CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Wajib Tahu! 9 Buah Beracun Yang Boleh Membawa Maut

12-2-2019 11:12 AM| Diterbitkan: Shellyshel| Dilihat: 8226| Komen: 12|Original author: Oleh: Black Rose

Description: Ramai yang mengemari buah-buahan kerana rasanya manis, masam dan ada juga yang pahit. Kandungan vitamin di dalam buah-buahan memberi manfaat kepada tubuh. Kita selalu diseru pakar kesihatan supaya men ...
Ramai yang mengemari buah-buahan kerana rasanya manis, masam dan ada juga yang pahit. Kandungan vitamin di dalam buah-buahan memberi manfaat kepada tubuh. Kita selalu diseru pakar kesihatan supaya mengamalkan memakan buah-buahan dalam diet seharian.



Foto: TreeHugger

Tanpa kita sedari, ada juga beberapa jenis buah-buahan 'beracun' dan boleh menjejaskan kesihatan. Lebih parah, boleh menyebabkan kematian!

Kenali sembilan jenis buah-buahan beracun yang boleh membawa maut jika dimakan dalam kuantiti banyak.


1. BIJI APRIKOT



Buah aprikot adalah sejenis buah tropika. Selalunya, buah aprikot dijadikan jeruk dan diproses dijadikan asam. Bijinya mengandungi zat beracun seperti Sianida, Glikosida Sianogen dan Amigdalin. 

Sebelum makan buah ini, bijinya harus dibuang terlebih dahulu. Keracunannya boleh menyebabkan pening kepala, muntah-muntah, insomnia, letih dan sebagainya.


2. NANGKA


 

Buah nangka sangat digemari kebanyakan orang. Buahnya yang kekuningan dan rasanya yang manis sangat membuka selera. Namun, ternyata buah ini berbahaya jika dimakan banyak kerana mengandungi toksin. Getah buah nangka boleh menganggu system pencernaan.


3. MULBERRY


 

Ramai yang tidak mengenali buah mulberry. Buah ini berwarna merah apabila masih muda dan berwarna ungu gelap seperti anggur apabila sudah masak. Rasanya yang masam manis sesuai dijadikan jem. 

Bagi yang menghidapi penyakit gastrik, mereka harus menghindari buah ini kerana mengandungi kandungan asid yang tinggi dan boleh menjadikan penyakit gastrik bertambah teruk.


4. TOMATO MUDA



Semua kita mengenali buah ini kerana sering digunakan dalam masakan. Namun, tomato yang masih muda tidak digalakkan untuk dimakan kerana mengandungi racun yang disebut Gikoalkoloid. 

Keracunan Gilkoalkoloid boleh menyebabkan keletihan, pendarahan pada system pencernaan dan lebih parah lagi, boleh menyebabkan kematian. Tomato hanya digalakkan untuk dimakan apabila sudah betul-betul masak yang berwarna oren kemerahan.


5. JATROPHA


 
Jatropha mula dikenali di negara kita kerana buah ini boleh menghasilkan minyak Diesel apabila diproses. Bukan saja buah dan bijinya yang beracun, malah pokok dan getahnya juga berbahaya dan boleh menyebabkan iritasi pada kulit. 

Kandungan Zat beracun iaitu Roxalbumin Kursin pada buah ini memberi kesan pada tubuh seperti muntah-muntah, pening kepala dan hilang keseimbangan badan.


6. BIJI BUAH CERI


 

Seperti buah apricot, biji buah ceri juga mengandungi bahan beracun. Jika tertelan atau terkunyah biji buah ceri, ia akan mengeluarkan zat hydrogen sianida. Mereka yang menelannya akan berasa pening dan muntah-muntah. 

Jika keracunan zat hydrogen sianida dalam kuantiti yang banyak, ia boleh menyebabkan penyakit ginjal. Digalakkan berjumpa dengan doktor dan meminum air yang banyak jika mengalami keracunan.


7. ACKEE



Buah Ackee berasal dari Jamaica. Buah ini mengandungi racun Hypoglycin, manakala bijinya sangat beracun dan harus dibuang sebelum dimakan. Biasanya, buah ini ditemui di dalam hutan.


8. BUAH DAPNE



Buah Dapne sejenis tanaman berbunga yang berukuran sebiji anggur berwarna merah. Kandungan zat Daphnetoxin pada buah ini sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kesukaran bernafas selain boleh membawa maut.


9. MANCHINEEL



Buah Minchineel telah tercatat dalam buku Guiness Book of Record sebagai buah paling beracun di dunia. Buahnya mengandungi bermacam-macam jenis racun, namun ia belum dibuktikan para pakar. 

Ada seorang mangsa yang pernah keracunan buah ini mengatakan bahawa selepas memakan buah yang berasa manis ini, tekaknya kemudian tidak dapat menelan apa-apa lagi.


Jika dilihat pada jenis-jenis buah di atas, buah yang paling beracun jarang kita temui malah ada yang tidak kenal langsung. Ada juga buah yang kita tidak sangka mengandungi racun.

Jadi, amalkan pemakanan sihat dengan mengawal kuantiti yang diambil. Jika pemakanan diambil berlebihan, ia juga boleh memudaratkan kesihatan. - CARI
14

Bagus
6

Marah
14

Terkejut
12

Sedih
7

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote None68 12-2-2019 11:23 AM
Mostly buah2 overseas je tuh...yg nak mkn bijik t u dah naper...
Quote Artemesiaa 12-2-2019 11:25 AM
Menarik infonya
Quote chinta89 12-2-2019 12:34 PM
ceri tu mcmne jadi racun.. ak telan sebijik2 je buah ni bila nk mkn.
Quote matbad 12-2-2019 02:57 PM
Sapa yg ada gastrik atau lebih senang jenih angin tu boleh ja nk makan nangka ka taugeh ka kacang tanah ka tapiii lps makan dlm 10minit tu wajib ambk ubat angin..tidak hidup anda akan berangin dan kembung..hanya org kaki angin ja paham hahaha
Quote nora_balqis 12-2-2019 03:29 PM
biji aprikot ada jer jual di kedai2 arab seperti mahnaz, biji dia rasa pahit2 skit.
Quote abangadek 12-2-2019 03:38 PM
matbad replied at 12-2-2019 02:57 PM
Sapa yg ada gastrik atau lebih senang jenih angin tu boleh ja nk makan nangka ka taugeh ka kacang ta ...

betui sangat, iols pun ada pantang makan2 buah berangin camni
Quote orgsepang 12-2-2019 06:30 PM
Akak selalu makan nangka, mbery dan tomato muda. Setakat ini alhamdullilah tak ada masalah. Akak lebih suka ulam tomato yang masih hijau sebab lebih rangup
Quote uda 12-2-2019 10:03 PM
nora_balqis replied at 12-2-2019 03:29 PM
biji aprikot ada jer jual di kedai2 arab seperti mahnaz, biji dia rasa pahit2 skit.

Ha'a, katanya ubat untuk kanser.
Quote cikbunga. 13-2-2019 01:07 AM
orgsepang replied at 12-2-2019 06:30 PM
Akak selalu makan nangka, mbery dan tomato muda. Setakat ini alhamdullilah tak ada masalah. Akak leb ...

Betul tomato yang masih hijau memang sedap bila makan, saya kurang gemar dengan tomato sebab tak boleh nak tolerate dengan bau tomato tapi bila dapat makan tomato warna hijau bau dia tak kuat macam tomato merah tu cicah sambal memang sedap and rangup
Quote lee_sakura 13-2-2019 09:37 AM
thanks for info tt
Quote ninu 22-3-2019 03:20 PM
wehh yeke...slalu mkn tomato muda..{:cryrun
Quote ikanmasin 22-3-2019 04:08 PM
nsb baik buah2 tu tak penah mkn selain nangka tp
itulah bila mkn jer berangin 1 bdn.last2 jarang2 lah mkn ..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.065563 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top