CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Anak Saya Tak Ambil Vaksin, Okey Je..." - Mengapa Masih Wujud Antivaksin?

12-2-2019 10:42 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 5911| Komen: 32|Original author: Oleh: intan

Description: Baru-baru ini, netizen dikecohkan mengenai seorang artis nasyid sendu yang lantang bersuara mengenai keterbukaan beliau dalam menolak imunisasi vaksin terhadap anak-anaknya.
Baru-baru ini, netizen dikecohkan mengenai seorang artis nasyid sendu yang lantang bersuara mengenai keterbukaan beliau dalam menolak imunisasi vaksin terhadap anak-anaknya. 

Kelantangan beliau itu mendapat kecaman hebat daripada netizen dan menganggapnya tidak berperikemanusiaan dan mengabaikan hak kesihatan anak-anak.

Persoalannya, apakah itu vaksin? Mengapa sesetengah orang sangat menolak dan tidak segan silu terbuka dalam menolak vaksin? Malah, Mufti sendiri bersepakat bahawa vaksin itu tidaklah memudaratkan dan wajib diambil untuk membendung gejala penyakit daripada menjadi wabak di kemudian hari. 

Alasan yang sering didengari adalah propaganda Yahudi dan negara barat kononnya isi kandungan vaksin syubhah dan diperbuat daripada babi serta lain-lain lagi.


JOM KENALI APA ITU VAKSIN

Secara mudahnya, vaksin digunakan untuk mencegah penyakit yang wujud puluhan malah ratusan tahun dahulu sebelum wujudnya teknologi perubatan canggih kini. 


Penyakit yang dahulunya wujud dan telah dihapuskan dilaporkan telah wujud kembali pada zaman ini kerana imuniti masyarakat yang semakin menurun disebabkan oleh gerakan anti vaksin ini.


ANTARA CONTOH PENYAKIT YANG DAPAT DIKAWAL DAN DISELAMATKAN SETELAH KEWUJUDAN VAKSIN

1. Smallpox



 Setelah vaksin small pox diperkenalkan, penyakit ini menurun dengan mendadak.

Ianya kelihatan seperti chicken pox (cacar air), tetapi lebih berbahaya dan dapat meninggalkan parut yang sangat menakutkan. Sebelum kewujudan vaksin, small pox telah membunuh ratusan ribu nyawa dan selepas vaksin mengenai penyakit ini berjaya ditemui, penyakit ini  berjaya dibasmi.


2. Poliomyelitis



Lumpuh di anggota penting

Polio yang pernah melanda India

Sejarah membuktikan kesan vaksin terhadap penyakit Polio

Penyakit polio sangat digeruni pada zaman sebelum vaksin penyakit ini ditemui. Penyakit ini menyebabkan pesakit lumpuh seluruh badan, malah ada yang bernafas melalui Iron Lung (sebuah alat untuk menstabilkan tekanan udara pada paru-paru yang lemah)

Pada tahun 2000, Malaysia telah mencapai kadar sifar polio. Melalui vaksin, penyakit ini berjaya dibasmi di tiga rantau dunia di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


Pesakit polio yang lumpuh terpaksa bernafas melalui iron lung.




3. Pertussis

Di Malaysia, ianya dikenali sebagi batuk 100 hari. Keadaan ini menyebabkan bayi batuk tanpa hati sehingga paru-parunya menjadi lemah dan menyebabkan kematian.



Kesan vaksinasi terhadap pertussis


4. Kanser Pangkal Rahim dan Hati

Kanser hati kebanyakkan berpunca daripada penyakit hepatitis B dan penemuan vaksin Hepatitis telah berjaya mengurangkan keberangkalian untuk masyarakat menghidap penyakit ini. Direkodkan, hampir 80 peratus hingga 90 peratus mereka yang mendapatkan vaksin terhindar daripada penyakit ini.

Sudah pasti, hanya dengan izin tuhan penyakit ini berjaya disembuhkan. Tetapi, apakah tindakan kita untuk mencegah daripada dihinggapi penyakit ini? Dah jumpa penawar dalam bentuk vaksin, namun masih ada yang menentang secara terang-terangan.

Tanpa imunisasi, hampir dua hingga tiga juta bayi dan orang dewasa bakal terdedah dengan maut setiap tahun akibat penyakit seperti polio, pertussis, meningtis dan difteria ini.





Disebabkan itu, masyarakat haruslah cakna dan tidak sepatutnya menolak vaksin untuk anak-anak. Janganlah jadi ibu bapa yang kejam dan mengabaikan hak terhadap amanah yang diberikan Allah S.W.T. - CARI


"For those who do not learn history are doomed to repeat it"

Sumber: Facebook Amirul Azmeer Asmadi
3

Bagus
10

Marah
5

Terkejut
6

Sedih
8

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (36 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 12-2-2019 11:18 AM
masalahnya Sohai Laksa kata anak2 dia ok je tak vaksian? kalau anak korang vaksin, kenapa takut ngn deols yg tak vaksin ni? Kata imunisasi anak2 uols dh vaksin, so kuat la kan antibodi tu.

gtu katanya.
Quote HujanBatuTiga 12-2-2019 11:18 AM
Mak ayah tolonglah jgn jadi selfish & buta ilmu
Quote None68 12-2-2019 11:29 AM
Free aje g klinik gomen tu bukannya pakai duit...korang berdua laki bini x payahlah acah2 malu or segan sbb bukan orang kenal pun klu takut orang ngata xde duit g gomen.
Quote umbut 12-2-2019 11:35 AM
Sohai oh sohai
Quote dubuk 12-2-2019 11:35 AM
dia nak anak dia mati awal kerana penyakit supaya menunggu dia di syurga..

anak anak syurga, ratibnya di facebook alyahud alwall..
Quote kucingitam 12-2-2019 12:04 PM
eh dia kata dia bukan antivaksin sebab dia pun kena vaksin juga, siap suruh tgk lengan kiri lagi tau...yiih sgt mamat ni la..bipolar sungguh
Quote 234126 12-2-2019 01:26 PM
Diri sendiri selfish pastu orang lain berjangkit mati. Bodoh sangat yang selfish ni. Kalau taknak vaccine sila duduk bertapa dlm rumah jgn ngada2 nak join orang lain kat public or use any public facilities. Pembawa bakteria.
Quote watie_na 12-2-2019 02:21 PM
takutnya tgk small pox
Quote chicozinn 12-2-2019 02:39 PM
takut tgok gamba last tu tapi tetiba terasa sayu lak sbb budak tu muda2 lagi da sakit cmtu..
Quote AlterEgo 12-2-2019 02:53 PM
hairan sungguh yang menolak vaccination tanpa hujjah kukuh. rasa dorang ni selfish kat anak huhu
Quote idakamaruddin 12-2-2019 03:50 PM
why la new govt skg ni tak enforce je tangkap n penjarakan parents yg tolak vaksin ni

menyusahkan org je.. sian kt anak tu..dorang x mampu nk pilih lahir dr perut mak bodoh cmni...

dh besar sian kt anak2 tu...sakit lemah n ditindas

so selfishh

Quote MadameOnion 12-2-2019 04:03 PM
i ada kawan antivax..the reason dia tak bagi anak inject vaksin adalah sebab dia kata vaksin tu agenda yahudi..pencipta vaksin adalah pencipta penyakit tu sebenarnya..i rasa ianya make sense..tapi kenapa nak memperjudikan nasib anak2 sbb kepercayaan kita? kesian nasib bebudak tu..tapi kawan i ni bukan la spesis sohai laksa sampai tak sekolahkan anak..cuma bab vaksin ni mmg i takleh nak nasihatkan dah..mak bapak n adik beradik dia pun dah give up
Quote missDollie 12-2-2019 07:13 PM
Yang tak pegi vaksin anak ni semua stok pemalas tapi nak ada anak..
Quote MeghanK 12-2-2019 08:54 PM
memang betul ada penyakit dulu yang dah hilang muncul kembali dek kerana golongan antivaxx ni

yang sedih nya kalau penyakit kena dekat baby dan warga tua, terus kena meningitis dan innalillah tak tunggu lama dah..

sebabkan para antivaxx ni terlampau cerdik habis semua tanggung akibat

Quote MeghanK 12-2-2019 08:55 PM
MadameOnion replied at 12-2-2019 04:03 PM
i ada kawan antivax..the reason dia tak bagi anak inject vaksin adalah sebab dia kata vaksin tu agen ...

reason kawan i tak vaksin anak sebab vaksin ada dna babi tapi dia sendiri perokok tegar

Quote belacan_gurl 12-2-2019 09:03 PM
Kesiannya yg baby batuk 100 hari tu
Quote MadameOnion 12-2-2019 09:44 PM
MeghanK replied at 12-2-2019 08:55 PM
reason kawan i tak vaksin anak sebab vaksin ada dna babi tapi dia sendiri perokok tegar

Yang tu pun ye jugak sis..byk la hujah2 dia pasal vaksin ni..malas nak kata apa dah..pandai2 la dia jaga anak..
Quote Meiizu 12-2-2019 10:23 PM
MeghanK replied at 12-2-2019 08:55 PM
reason kawan i tak vaksin anak sebab vaksin ada dna babi tapi dia sendiri perokok tegar

Dia tu yg dna babi
Quote zuriey 12-2-2019 11:06 PM
belacan_gurl replied at 12-2-2019 09:03 PM
Kesiannya yg baby batuk 100 hari tu

haritu ada sorng doc tapi tak igt nama dia cerita pengalaman handle budak kna batuk 100hari ni..mmg tragis..batuk non stop sampai nk ambik nafas pun tak boleh so oksigen tak sampai ke otak mati la jwb nya..

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.231098 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top