negeri Georgia selatan menutup pejabat kerajaan, sekolah dan lapangan terbang.

Sumber Gambar : Sky News

Walaupun begitu, berdasarkan artikel yang diterbitkan AP Fact Checks melaporkan bahawa suhu sejuk di Amerika ini bukan mencerminkan suhu semasa dunia kerana walaupun Amerika berada dalam suhu sejuk melampau, namun hakikatnya suhu bumi sudah jauh lebih panas berbanding 30 tahun yang lalu dan sangat berbeza pada 100 tahun yang lalu.

Menurut artikel itu lagi, lima negeri di Amerika barat mengalami suhu sebaliknya dengan mencatatkan peningkatan suhu panas. Faktanya, keadaan suhu sejuk 48 negeri di Amerika ini hanyalah terdiri daripada 1.6 peratus daripada dunia.

Artikel itu juga turut memetik data daripada Climate Reanalyzer University of Maine dan NASA yang melaporkan bahawa suhu bumi secara keseluruhannya adalah 0.3 darjah Celcius  lebih panas berbanding purata suhu bumi pada tahun 1979 hingga 2000.

Sementara itu, media tempatan yang memetik daripada sumber Bernama melaporkan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengesahkan kesemua pelajar Malaysia di Amerika Syarikat selamat kerana kebanyakan pelajar Malaysia berada di wilayah Midwest yang tidak terkena tempias cuaca sejuk melampau vorteks kutub.

Dalam kenyataan rasmi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata, Education Malaysia Chicago akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa dan menasihatkan para pelajar supaya sentiasa berada di kawasan selamat dan tertutup sepanjang tempoh cuaca sejuk melampau itu. - CARI 
6

Bagus
7

Marah
7

Terkejut
8

Sedih
8

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote brego 7-2-2019 05:08 PM


Quote brego 7-2-2019 05:10 PM
Pants are becoming gold medal gymnasts:
[twitter]https://twitter.com/i/status/1090770579198750727[/twitter]

              And look at this pole. It's shivering. SHIVERING!
[twitter]https://twitter.com/i/status/1090799862403207168[/twitter]

Quote vee_zara 7-2-2019 05:14 PM
Mmg sejuk gilosssss
Quote Artemesiaa 7-2-2019 05:15 PM
Isu pemanasan global mengakibatkan perubahan suhu di banyak tempat.  Ada tempat jadi teramat panas ada tempat jadi teramat sejuk.  Kalau kita tak jaga alam sekitar dengan sebaiknya pasti makin lama akan makin teruk lagi.
Quote FarishSuwa 7-2-2019 07:23 PM
Kat sini panas gila, kat sana sejuk gila. Haih.. Bersyukur je lah dgn apa yg ada.
Quote LautBiru52 7-2-2019 09:29 PM
Sejuk aircond pun kadang2 kita tak tahan lagi kan -52 celcius. Fuhh
Quote olaoli 7-2-2019 09:37 PM
Tetiba teringat a day after tomorrow dengan 2012
Quote ChildrenOfBodom 7-2-2019 10:14 PM
2-3 tahun lepas dekat malaysia cuaca sejuk jugak, suhu turun ke 20-22 celcius time pagi, ramai jakun2 posed pakai jaket persis mengalami cuaca sejuk ekstrim... cringe


Quote 234126 8-2-2019 12:08 AM
mengharap je terkena tempias angin sejuk kat malaysia ni ha. Dapat 19-20 celcius pun dah syukur merasa musim sejuk yang konsisten ala2 oversea hehehehe
Quote kroit92 8-2-2019 03:04 AM
ada golongan yang tak terima, tak nak percaya global warming, greenhouse effect ni. dah jadi macam ni tak tau la diorang masih berdegil ke tak. lagi parah, politician yang bodoh
Quote chicozinn 8-2-2019 11:12 AM
aku order barang dari minnesota payment da bayar 3/1/2019 n smpai skang xdapat lagi..tapi aku paham la sebab sana tengah bencana cuma meollss sexcited nak tunjuk kat staf2 office barua yg meollss pun pndai shopping on9 hokeyyyhhh..deyoollls stakat beli taobao barang cikai PRC mali beria perli2 meollss sbb meollss cakap meollss payah skit nak beli barang on9..
Quote zorrro_03 8-2-2019 11:26 AM
Huhu.  Sejuk amat sgt nya.   
Quote silencekiller 8-2-2019 11:30 AM
dok global warming ke hulu ke hilir... kununnn sembang nak kena kawal ke sana ke sini... manusia yang bercakap kawal sana sini adalah hipokrit ..

Nak kawal sebenar2nya adalah kena kurangkan populasi manusia... tapi geng2 dok sembang kencang ni .. sanggup kaaa?? ..

Sanggup kena sembelih kaa tembak kaa bunuh diri kaa ... tiap kali ada pembunuhan besar besaran pada masa lalu.. musti suhu donia akan turun sebab populasi manusia pun menurun...
Quote RatuDunia94 8-2-2019 12:08 PM
Lebih sejuk dr peti ais..
Quote yayah8989 13-3-2019 10:16 PM
ChildrenOfBodom: 2-3 tahun lepas dekat malaysia cuaca sejuk jugak, suhu turun ke 20-22 celcius time pagi, ramai jakun2 posed pakai jaket persis mengalami cuaca sejuk e ...

Betul ke ade sesetengah negeri turun salji{:laugh
Quote totokreturn. 13-3-2019 10:23 PM
yayah8989 replied at 13-3-2019 10:16 PM
Betul ke ade sesetengah negeri turun salji{:laugh

ni pehal cai oi upkan thread lama
Quote isyafika 23-7-2020 06:33 PM
Agak2 nya kalau nak terkencing mcm mana tu Malaysia ni ramai yg kencing tepi jalan...bayangkan suhu sejuk tu duk cangkung..luar negara toilet terhad rasa nya

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.093571 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top