CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Kendall Jenner Sahkan Hubungan Cinta Dengan Bintang NBA Ben Simmons

5-4-2019 01:38 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 4525| Komen: 19|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Kendall Jenner mungkin anggota keluarga Kardashian Jenner yang paling suka menyimpan rahsia, terutamanya mengenai teman lelakinya. Bagaimanapun baru-baru ini Kendall telah mengesahkan hubungan cintany ...
Kendall Jenner mungkin anggota keluarga Kardashian Jenner yang paling suka menyimpan rahsia, terutamanya mengenai teman lelakinya. Bagaimanapun baru-baru ini Kendall telah mengesahkan hubungan cintanya dengan pemain bola keranjang terkenal NBA, Ben Simmons.


Kredit foto: Ben Simmons
Ahli sukan berusia 22 tahun itu kini bermain untuk pasukan Philadelphia 76ers dan pernah dilihat beberapa kali keluar dengan bintang realiti dan model itu. Selama ini, Kendall banyak berdiam diri mengenai hubungannya dan tidak pernah memuat naik gambar mereka berduaan di media sosialnya.


Kredit foto: Life & Style
Bagaimanapun ketika menghadiri satu rancangan temubual The Ellen Show, Ellen secara langsung bertanyakan mengapa Kendall duduk di ruangan khas penonton bola keranjang dengan ibu Ben Simmons, dan Kendall tersipu-sipu mengakui sedang memadu kasih dengan pemain muda itu.


Kredit foto: The Ringer
Ben Simmons atau nama penuhnya Benjamin David Simmons berasal dari Australia sebelum keluarganya berpindah ke Amerika Syarikat kerana menghadiri persekolahan di Montverde Academy, Florida dan seterusnya menyambung peringkat ijazah di Louisiana State University (LSU) Tigers di mana bakatnya mula dikesan oleh pasukan Philadelphia 76ers. 


Kredit foto: Cosmopolitan
Ben Simmons kini dikatakan antara bintang muda paling berpotensi dalam NBA. 

Bagaimanapun susulan pengesahan bahawa dia kini sedang hangat bercinta dengan bintang realiti daripada keluarga Kardashian Jenner, ramai peminat sukan membuat spekulasi bahawa prestasinya bakal merundum terkena 'sumpahan Kardashian' sama seperti rangkaian bintang sukan lain antaranya Lamar Odom, De Angelo Russell, Blake Griffin, James Harden, Kris Humpries dan ramai lagi yang pernah dikaitkan dengan mereka.

Adakah Ben Simmons bakal menerima nasib yang sama? Kita nantikan kesudahan kisah cintanya dengan Kendall Jenner. -CARI
1

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buapakperut 5-4-2019 01:41 PM
adek beradik dia kalau tak pemain nba mesti nihga..
Quote AwanCikDania 5-4-2019 01:41 PM
Muka lebih kurang sama. {:question
Quote Sang_Pencinta 5-4-2019 01:42 PM
Semua pemain sukan NBA yg diorang couple kaki curang kan?

Quote apedehal 5-4-2019 02:01 PM
ok..yg ni berjenis sikit muka..kakak approve yach kendall.
Quote lattehazelnut 5-4-2019 02:12 PM
Hensem gak la compare bf kylie or others
Quote MadameOnion 5-4-2019 03:05 PM
kendall ni lawa..masa kecik2 macam kasar sikit..ingat tertengok cerita kat E tu yg dia agak jeles dgn attention mak dia bagi lebih kat kylie..dah besar kylie hodoh..tapi kaya la
Quote luluaurora 5-4-2019 03:09 PM
Compared to shuben akak2 dia.. Yg ni no bad la..
Quote ayyyyangg 5-4-2019 03:25 PM
Semoga berbahahia la hendaknya
Quote Adeakukesah11 5-4-2019 04:04 PM
MadameOnion replied at 5-4-2019 03:05 PM
kendall ni lawa..masa kecik2 macam kasar sikit..ingat tertengok cerita kat E tu yg dia agak jeles dg ...

Rasa mcm terbalik

Time depa kecik2 si kris tu lebih pd si kendall ni

SI kylie tu yg jeless

Mana satu ni ehhh hahaha
Quote ikanmasin 5-4-2019 04:14 PM
taste adik beradik sama jer..
Quote delia3003 5-4-2019 04:59 PM
Adeakukesah11 replied at 5-4-2019 04:04 PM
Rasa mcm terbalik

Time depa kecik2 si kris tu lebih pd si kendall ni

Sampai sekarang kan nampak macam mak diorang jaga dia ni lebih sket.

Pada mata iols memang dia paling lawa antara adik beradik dia.
Quote Sang_Pencinta 5-4-2019 08:37 PM
Asyik salah pilih je laki diorang ni terutamanya Khloe
Quote HYSB 6-4-2019 12:06 AM
Yang ni helok sikit dr Blake tu
Quote RooneyMara 6-4-2019 05:15 AM
Sesuai sangat. I approve!
Quote HYSB 8-4-2019 02:24 AM
Nak bagi komen bakal kene hencap.. i ship dia dengan harry laa pulak,haha
Quote cikgujun 8-4-2019 10:12 AM
confirm merudum hahaha
Quote niena90 8-4-2019 10:33 AM
Ok la Kendall, bf ko ni I approved. Sama cantik sama padan.
Quote Rainrein 9-4-2019 08:41 PM
Ni berjenis sikit, pandai kendall pilih. kalu si kylie tu x penahnye hensem bf sheols.
Quote beatgirlX 10-4-2019 09:02 PM
Ok ...on x on?

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.302554 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top