CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Nak Kurangkan Berat Badan? Jom Cuba Teh Pudina

11-2-2019 12:52 PM| Diterbitkan: Leeanne88| Dilihat: 4208| Komen: 12|Original author: Oleh: Leeanne88

Description: Umum mengetahui akan pelbagai kegunaan daun pudina dalam kehidupan seharian kita. Daun pudina tidak hanya digunakan dalam masakan, tetapi juga digunakan secara meluas dalam penghasilan ubat-ubatan dan ...
Umum mengetahui akan pelbagai kegunaan daun pudina dalam kehidupan seharian kita. Daun pudina tidak hanya digunakan dalam masakan, tetapi juga digunakan secara meluas dalam penghasilan ubat-ubatan dan produk komersial.



Foto: NDTV.com

Daun pudina adalah sejenis herba yang berasal dari keluarga Laminacece dan tergolong dalam spesies Mentha. Terdapat pelbagai jenis daun pudina di seluruh dunia antaranya peppermint, spearmint, orange mint, horsemint dan pelbagai lagi.

Walaupun daunnya sedikit kecil, namun daun pudina mempunyai banyak vitamin dan mineral yang diperlukan badan seperti vitamin A, C dan B2 serta mineral seperti besi, kalsium, kalium dan mangan. Daun pudina mempunyai tahap kalori yang rendah dan kaya dengan serat.


Daun pudina banyak digunakan secara tradisional untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Antaranya membantu mengurangkan masalah pencernaan, mengurangkan tahap kolestrol, menghilangkan lenguh otot, membantu masalah pernafasan dan menghilangkan bau mulut.


Foto: Adunni Organics

Selain itu, daun pudina juga mampu membantu untuk menurunkan berat badan. Terdapat dua cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan menggunakan daun pudina ini.


Teh pudina


Foto: Hijabista

Ambil beberapa helai daun pudina dan masukkan ke dalam air yang telah dididihkan. Biarkan sejuk sebentar sebelum ditapis dan diminum. Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, teh pudina ini boleh diminum dua hingga tiga cawan setiap hari.


Jus pudina


Foto: Pinterest

Ambil segelas daun pudina dan sedikit daun ketumbar. Kisarkan dengan secawan air dan setengah cawan buah lemon. Minum segelas setiap hari.

Namun, jika anda mahu mendapatkan berat badan yang lebih ideal, senaman dan pengambilan makanan yang lebih berkhasiat tidak harus dilupakan. - CARI
9

Bagus
4

Marah
5

Terkejut
5

Sedih
8

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mzzenma 11-2-2019 01:28 PM
nak kurus huhuh
tapi pudina boleh buat susu drop.. so bertabah je lah dulu
Quote URUHA 11-2-2019 01:36 PM
Minum teh pudina pun x guna kalau x jaga makan. Yang penting jaga makan & bersenam. Kalau malas nau bersenam buat IF pun ok.
Quote None68 11-2-2019 09:53 PM
Baik kunyah je daun mint tu..dan klu x jaga mkn jgn berangan nak kurus.
Quote ipes2 11-2-2019 11:15 PM
URUHA replied at 11-2-2019 01:36 PM
Minum teh pudina pun x guna kalau x jaga makan. Yang penting jaga makan & bersenam. Kalau malas nau  ...

Absolutely.
Good input and medically sound.

By the way, teh ada banyak properties yang calming and menenangkan.
Quote URUHA 12-2-2019 12:29 AM
Edited by URUHA at 12-2-2019 12:41 AM
ipes2 replied at 11-2-2019 11:15 PM
Absolutely.
Good input and medically sound.



Thank you momod bg tacang sebenarnya meols komen tu based on pengalaman diri sendiri. Dulu viral org ckp minum green tea leh kurus. Meols pun bantai minum green tea, matcha... x kurus gak.

Rupanya salah sendiri sbb x jaga makan. Kerja office duk terperap exercise pun kurang. Mcm2 cara diet meols try tapi x jalan. Last2 meols cuba Intermittent Fasting. 2 bulan pertama puasa 16 jam & ada eating window 8 jam (brunch pukul 1pm & dinner b4 9pm). Masuk bulan ketiga meols try puasa 18 jam (brunch 1 or 2 pm & dinner b4 7 or 8pm). Kalau larat meols puasa 20 jam terus tapi yg ni jarang buat.

Dlm masa 5 bulan meols dpt kurangkan berat 17kg (ni pun ada hari terbabas x buat IF & ada waktu craving mencanak & makan x ingat donia. Kesimpulannya mmg kena jaga makan & jaga portion mknn yg kita amik.

Btw teh x dinafikan bagus sbb ada calming effect. Teh especially green tea pun kaya dgn anti oxidant yg bagus untuk lambatkan penuaan, kurangkan risiko penyakit jantung & risiko kanser. Lagi berganda manfaat minum teh kalau jaga makan & amalkan hidup sihat

p/s : masa puasa tu meols akan minum air kosong. Minum minuman yg xde kalori (contohnya teh tanpa gula) pun boleh. Tp meols mmg akan minum air kosong je)
Quote awliya 21-2-2019 01:27 PM
oh..kebetulan rumah ada daun pudina..subur lak tu
Quote lee_sakura 21-2-2019 04:58 PM
iols dh 2bulan amalkan teh hijau + lemon...alhamdulillah dh turun 2kilo ++
Quote ipes2 26-2-2019 06:53 AM
URUHA replied at 12-2-2019 12:29 AM
Thank you momod bg tacang sebenarnya meols komen tu based on pengalaman diri sendiri. Dul ...

even better input nih
Quote intan_smsb 26-2-2019 12:46 PM

uols elok la minum
ramping skt tubuh tu
Quote smurfetz 26-2-2019 05:18 PM
Edited by smurfetz at 26-2-2019 05:19 PM
URUHA replied at 12-2-2019 12:29 AM
Thank you momod bg tacang sebenarnya meols komen tu based on pengalaman diri sendiri. Dul ...

jadi yer u buat IF.. bestnya
perut tak masuk angin ke?
ada perasan apa-apa side effect melainkan kurus tak ? hehehe


Quote smurfetz 26-2-2019 05:38 PM
sedapnya minum  teh panas campur pudina marvelessss
Quote URUHA 26-2-2019 07:27 PM
smurfetz replied at 26-2-2019 05:18 PM
jadi yer u buat IF.. bestnya
perut tak masuk angin ke?
ada perasan apa-apa side effect melainkan ...

Meols pun x sangka jadi sebab b4 ni mcm2 cara dah cuba tapi x jalan Perut x masuk angin sebab leh minum. Ibarat macam puasa bulan ramadhan tapi IF leh je minum air Side effect pun xde & rasa mcm biasa je. Meols leh tahan sebab dapat minum air.

Yang penting kena cukup minum air. Based on research pun kita akan rasa lapar bila x cukup minum air. Rasa lapar tu sbnrnya signal utk kita minum air. Kalau tetiba rasa lapar terus je minum air.

Masa buat IF pun elak rasa stress sbb kena tahan mkn. Bila stress akan effect hormon & ssh & lose weight. Fikir yg best2 je. Selain tu sibukkan diri wt kerja so x terfikir utk mkn. Sekali sekala reward la diri makan makanan yg uols craving. Tapi kena kawal portion supaya x terbabas

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.058505 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top