CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Remaja Kongsi Pengalaman Depresi Dikecam Kerana Didakwa Sebabkan Orang Terikut

15-2-2019 03:07 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 12902| Komen: 21|Original author: Oleh: Azza

Description: Masalah kemurungan atau penyakit kejiwaan semakin membimbangkan. Apatah lagi mereka yang mengalaminya tidak tahu meluahkan kepada sesiapa pun lalu mengambil keputusan mencederakan diri sendiri sebagai ...



Masalah kemurungan atau penyakit kejiwaan semakin membimbangkan. Apatah lagi mereka yang mengalaminya tidak tahu meluahkan kepada sesiapa pun lalu mengambil keputusan mencederakan diri sendiri sebagai cara untuk meredakannya.

Bagaimanapun bagi mereka yang telah pulih (mungkin bukan sepenuhnya), mereka mahu berkongsi situasi tersebut dengan masyarakat bagi memberi kesedaran.

Akan tetapi, bagi segelintir netizen, perkongsian tersebut hanya membuatkan remaja lebih mudah terpengaruh lalu mahu mencubanya.


Kredit foto: Twitter


Menurut remaja tersebut, dia disahkan oleh doctor pakar menghidap Major Depresive Disorder (MDD) dengan sentiasa berdebar-debar serta perubahan mood.

Setelah memendamnya selama lima tahun dan hanya meluahkan menerusi kelaran di tangan serta menelan pil tidur secara berlebihan, remaja ini akhirnya mendapatkan bantuan November tahun lalu

Siap dengan imej tangan dikelar, ia mendapat respon yang pelbagai. Netizen yang lebih dewasa merasakan post sebegini tidak perlu ditayangkan kepada umum kerana hanya akan menggalakkan lagi remaja melukakan diri sendiri.



Kredit foto: Twitter


Lebih mengejutkan ialah pengakuan demi pengakuan yang didedahkan oleh beberapa netizen lain tentang masalah sama membuatkan hal ini menjadi lebih runcing.


Kredit foto: Twitter


Hal ini sangat merisaukan kerana ia seolah-olah menggalakkan mereka yang mengalami kemurungan sehingga tahap mencederakan diri sendiri berkongsi cerita dengan orang lain sekaligus mempengaruhi 'jenayah' ini.


Ini kerana etika standard tayangan sesuatu gambar sama ada iklan atau rancangan tidak boleh memaparkan kandungan berbahaya atau berpotensi menjadi ikutan. Jika ada sekalipun, perlu ditulis "jangan tiru aksi ini di rumah" atau "pemantauan ibu bapa diperlukan."


Jika ia sekadar untuk berkongsi, semua maklumat sudah dihujung jari, jadi visual menakutkan ini tidak relevan dalam penceritaan.


Bagaimanapun, ramai netizen lebih memberi semangat dan dorongan kepada pesakit supaya meneruskan kehidupan dengan lebih tenang serta cepat sembuh.

Kredit foto: Twitter

Persoalannya, benarkah dengan pendedahan sebegini membuatkan anak muda terikut-ikut atau kita memberi pengajaran kepada mereka? - CARI 




5

Bagus
7

Marah
6

Terkejut
6

Sedih
8

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingitam 15-2-2019 03:16 PM
hmm..aku adfa kawan mcm ni dulu...masa sek men rendah
toreh2 tangan guna pisau kecik sharpener atau pun jarum..
bukan depressi, tapi utk cari perhatian..
ada yang ukir initial bf...konon2 cinta mati..
Quote chicozinn 15-2-2019 03:39 PM
ku ingatkan si arlin banana bana je yg suka depressi melampau rupanya ade gak pengikut dia ye..hmm
Quote nazzse 15-2-2019 04:00 PM
Ya rabbi tak sakit ke wehh..ak ni kena cakar dek kucing pun sakit kemain
Quote haryatie 15-2-2019 04:04 PM
ngeri nyaaaa
Quote bawangkecik 15-2-2019 04:11 PM
susah nak educate orang pasal mental health ni. selalu orang mock ,ejek. sekali kena dekat diri sendiri baru tau . mental sickness is real.
Quote hasniey 15-2-2019 04:25 PM
Dulu2 ramai torwh nama bf/gf.nnt dah kudis tgl parut nama pasangan masing2.ala2 sweet gitu
Tp yg toreh sbb depressi ni kesian sgt.kdg2 xleh control kan
Quote munchkin 15-2-2019 04:29 PM
Depa yg buat gini takkan tayang wei. Seboleh bolehnya tak tayang.

Yg tayang upload and tweet ni attention seeker je. Tak yah layan.
Quote buapakperut 15-2-2019 05:12 PM
budak bbnu je yg buat ni. iols buat kat ikan keli .. sekarang dah tak lalu tengok tangan deyouls menggerutu
Quote Beribear 15-2-2019 05:19 PM
kucingitam: hmm..aku adfa kawan mcm ni dulu...masa sek men rendahtoreh2 tangan guna pisau kecik sharpener atau pun jarum..bukan depressi, tapi utk cari perhatian


Ohh my, sama dgn sekolah iolss dulu. Ramai yg buat cmni.. And ada jugak yg toreh pakai pembaris besi or plastic tu.. And they olss bukan depress ke atau ada mental health, tp mmg lebih kpd apa yg u ckp tu. Cari perhatian


Quote AkuMark 17-2-2019 12:58 AM
Seriau lihatnya...Allah dik apa daha jadi?
Quote lee_sakura 17-2-2019 11:40 AM
trend apa plak skrg ni.....dok toreh tangan nk mtk simpati pakwe ke dik
Quote aminsaniah 18-2-2019 10:51 AM
aku percaya je mental illness ni tp kalau kau dah toreh, pastu kau hupload bg satu dunia tgk..hmmm
Quote mohdcrow 18-2-2019 10:57 AM
Kenapa toreh2 jer...potong jerla terus
Quote Iris. 18-2-2019 01:52 PM
bawangkecik replied at 15-2-2019 08:11 AM
susah nak educate orang pasal mental health ni. selalu orang mock ,ejek. sekali kena dekat diri send ...

yap so true
Quote Iris. 18-2-2019 01:58 PM
i was diagnosed with MDD juga tapi tak pernah buat gini
(jangan aku cerita ni orang kata aku nak mintak simpati pula..... mohon educate diri tu apa itu simpati dengan bagi infomasi)

i tak pernah buat ni dan tak pernah ada suicide attempts
no anxiety dulu (tapi rasa macam ada)
sebab sepanjang i depression, i tak pernah duduk sorang
i was with my child all the time
as far as i know... yang toreh2 lengan ni sebab dia rasa sakit dalam jiwa dia
tapi tak nampak 'kesakitan' tu...
so dia nak nampak sendiri 'sakit'tu... dia torehlah tangan dia

this is real ye... sama macam suicidal
akan ada suara2 yang provoke suruh dia bunuh diri
sebab tu dia 'mental illness'... otak tu sakit... sama je macam orang sakit buah pinggang ke, sakit jantung ke... organ gagal berfungsi dengan baik
jadi macam ni lah... gagal berfikir dengan baik
Quote Owlknight 19-2-2019 09:58 AM
for me untuk benda ni jadi ikutan memang tinggi. my own cousin pun MDD dan BPD pun makin menjadi2 toreh/kelar tangan lately ni. our family tried to help and be there for her, but for sure la we cannot be there for her 24/7 as semua pun memang ada hal masing2. i was the one who encourage her to get proper diagnosis and all. before she was properly diagnose, takde la nampak segala torehan atau kelaran di tangan. lepas dah confirm kena MDD dan BPD, she seems to be so uncontrollable and senang2 tayang di FB, IG dan WA status yang dia toreh2 tangan. so now, saya diamkan diri sebab dia rasa online friends yang sama2 sakit ni lebih faham dia. and all those suka tunjuk2 torehan di tangan ni memang bad influence.
Quote Owlknight 19-2-2019 10:02 AM
bawangkecik replied at 15-2-2019 04:11 PM
susah nak educate orang pasal mental health ni. selalu orang mock ,ejek. sekali kena dekat diri send ...

i know and admit that mental illness is real. cuma kena ada cara yang betul untuk tangani dan express perasaan mereka. showing it online tak membantu, in my opinion. sebab bla yang sebelum ni tak berani nak buat begini akan terikut2, maybe sebab mereka pun memang dah tak stabil. tapi sememangnya sukar bercakap as orang luar.
Quote chinta89 19-2-2019 11:24 AM
ak rse ape dia bgtau tu bukan nk dia nk viral ke ape TAPI dia nk bgtau ttg mslh yg dia alami tp almaklumlah malaysia ni ckp bab2 mental je terus hukum "nt org lain terikut2" seriuslah bongok sape yg nak ikut tu?

mcmkes kondom tu lah kita bg panduan utk seks selamat/nk jarakkan anak tp eh tabu btl kata galakkan penzinaan plk.

bg aku mindset tu kena ubah.

kalau benda jd dlm gmbr kat thread ni jd ikutan, itu salah diorg. kita nak tekankan di sini bagaimana mslh dia dah menjadikan dia buat sesuatu di luar norma kemanusiaan. dan supaya org lain please alert ngn org sekeliling yg ada mslh jiwa mcm ni, bukan ejek atau sisihkan.
Quote sofiazara 19-2-2019 02:49 PM
dia mental illness tu sebab dia tunjuk kat public. attention seeker pun masalah mental kan

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.069502 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top