CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Makan Ambuyat Macam Telan Kahak, Geli!" Instafamous Teruk Dikecam

20-2-2019 11:10 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 15862| Komen: 93|Original author: Oleh: intan

Description: Ambuyat adalah salah satu makanan lokal negeri Sarawak, Sabah dan Labuan yang dihasilkan dari pokok sagu. Ia juga dikenali sebagai linut di kalangan penduduk tempatan.
Ambuyat adalah salah satu makanan lokal negeri Sarawak, Sabah dan Labuan yang dihasilkan dari pokok sagu. Ia juga dikenali sebagai linut di kalangan penduduk tempatan. 

Namun, tidak semua orang boleh menerima makanan ini ataupun dengan kata lain "tak kena dengan tekak". 



Baru-baru ini , Instafamous terkenal dan juga pengasas produk NSA beauty yang pernah dikecam kerana disyaki diperbuat daripada produk timbang kilo kembali lagi dengan kontroversi terbaru. 

Syafiqah Aina yang kini hamil dilihat sedang menikmati makanan tempatan tersebut, tetapi tidak dapat menerima rasanya. Suaminya, Hafiz menggelarkan aktiviti tersebut sebagai "Ambuyat Challenge".





Makanan tempatan Sabah & Sarawak, Ambuyat



Dalam video itu, pasangan terbabit mungkin 'terlepas cakap' mengenai makanan berkenaan yang rasa seperti makan 'kahak'. Gara-gara kenyataan itu, pasangan tersebut teruk dikecam kerana dilihat seperti tiada adab dan tidak menghormati makanan tersebut.



Kalau tidak suka sekalipun, tidak perlulah berkata yang bukan-bukan. Tolak tepi sahaja, makanlah makanan lain. Ini tidak, dimuat naik dalam media sosial hanya mengundang kecaman saja. - CARI
4

Bagus
4

Marah
5

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PristineOne 20-2-2019 11:22 AM
Ambuyat sidap bhaa...kao yang mulau sama laki kao siring jalan teda pandai makan.
Quote raihaneem 20-2-2019 11:27 AM
Jgn la kutuk mknn..dulu ada org kata laksa mcm muntah kucing la..tempoyak mcm sampah la..

Yg samakan mknn dgn bnda kotor kenapa

Quote umbut 20-2-2019 11:28 AM
Emmm.. maybe x kena tekak dia. Cuma terlepas cakap pamer kat ig silapler..
Quote prettyuglybabe 20-2-2019 11:41 AM
kalau i jadi customer kat situ ada pulak orang lain menggedik nak wuek wuek, memang aku lempar semua atas meja tu..
ko tak reti nak hormat customer lain nak makan??
nak buat challenge gi buat sesama korang kat tempat lain..
bukan kat tempat public where orang lain tengah menikmati makanan dorang..
dasar attention seeker bahalul..
Quote runiadreamer 20-2-2019 11:47 AM
ambuyat tu apa rasa dia? buat drpd apa? mcm sedap je tengok, ambuyat tu makan kosong ke ada sos dia?
Quote kakyungpilah85 20-2-2019 11:53 AM
kalau xlalu nak makan pon xpayah la nak wek2 sangat pastu nak samakan makanan dengan menda2 kotor..marah org sana sebab ketidak cerdikkan ko laki bini...duit aje banyak,tapi bengap
Quote PristineOne 20-2-2019 11:54 AM
Edited by PristineOne at 20-2-2019 11:57 AM
runiadreamer replied at 20-2-2019 11:47 AM
ambuyat tu apa rasa dia? buat drpd apa? mcm sedap je tengok, ambuyat tu makan kosong ke ada sos dia?


Dia kanji....rasa dia rasa tawar kanji la..pakai sepit ambik dan pusing gulungkan....kemudian cicah ngan sambal pedas dia...nak lagik kick ada cili padi kicap. Dimakan jua dgn ikan goreng dan lauk pauk yg lain. Yang sedap rasa dia bila dah dicicah dgn sambal dan ikan...Kombinasi tu yg buat sidap.

Sedap..nyum..nyum
Quote runiadreamer 20-2-2019 11:57 AM
PristineOne replied at 20-2-2019 11:54 AM
Dia kanji....pakai sepit ambik dan pusing gulungkan....kemudian cicah ngan sambal pedas dia...nak  ...

mcm sdap je alaa kenapalah takde restoran makanan sabah& sarawak kt semenanjung hmm, nanti nk try la kalau pergi sana

Quote saviour_09 20-2-2019 12:02 PM
besar tu

biasa masuk yg kecik2 je

mana mau nyaaa



Quote shernazz 20-2-2019 12:04 PM
Teringat masa study dolu
Housematw sabahan buat ambuyat ni
N sambal sardin
Punya la jakun weols dok makan..hahahah
Bg iols x puas la..sebab xbleh nak amek banyak banyak masa tu..
Quote mieymiey 20-2-2019 12:23 PM
Orang tak kisah pun kalau ko memang takleh telan benda tu.
Tapi kebodohan korang lakibini memang terserlah bila korang upload dalam socmed.
Kebodohan sendiri sila simpan yach.
Quote Nurul8001 20-2-2019 12:30 PM
Biadap betul. Ade ke patut samakan dgn kahak?

Sedap tak ambuyat ni?
Tapi, kalo tempoyak dan sambal belacan pun sy boleh telan, rasanya ambuyat ni takde masalah kot. Teringin pulak nak rasa.
Quote haryatie 20-2-2019 12:30 PM
mmg bukan semua mkanan org boleh telan
aku pun  kalau benda2 pelik2 aku x bleh telan
tp x yah la beria over acting, show off kat depan org lain yg boleh makan @ socmedia
buatkan org lain pun hilang selera makan
saja nak tarik perhatian konon famouus sgttt
Quote Artemesiaa 20-2-2019 12:33 PM
Kalau tak suka pun tak perlulah siarkan.  Itu makanan tradisi mereka disana tak berapa elok kalau bagi komen sebegitu.  
Quote amyza 20-2-2019 12:45 PM
Aina pregnnt tu yang rasa nak muntah kot.

Ambuyat ni meriah makan ramai2. I pernah try makan tapi tersekat kat kerongkong taknak turun,kena minum air baru lega. Lauk2 tu sume sedap, jadi i mkn dengan nasi jer.
Quote Khawla 20-2-2019 12:55 PM
Uwek uwek pula kau sana perempuan.. Respect lah sikit....
Quote Khawla 20-2-2019 12:55 PM
PristineOne: Ambuyat sidap bhaa...kao yang mulau sama laki kao siring jalan teda pandai makan.

Auw banar atuh mulau...
Quote siputsedut 20-2-2019 12:56 PM
Yg pasti syafiqah aina ni malang berlakikan attention seeker n oportunist mcm laki dia
Quote siputsedut 20-2-2019 12:57 PM
shernazz: Teringat masa study doluHousematw sabahan buat ambuyat niN sambal sardinPunya la jakun weols dok makan..hahahahBg iols x puas la..sebab xbleh nak amek ...


Mmg kene ambik dgn chopstick panjang tu ke? Xleh pakai sudu?

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.321240 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top