CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sorok Dalam Tudung, Ibu Tunggal Tak Serik Mencuri Di Pasar Raya

20-2-2019 01:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2203| Komen: 17

Description: Seorang ibu tunggal direman tiga hari selepas tidak serik ditangkap kerana mencuri di sebuah pasar raya di bukit Kecil, Kuala Terengganu, kelmarin.
Seorang ibu tunggal direman tiga hari selepas tidak serik ditangkap kerana mencuri di sebuah pasar raya di bukit Kecil, Kuala Terengganu, kelmarin.



Memetik Sinar Harian, wanita berusia 47 tahun itu sering ditangkap pihak pasar raya kerana mencuri di premis berkenaan.

Difahamkan, selain 15 biji telur gred B, ibu lima anak itu menyeludup tiga paket burger lembu Ramly, tiga paket burger ayam Ramly, ikan selar dan ikan selayang gred A yang disembunyikan dalam tudung.

Tindakannya yang mencurigakan di bahagian sejuk beku disedari seorang pengawal keselamatan premis berkenaan kira-kira jam 12.30 tengah hari, kelmarin.

Menurut sumber, pengawal keselamatan itu melihat wanita berpurdah berkenaan memasukkan sesuatu ke dalam beg galas yang disembunyikan dalam tudungnya sebelum menghala keluar mengikuti pintu hadapan premis.


Selepas ditahan, pemeriksaan mendapati sejumlah barangan ditemui di dalam beg galasnya tanpa sebarang bukti pembayaran yang keseluruhannya bernilai RM85.32.

Difahamkan, suspek yang juga bekerja sebagai tukang cuci itu sering ditangkap kerana mencuri di premis berkenaan. Bagaimanapun, dia sering dilepaskan tanpa dikenakan sebarang tindakan atas belas ihsan pihak pengurusan.

"Suspek pernah diberi amaran beberapa kali daripada pihak pengurusan pasar raya yang akan melaporkannya kepada polis jika tertangkap sekali lagi.

"Namun, sebaik dibebaskan suspek akan menggunakan taktik sama untuk mencuri di pasar raya berkenaan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan. - CARI
6

Bagus
7

Marah
6

Terkejut
5

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dess402 20-2-2019 01:12 PM
Edited by dess402 at 20-2-2019 01:17 PM

motif mencuri utk anak2 makan ke  ??  kesian ..  telor 15 biji  .  bagi nombor akaun la akak  .  boleh gak sapa2 nak buat amal soleh  .
Quote mizzmimi 20-2-2019 01:26 PM
Anak 5.. Ibu tunggal ke?
Quote myakayina 20-2-2019 01:35 PM
kesian tapi inilah realitinya.. tapi mencuri still satu kesalahan kak walau nak suap mulut anak2 sekalipun..
Quote Shirley23 20-2-2019 01:44 PM
Hamboiii makcik curi brand ramly terus.
Quote gigahertz 20-2-2019 01:54 PM
myakayina replied at 20-2-2019 05:35 AM
kesian tapi inilah realitinya.. tapi mencuri still satu kesalahan kak walau nak suap mulut anak2 sek ...

org syria kebulur tak makan kita sini kenbulur gaji tak cukup
Quote eLiaD 20-2-2019 01:57 PM
anak 5 klaw sume cola mne nk cekau duit sdg kn yg bergaji 6k un X ckup zman now
Quote YBlava 20-2-2019 02:01 PM
kesian ibu tunggal, dah tak dapat br1m sebab br1m dah mansuh.

ganti dgn BSH

BSH pun tak dapat

ni semua sebab suwey tangan pengundi ph

Quote runiadreamer 20-2-2019 02:10 PM
kesiannya haihh, kadang2 diorang ni terpaksa bukan sbb saja2 patutnya pemerintah lagi peka dgn kes2 camni, nanti camne nak jawab kt akhirat ni
Quote Asdan 20-2-2019 02:26 PM

sediakan tempat khas untuk minta sedekah, dapat kurangkan jenayah
Quote Hessa 20-2-2019 02:34 PM
dekat surau kawasan kejiranan rumah i, ada jawatankuasa peruntukan barang2 keperluan  mcm telur, beras, garam gula minyak yg kuantiti sederhana besar lah setiapnya, letak dlm almari khas, siap letak nota, "siapa yang berhajat dan dalam keadaan memerlukan, boleh lah ambil barang2 ni'...mungkin ahli jawatankuasa surau2 lain boleh praktikkan benda2 ni...
Quote prettyuglybabe 20-2-2019 03:18 PM
sekali dua boleh la dimaafkan..
kalau betul-betul susah, dia tak amik lebih-lebih..
cukup untuk keperluan je..
tak sedih ke bagi anak-anak makan makanan curi..
Quote diss69 20-2-2019 03:54 PM
Baik amek je pastu g kt kaunter ckp xda duit nk bayar, biar staff bwk terus ke pihak pengurusan, mana tau dpt belas ehsan dari pasaraya tu bulan2 dpt bocer beli barang dapo..
Quote buapakperut 20-2-2019 03:57 PM
tak beku leher ke curik dagin beger.
Quote None68 20-2-2019 05:56 PM
Mmg habit ke apa? Klu mmg btol2 susah meh bg no akaun acik belanja telur.
Quote Suchi 20-2-2019 07:01 PM
Hessa replied at 20-2-2019 02:34 PM
dekat surau kawasan kejiranan rumah i, ada jawatankuasa peruntukan barang2 keperluan  mcm telur, ber ...

Kat mana tah aritu ade mesin atm beras.
Taktau kat malaysia ke kat man
Quote yancute79 20-2-2019 08:35 PM
Suchi replied at 20-2-2019 07:01 PM
Kat mana tah aritu ade mesin atm beras.
Taktau kat malaysia ke kat man

Kt masjid Dato Keramat KL klau x silap
Quote sambaldurian 20-2-2019 08:48 PM
Ni ngada2 la ni, klu dulu dh terlepas sbb belas ihsan pasaraya, tu berani buat lg, dgn harapan ckp org ssh, so org kesian lg. Minta maaf sy dilahirkan dlm keluarga yg senang wlu x kaya, so xtaw kesengsaraan wanita ni, tp klu 2-3 kali itu dh jd keseronokan utk mencuri la tu.sori xboleh nk bersangka baik dh, sbb ak pnh bc ada org susah yg bermaruah , x minta simpati, cuba bekerja halal sehabis baik.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.071124 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top