CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sekumpulan Pelajar Biadab Dan Bapa Belasah Tukang Cuci Sekolah Lepas Ditampar

12-2-2019 12:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5320| Komen: 29

Description: Sekumpulan pelajar dilaporkan membelasah seorang tukang cuci sekolah di Indonesia sehingga pelipisnya koyak.
Sekumpulan pelajar dilaporkan membelasah seorang tukang cuci sekolah di Indonesia sehingga pelipisnya koyak.



Lebih sadis, penganiayaan terhadap mangsa turut dibantu orang dewasa dipercayai bapa salah seorang daripada pelajar sekolah berkenaan.

Menurut Tribun News, kejadian berlaku di SMP Negeri 2 Galesong, Takalar, Sulawesi Selatan pada Sabtu lalu.

Sementara itu, Grid.id melaporkan, kejadian berlaku ketika mangsa, Faisal Pole sedang memungut sampah di luar kelas.



Difahamkan, sekumpulan lima pelajar menghina mangsa dengan kata-kata kasar dan biadab memicu amarah lelaki itu, lalu menampar salah seorang pelajar berkenaan.

Pelajar yang ditampar itu bergegas pulang ke rumah dan mengadu mengenai kejadian kepada bapanya yang kemudian tampil di sekolah untuk bertemu mangsa.

Lelaki itu kemudian mengarahkan anak dan empat rakannya untuk memukul Faisal dengan batang penyapu hingga menyebabkan petugas kebersihan itu cedera pada pelipis kirinya.



"Saya sedang membersihkan sampah sebelum bapa salah seorang pelajar menghampiri dan memukul saya diikuti anak dan rakan-rakannya," kata Faisal.

Difahamkan, Faisal dan pelajar berkenaan sering terbabit pertengkaran dan mereka selalu mengejek mangsa dengan kata-kata kesat.


Kredit foto: IG Yuni Rusmini

Sementara itu, Pengetua sekolah berkenaan mengakui pelajar terbabit memang nakal dan sering mengucapkan kata kurang sopan terhadap guru dan rakan-rakannya.

Menurut Ketua Polis Daerah Galesong, AKP Ikhsanuddin, pihaknya telah menahan lima pelaku yang semuanya berusia 12 tahun untuk membantu siasatan lanjut. - CARI
12

Bagus
12

Marah
8

Terkejut
15

Sedih
13

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 12-2-2019 12:44 PM
jahattt nya...
nnti da abis blajar jgn nak dtg sini pulak jd samseng
Quote YBlava 12-2-2019 12:47 PM
setan suruh tampar lettew

camsial punya chef



Quote kikuri 12-2-2019 12:49 PM
buang jelah sekolah budak budak macam tu... menyusahkan orang je
Quote prettyuglybabe 12-2-2019 12:50 PM
ko nak hina pengutip sampah nasib ko tu pun lom tentu..
entah-entah esok merempat kat malaysia jadi pengutip sampah jugak..
Quote saviour_09 12-2-2019 01:09 PM
dengan perangai macam tu
esok besar ko pulak yg sapu sampah
Quote pittjie 12-2-2019 01:41 PM
aku tak rasa dia org besar nanti jd tukang sapu sampah. belum besar pun dah jadi sampah .. yang seharusnya disapu.
Quote adila39 12-2-2019 01:45 PM
jahatnyaa..benci org sombong
Quote riyadhK 12-2-2019 01:46 PM
Baru 12tahun je pon perangai dah hanat semalam.
Quote ipes2 12-2-2019 02:47 PM
Nampak dari pakaian dan perilaku dan cara berjalan mereka yg memukul pekerja ini, nampak dengan jelas mereka adalah dari golongan kelas rendah, kurang pelajaran dan hina. (Oh jangan risau, mereka ini layak untuk menerima penghinaan dari saya).

Org yg hina dan dari kelas rendah, tidak layak bagi mereka untuk menghina orang lain.
Quote ipes2 12-2-2019 03:40 PM
ishh terbaca sekali lagi this report! sekali lagi timbul rasa tak puas hati. sy harap pekerja tadi menangis kerana kecil hati, lalu semasa dia rasa kerdil tu, dia doa.. tentu doa dia makbul (..dan harapnya, doa dia tak lah berkisar utk membalas kejahatan budak2 tadi je, tapi lebih elok jika doa itu utk membina diri dan keturunan)
Quote baghal_bortuqal 12-2-2019 03:50 PM
Bapak bajingan. Anak sialan. Baru 12.
Quote tikusmontok 12-2-2019 03:59 PM
prettyuglybabe replied at 12-2-2019 12:50 PM
ko nak hina pengutip sampah nasib ko tu pun lom tentu..
entah-entah esok merempat kat malaysia jadi ...

macam tu punya perangai mungkin masuk malaysia jadi perampok
Quote Burong_Hantuk 12-2-2019 04:15 PM
tak heran...sudah namanya indon...
Quote NekNgah 12-2-2019 04:42 PM
Lahabau.... baru 12 tahun aje dah pandai membuli.  Apaknya pulak menyokong..... apalah nak jadi dunia ni.
Quote matbad 12-2-2019 07:01 PM
Samseng mcm ni la nnti datang malaysia jd perompak bagai..blacklist nma budak tu sekarang dri masuk sini plssss
Quote None68 12-2-2019 07:36 PM
Kecik2 dah ada bakat penyangak...esok lusa jgn bapak budak tu menangis pulak hasil back up anak dia..klu kita dulu berani nak ngadu mmg x pasal2 dapat hadiah.
Quote munchkin 12-2-2019 07:37 PM
Kimmuck tol perangai. Belasah balik dia dan bapanya tu
Quote Buritan 12-2-2019 07:45 PM
ipes2 replied at 12-2-2019 03:40 PM
ishh terbaca sekali lagi this report! sekali lagi timbul rasa tak puas hati. sy harap pekerja tadi m ...

Nape baca mcm writing indon je.. cara tulisan mcm kwn aku masa masters dulu.. bahasa buku sgguh
Quote slavehunter 12-2-2019 07:53 PM
Hi pengetua dah tau bebudak ni kurang ajar kat cikgu patut sebat awal2. Now dah terlambat.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.061265 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top