CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Lagi Penerbit Drama Kata Artis 'Demand', Kali Ni Pelakon Baru Minta 5k Satu Episod

15-2-2019 12:48 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 16047| Komen: 65|Original author: Oleh Azza

Description: Jika beberapa hari lalu, penerbit drama A.Aida telah bersuara membidas pelakonnya yang meminta bayaran sehingga RM3,000 setelah diminta mempromosikan drama lakonannya sendiri, terbaharu penerbit drama ...




Jika beberapa hari lalu, penerbit drama A.Aida telah bersuara membidas pelakonnya yang meminta bayaran sehingga RM3,000 setelah diminta mempromosikan drama lakonannya sendiri, terbaharu penerbit drama, Fadzil Teh pula bersuara. 

Pengarah Urusan Zeel Production Sdn Bhd itu memuat naik status di Instagram meluahkan rasa terkilannya  apabila ada segelintir artis meletakkan bayaran yang tidak masuk akal bagi membintangi sesebuah drama. Menujukan status tersebut kepada pelakon-pelakon baru yang meletakkan harga sehingga RM5,000 bagi setiap episod jelas menunjukkan kedangkalan pelakon tersebut dalam industri hiburan.


Kredit foto: IG

Kenyataannya turut dipersetujui Pengarah Drama popular, Michael Ang namun dibalas kembali oleh Fadzil bahawa Michael lah yang memulakan bayaran mahal tersebut.


IG

Menurut Fadzil atau lebih mesra disapa dengan nama Haji Zil lagi, situasi tersebut berlaku apabila ada pengurus artis yang meletakkan harga tersebut dan lebih menyedihkan itu datangnya daripada pelakon baru.

Bayaran yang diterima oleh setiap pelakon telah diambil kira dari pelbagai aspek. Apatah lagi stesen televisyen membayar syarikat produksi mengikut bajet mereka sendiri. Jika banyak yang diterima tiada masalah tetapi kebanyakkannya adalah dalam lingkungan sederhana.

Carian Internet

Carian Internet

Haji Zil turut memuji pelakon-pelakon 'senior' yang tidak meletakkan harga seperti pelakon baru dan selalu komited mempromosikan drama tanpa perlu disuruh. Antara pelakon tersebut ialah Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Rita Rudaini dan ramai lagi.

Ternyata status Haji Zil tersebut mendapat banyak komen tersirat daripada para pelakon 'senior'.







Persoalannya siapakah pelakon baru yang demand itu? - CARI 
7

Bagus
6

Marah
6

Terkejut
4

Sedih
8

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pavlovachoc 15-2-2019 01:20 PM
yg komen kat ig hj zil tu semua artis2 lame .. artis baru mcm ruhainies, mira filzah, raysha xde pun komen  ..
Quote fizamn 15-2-2019 01:39 PM
kalo pelakon baru tapi satu episode on air rating sejuta i think is fine...
Quote cahaya_almas 15-2-2019 01:55 PM
Kayanya jadi artis..nk suh anak i jd artis lah..boleh tmpg kayo...haha.....
Quote damian_lee 15-2-2019 02:13 PM
Heloo sis Zil
Ni demand and supply
Kalau rasa xnak ambik
Xyahlah merempan

Mcm ko nak beli beg
Ko nak LV
Tapi ko mampu vincci jer
Proceed with vincci
Xde plak nak merempan depan LV

Yang sendu nanti artis tu ....

Koserrrlah
Ni lah masalahnya nenek2 main socmed
Quote Iris. 15-2-2019 02:16 PM
i siap calculate
RM5,000 x 25 episode katakan = RM125,000
ini bukan downpayment rumah... ini harga sebiji rumah...


flat
Quote mieymiey 15-2-2019 02:22 PM
Lepas dah tau pelakon tu letak harga tinggi melangit, chuols ambik berlakon jugak ker?
Quote gigahertz 15-2-2019 02:24 PM
cahaya_almas: Kayanya jadi artis..nk suh anak i jd artis lah..boleh tmpg kayo...haha.....

kaya masa muda je sis. dah masuk 35 nanti jadi macam si ikram dinzy {:run
Quote amyza 15-2-2019 02:25 PM
Michael ang berlakon aritu siap terjun dlm sungai...berapa laa payment dia ek
Quote shernazz 15-2-2019 02:28 PM
Iols teringat ingat pak.haji ni dok komen sedap kat pic pic pelakon lelaki x pakai baju
Iols is x hingat sapa tp memanjang komen sedap..
Xpadan dgn nama.haji
Quote laksmanabentan 15-2-2019 02:35 PM
damian_lee replied at 15-2-2019 02:13 PM
Heloo sis Zil
Ni demand and supply
Kalau rasa xnak ambik

da sendu uolllss... harus la ada kontroversi sikit tuk up...
biasa ler tu....
Quote chicozinn 15-2-2019 02:36 PM
shernazz replied at 15-2-2019 02:28 PM
Iols teringat ingat pak.haji ni dok komen sedap kat pic pic pelakon lelaki x pakai baju
Iols is x h ...

dah nama pun zeel ala2 feel nokkss gitchu..sama la cm hajbie (haji barbie) ittew..huhuhu..ya ampun meollss dok mengata haji2 di hari jumaat ni...
Quote pumpkinpatch 15-2-2019 02:44 PM
Edited by pumpkinpatch at 15-2-2019 05:09 PM

and so what is the problem?

Dia tau value dia. Kenapa artis lain nak ketawakan. Masa dorang baru nak up tahun bila? Now da 2019. Inflation babe.
Takkan still nak bertakuk lama ikot jer apa yg dia bagi.

Kalau rating dia bawak masok untung, kau jugak yg sengeh sengeh  apadehhhh
Quote AmandaRollins 15-2-2019 02:45 PM
Nk speku
Farah nabila hidung kembang
Raysha kayu jati forever
Ayda je/aris
Quote AmandaRollins 15-2-2019 02:45 PM
amyza replied at 15-2-2019 02:25 PM
Michael ang berlakon aritu siap terjun dlm sungai...berapa laa payment dia ek

Hahahahaha...harga kwn2 kot
Quote RED 666 15-2-2019 03:00 PM
gigahertz replied at 15-2-2019 02:24 PM
kaya masa muda je sis. dah masuk 35 nanti jadi macam si ikram dinzy {:run

Baik keje gomen dari jadi artis
Quote Acik2kepam 15-2-2019 03:31 PM
pumpkinpatch replied at 15-2-2019 02:44 PM
.aa.and so what is the problem?

Dia tau value dia. Kenapa artis lain nak ketawakan. Masa dorang  ...

Betul gak pelakon lama sapa je nak tgk semua nak tgk bbnu ja sesuai la ngan zaman.
Quote syadq 15-2-2019 03:33 PM
Harus up harga awal2 sebab nanti bila kena buat promo tak dpt payment lebih.
Quote Cucucaca 15-2-2019 03:45 PM
Back 4-5 years ago, Nabila Huda pon baru 1k/episod.

Kalau sheols demand 5k/episod skrg worth to pay lah sebab her experience and crowd. Pelakon baru ada crowd, pengalaman kayu kayan membazir je bayar mahal.

Tp biasa lah kalau station tv nak sangat kat kau, paku je lah harga sementara boleh buat duit.
Quote rayray28 15-2-2019 03:49 PM
Ritrude kawan baik thats why laa dia mention

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.123625 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top