CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azizah - Lagu Pertama Dan Terakhir P. Ramlee

26-2-2019 05:39 PM| Diterbitkan: Ambiossa| Dilihat: 6404| Komen: 3

Description: Azizahmerupakan lagu pertama yang pernah dirakamkan P. Ramlee.Lagu itu telah dimuatkan dalam filem Penarek Becha yang diterbitkan pada 30 Oktober 1955. Asalnya, Pengarah filem, B. S. Rajhans dari Mal ...
Azizah merupakan lagu pertama yang pernah dirakamkan P. Ramlee. Lagu itu telah dimuatkan dalam filem Penarek Becha yang diterbitkan pada 30 Oktober 1955.

Asalnya, Pengarah filem,  B. S. Rajhans dari Malay Film Productions di Jalan Ampas, Singapura telah menyaksikan P. Ramlee menyanyi lagu Azizah di dalam sebuah Pertunjukan Pertanian Melayu di Butterworth, Pulau Pinang pada 1 Jun 1948.

Lagu Azizah dikatakan dicipta oleh Seniman Agung itu bagi menceritakan tentang perasaan cintanya di Pulau Mutiara.

Lagu itu terus sinonim dengan P. Ramlee disepanjang kariernya sebagai seorang penggubah lagu, pengarah filem dan pelakon yang prolifik.


Namun begitu, menurut bekas Ketua Pengarang Utusan, Allahyarham Tan Sri Zainuddin Maidin, pada satu malam bertarikh 28 Mei 1973, kira-kira pukul 8 malam, P. Ramlee menyanyikan lagu Azizah semula.

Nyanyian terakhir oleh Seniman Agung itu adalah untuk diperdengarkan kepada Timbalan Ketua Pengarang Utusan Melayu, Osman Abadi menerusi panggilan telefon.

Osman yang ketika itu sedang menyiapkan skrip filem Azizah yang akan diarahkan oleh P. Ramlee memberitahu, skripnya sudah disiapkan namun dialognya belum.


Foto Carian internet

"Biarlah saya nyanyikan lagu Azizah supaya you dapat ilham untuk buat dialog," kata P. Ramlee dan menyanyikan sebahagian lagu tersebut.

Itulah lagu pertama yang digubahnya dan itulah lagu terakhir yang dinyanyikannya, jelas Zainuddin.

Kira-kira pukul 4 pagi, 29 Mei 1973, P. Ramlee menghembuskan nafasnya yang terakhir. - CARI 

6

Bagus
6

Marah
10

Terkejut
8

Sedih
10

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noraidil_06 26-2-2019 06:13 PM
Penarik becha is always my fav.
Azizah lagu yg kdg2 diulas hingga mencapai tahap mitos (pandangan peribadi sy)
Ade 2-3 org wanita mengaku lagu tersebut utk mereka, wpun nama mereka bukan azizah.
Dakwaan mereka plak disokong oleh beberapa orang.
Quote msdummy.2018 26-2-2019 08:22 PM
Eh.. Kita ingt lagu ni bukan tuk exwife dia ker?
Quote Redhead 28-2-2019 08:17 PM
Seniman agung yg tiada galang ganti.. Al-Fatihah buat arwah.. Lagu di mana kan ku cari ganti lagu yg sgt masterpiece kat telinga aku smpai ke hari ni wajib di layan petang2 Sabtu lirik dgn melodi dia sgt syahdu..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.196646 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top