CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Insta Famous Buat Cabaran Bodoh, Memang Nak Popular Kena Prank Ke?

18-2-2019 11:43 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 7412| Komen: 42|Original author: Oleh: Azza

Description: Macam-macam dilakukan oleh BBNU sekarang semata-mata untuk terkenal di alam sosial media dan kebanyakannya adalah mengunakan cara bodoh demi meraih perhatian pengikut. Terbaharu golongan 'Instafamous' ...




Macam-macam dilakukan oleh BBNU sekarang semata-mata untuk terkenal di alam sosial media dan kebanyakannya adalah mengunakan cara bodoh demi meraih perhatian pengikut. Terbaharu golongan 'Instafamous' ini mengadakan cabaran "Jangan Bayar Challenge'. Dalam cabaran ini, mereka akan membeli produk makanan, tetapi bila mahu membayar, seorang rakannya akan menyuruh supaya tidak membayar lalu melarikan diri.

Perbuatan tersebut dipaparkan di Instagram dan mereka dengan bangganya menyatakan tidak membayar produk tersebut. Jadi, ia adalah mencuri!


Menurut netizen ini, beberapa jam setelah memuat naik video ini, 'Insta Famous' ini berbangga kerana tidak membayarnya namun setelah ia semakin tular, barulah mereka menyatakan yang ia sekadar cabaran dan segala makanan tersebut telah dibayar. Tetapi bayangkan ia ditonton oleh remaja lain lalu berpandangan ianya cabaran yang perlu diikuti seperti 'Keke Challenge'?

Kredit foto: Twitter

Apabila hal ini dianggap biasa, maka perbuatan jenayah dianggap satu gurauan hanya kerana mahu meraih glamour. Lagi pula kebanyakkan pengikut 'Insta Famous' ini terdiri daripada pelajar sekolah, maka dibimbangi mereka akan merasakan ianya satu perkara yang trending dan perlu ditiru.

Biarpun pelaku telah meminta maaf atas kesilapan mereka lalu menyatakan ianya sekadar gurauan namun perbuatan sebegini tidak boleh dijadikan kebiasaan kerana ramai yang akan membuat perkara sama lalu meminta maaf jika tersilap. Sampai bila ia harus berlaku?


Kredit foto: Twitter

Kegilaan menjadi popular dengan melakukan perkara-perkara bodoh seperti menjadi kemestian sekarang ini. Apa yang kita sebagai masyarakat boleh lakukan? Takkan berpeluk tubuh semata-mata? - CARI 
9

Bagus
6

Marah
7

Terkejut
8

Sedih
7

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 18-2-2019 11:49 AM
gi report polis la
Quote runiadreamer 18-2-2019 11:59 AM
sian pekerja kedai tu
Quote Kurex 18-2-2019 12:00 PM
Makin benak generasi y sekarang ni
Quote Artemesiaa 18-2-2019 12:05 PM
Idea paling dungu silap langkah tak pasal2 masuk lokap nanti
Quote bellaa 18-2-2019 12:15 PM
sedih tengok generasi sekarang.

berlumba2 jadi instapemes, goyang2 depan tiktok.
membodohkan diri.  tapi tak nk belajar sungguh2.

dek, kalo ko pemes & review dapat beribu sebulan
akai tak da pom, tak boleh jugak utk dibanggekan.

ujung2 beranakkan susur galur bodo. mindset dunia ketiga.
Quote chicozinn 18-2-2019 12:19 PM
ohmai, pe nak jadi bebudak skang ni?tkot lak meollss bila pkirkn anak meollss si kecik tu..skang ni zaman ske membodohkn diri ke hape?
Quote RatuDunia94 18-2-2019 12:25 PM
Acah2 cool..
Walhal off camera x cool lgsung pon set2 mcm ni..
Quote kechikchomel 18-2-2019 12:48 PM
tak rasa bersalah ke budak2 ni?
iolss haritu beli makanan terkurang 5sen pun dah rasa bersalah.


Quote intan_smsb 18-2-2019 12:48 PM
bellaa replied at 18-2-2019 12:15 PM
sedih tengok generasi sekarang.

berlumba2 jadi instapemes, goyang2 depan tiktok.

alaaaaaa
lg sedih yg takde life
Quote bellaa 18-2-2019 12:56 PM
intan_smsb replied at 18-2-2019 12:48 PM
alaaaaaa
lg sedih yg takde life

nah.. ada ciri2 takda life tak?
https://thoughtcatalog.com/ryan- ... s-you-have-no-life/
Quote biozipstar 18-2-2019 01:05 PM
ramai sangat instapemes skang ni.. tah pape
Quote swimswim 18-2-2019 02:31 PM
Loser gila
Quote mieymiey 18-2-2019 02:40 PM
Bodohnya.
Quote lee_sakura 18-2-2019 03:10 PM
bodoh la yg buat challeneg mcm ni, kesian budak kaunter
Quote dubuk 18-2-2019 04:01 PM
kau ingat sini amereka ?
Quote ChildrenOfBodom 18-2-2019 04:05 PM
mcm fake ja, dh habaq awai2 kot kat penjual nak wat bideo bangang mcm tu
Quote fly_in_d_sky 18-2-2019 04:16 PM
haram weiii makan minum tanpa dibayar
esok menjawap ler ...
Quote airmineral 18-2-2019 04:29 PM
drpd buat challenge ni
baik ko pegi kaji sama ada bumi ni bulat ke x
Quote wadiunong 18-2-2019 04:44 PM

tak mustahil akan datang akan ada challenge bunuh orang suka hati macam dalam movie Purge tu.

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.058209 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top