CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Selepas Marks And Spencer, Giliran Nike Diselar Kerana Corak Mirip Kalimah Allah

6-2-2019 10:54 AM| Diterbitkan: lokmanmustafa| Dilihat: 4283| Komen: 6|Original author: Oleh: m lokman

Description: Pengeluar barangan sukan terkemuka, Nike kini berdepan petisyen di change.org yang dimulakan Saiqa Noreen gara-gara reka bentuk keluaran koleksi terbarunya yang didakwa memaparkan tulisan mirip kalima ...

Sumber: change.org

Pengeluar barangan sukan terkemuka, Nike kini berdepan petisyen di change.org yang dimulakan Saiqa Noreen gara-gara reka bentuk keluaran koleksi terbarunya yang didakwa memaparkan tulisan mirip kalimah "Allah".

Sejak mula dipasarkan pada Februari 2018, kasut Air Max 270 telah mendapat sambutan baik daripada penggemar jenama Nike.

Namu, rekaan yang dipaparkan pada tapak Air Max 270 dianggap tidak sensitif serta menghina Islam oleh Saiqa Noreen.

Dalam kenyataan di laman petisyen change.org, Saiqa menjelaskan bahawa "Nike telah mengeluarkan kasut Nike Air Max 270 dengan corak logo di tapak yang menyerupai kalimah Allah dalam bahasa Arab, di mana ia akan dipijak, disepak dan dicemari lumpur dan kotoran."


"Ianya keterlaluan dan mengejutkan apabila Nike membenarkan kalimah Tuhan pada kasut.

"Ia menyakitkan hati dan sangat ofensif terhadap umat Islam kerana disifatkan sebagai satu penghinaan. Islam mendidik sikap belas kasihan, menyeru kebaikan dan keadilan untuk semua," katanya.

Ketika artikel ini ditulis, petisyen tersebut telah berjaya mengumpul 33,222 tandatangan. 

Menurut Fox News, susulan petisyen tersebut, seorang wakil Nike telah membuat kenyataan bahawa syarikatnya menghormati semua agama.

Logo yang kontroversi itu, tambahnya, adalah lambang AIR MAX. 

Beliau turut berkata bahawa "sebarang tanggapan maksud lain yang timbul adalah tidak disengajakan."

Sebelum kontroversi yang melibatkan Nike ini, umat Islam turut digemparkan dengan dakwaan bahawa rangkaian peruncit multinasional Marks & Spencer telah memasarkan tisu tandas dengan motif seakan kalimah "Allah".


Sumber: Twitter

Bagaimanapun, M&S menjawab dakwaan yang dilemparkan kepadanya di Twitter dengan berkata bahawa "motif pada tisu tandas aloe vera, yang telah kami jual selama lebih lima tahun itu, adalah secara jelas daun aloe vera (lidah buaya) dan kami telah menyiasat dan mengesahkannya dengan para pembekal kami."

Petisyen terhadap M&S yang dimulakan Musa Ahmad di change.org berhubung tisu tandas M&S pula berjaya mengumpul 4,873 tandatangan.

Petisyen-petisyen sebegini sambil diiringi ancaman boikot adakalanya mampu membawa perubahan.

Pada tahun 1997, Nike telah mengambil keputusan menarik balik 38,000 pasang kasut sukan Air Bakin, Air Melt, Air Grill dan Air B-Que daripada pasaran dunia susulan dakwaan bahawa logo yang dipaparkan pada kasut-kasut tersebut menyerupai kalimah "Allah".

Sebelum itu, syarikat gergasi tersebut turut terpaksa menurunkan papan iklan berhampiran universiti di selatan California yang memaparkan imej seorang pemain bola keranjang, dengan slogan "Mereka menggelarnya Allah".

Jadi apa pendapat anda? Adakah kesilapan kali ini kebetulan atau memang disengajakan? - CARI
14

Bagus
15

Marah
7

Terkejut
11

Sedih
8

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 6-2-2019 01:09 PM
Saja ja haram2 ni semua..bukannya skali dua..benda dah bekali..nmpk sgt saja..yahudi betoi laaaa..ciss
Quote belilies 6-2-2019 05:31 PM
Taksub yahamat! Sama cam spisis yg suka share nampak pkataan tu atas daging, bdn haiwan and such.
Quote Orix 6-2-2019 08:54 PM
Alahaiiiiiii....... dasar ereb bebal
Quote ChildrenOfBodom 6-2-2019 09:54 PM
lembu2 ni sembah kasut nike  ka? bodoh nk mmpus. kebodohan yang dikagumi ummah melayu caprut
Quote FOTHER-MUCKER 7-2-2019 08:12 AM

sebenarnya internet di cipta hanyalah untuk melihat betapa bodhnya sesatu kaum tu.
Quote Clan204 7-2-2019 08:57 AM
cepat2 beli wei... mesti bila stop tapak cop nh harga lagi kaw2 mahal...

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.109944 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top