Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Makan Dengan Betul Mampu Bantu Proses Pemulihan Kecederaan

21-2-2019 11:11 AM|Oleh: MN_jarilaju| Komen: 2

Bagi anda yang selalu menonton acara sukan sama ada bola sepak, hoki, ragbi, mahupun seni bela mempertahankan diri (UFC dan One Championship), anda pasti pernah melihat kecederaan yang dialami pemain atau atlet. 

Apabila mengalami kecederaan, mereka perlu berehat dan menjalani tempoh rawatan dan pemulihan yang lama. Namun, tahukah anda terdapat beberapa cara untuk mempercepatkan proses pemulihan tersebut?


Foto dari: Hello Doktor

Salah satu cara terbaik adalah makan dengan cara yang betul. Ya, betul! Makan dengan betul merupakan salah satu cara untuk mempercepatkan proses pemulihan dan juga meningkat prestasi seseorang atlet. 

Terdapat beberapa nutrien mikro tertentu yang boleh membantu dalam pemulihan kecederaan atlet. 


Kalsium dan Vitamin D

Kalsium diperlukan dalam pertumbuhan dan kesihatan tulang. Turut membantu dalam mengurangkan risiko stress fractures (patah). Vitamin D pula diperlukan dalam mengekalkan tahap Kalsium dalam badan serta membantu pertumbuhan tulang yang sihat dan fungsi rangka otot. 

Pengambilan Kalsium dan Vitamin D membantu dalam kecederaan patah dan terseliuh.


Foto dari: idntimes.com

Antara makanan yang mempunyai tahap Kalsium tinggi adalah produk tenusu, manakala antara makanan yang mempunyai tahap Vitamin D yang tinggi adalah kuning telur, yogurt, jus buah-buahan dan cendawan kering.


Zat Besi

Zat Besi memainkan peranan penting dalam memindahkan oksigen dari paru-paru ke tisu badan dan penting untuk pernafasan serta tenaga. Zat Besi juga mempengaruhi daya tahan dan prestasi atlet. 

Selain itu, Zat Besi turut membantu dalam keletihan melampau, kekurangan tenaga, penurunan keseluruhan prestasi sukan dan ketidakupayaan menyelesaikan sesuatu aktiviti.


Foto dari: medicastore.com

Antara makanan mengandungi Zat Besi yang tinggi adalah makanan yang datang dari haiwan seperti daging, ikan dan telur. Tofu dan kacang juga mempunyai Zat Besi.


Elektrolit

Elektrolit seperti natrium, kalium dan klorida adalah penting dalam menjana tenaga, mengekalkan penghidratan dan pergerakkan otot badan. 

Turut membantu dalam kecederaan kejang otot, sakit kepala, sakit badan dan keletihan.


Foto dari: Runner's Rationale

Antara makanan dengan kandungan Elektrolit yang tinggi adalah seperti kekacang, minuman tenaga, kentang dan pelbagai sayur serta buah-buahan.


Vitamin C

Vitamin C memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan pembaikan tisu badan, menyembuhkan luka serta membantu dalam pembaikan tulang. 

Mendapatkan Vitamin C yang cukup dapat membantu atlet unutk kekal sihat dan bersedia sebelum beraksi. Turut membantu ketika batuk, selsema, dan sakit otot.


Foto dari: naturallycurlye.com

Antara makanan dengan kandungan Vitamin C yang tinggi adalah seperti buah oren, strawberi, brokoli, lada hitam, tomato dan pelbagai jenis sayur dan buah-buahan.

Terdapat pelbagai makanan yang baik untuk tubuh manusia. Jadi, makanlah dengan cara yang betul agar kesihatan anda baik dan terjamin. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
2
Komen: 2
Komen

Previous : Burung Merpati Dengan Vest Berhias Dipertemukan Dengan Tuannya Selepas Hilang Seminggu

Next       : 'Awak Ni Makcik Bawang Ke?'- Ini 7 Tanda Anda Mungkin Kaki Gosip Yang Kronik

Tempat Duduk Percuma Air Asia Dah Berlangsung! Mari Cepat Rebut Free Seat Sekarang!
Kenali Manfaat Labu Siam Selain Enak Di MakanTerutama Bagi Ibu Mengandung
Menuju Negara Maju, Telko Perlukan Berapa Hari Atasi Gangguan Internet?
10 Fakta Pelik Filem Popular Yang Bakal Mengejutkan Anda!
Polis Siasat Lelaki Pukul Budak Kerana Lekat Gula-gula Getah Pada Kereta
Apa Dah Jadi Dengan Dunia? Kenali 5 Pasangan Lesbian Terkenal Di Dunia
"Makan Ambuyat Macam Telan Kahak, Geli!" Instafamous Teruk Dikecam
Jurutera Hilang - Bekas Isteri Tampil Dedah Cerita Sebenar!
"Saya Akan Komen Kalau Pihak Sana Bagi Kenyataan" - Ada Apa Dengan Janna Nick, Sheila Rusly?
Sorok Dalam Tudung, Ibu Tunggal Tak Serik Mencuri Di Pasar Raya
Gatal Sangat Tayang Anu Depan Jurujual Berpurdah, Penganggur Dipenjara 12 Bulan
"Anak Baca Komen FB, Tahu Saya Dimaki Netizen Dan Mereka Beristighfar" - Suhaimi Saad
Wanita Bersekongkol Rogol, Bunuh Dan Timbus Mayat Anak Angkat Dengan Pasir Kucing
Kisah Benar! Kitab Grand Grimoire Adalah Kitab Sihir Yang Paling Kuat
5 Perkara Yang Berlaku, Sekiranya Bumi Adalah Rata Seperti Yang Didakwa Suhaimi Saad
Kalau Ikutkan Memang Tak Larat-Hanis Zalikha Terpaksa Ikut Bercuti Ke Thailand
"Gelojohnya" - Giliran DSV Dihentam Lepas Nonny Nadirah Sebab Makan Berdiri
Ada Kesan Cucuh Api Rokok, Budak Lima Tahun Dipercayai Mati Didera Bapa Tiri
Ini Contoh Hadiah Hantaran Berguna Selepas Kahwin, Khas Untuk Bakal Pengantin Baru!
'Belai Janggut Suami' - Petua Rahsia Bonda Rozita Kekal Awet Muda Jadi Ikutan Netizen
Bajet Selalu Lari? Urus Kewangan Cara Mudah Guna 'Sistem 6 Balang'
Gara-Gara Smule, Tukang Cuci Temu Jodoh Dengan Gadis Austria
"Hilang Sudah Tempat Kami Nak Bermanja" - Bapa Tunggal Enam Anak Akhirnya Pergi Jua
Akibat Derhaka Amanah Anak Ketika Muda, Warga Emas Keseorangan Di Hari Tua

Komen Terbaru

Quote Juju89 4-3-2019 04:27 PM
betul lah tu pemakanan sangat mengpengaruhi sistem tubuh badan kita untuk sembuh dan melawan penyakit yang datang.

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 21-2-2019 11:41 AM
Betul tu makan dari sumber asli lebih cepat effectnya dari yang dah diprocess
Quote Juju89 4-3-2019 04:27 PM
betul lah tu pemakanan sangat mengpengaruhi sistem tubuh badan kita untuk sembuh dan melawan penyakit yang datang.

Lihat semua komen(2)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.075662s Gzip On
To Top