CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jeruk Buah Bambangan Hidangan Eksotik Pulau Borneo

22-2-2019 06:22 PM| Diterbitkan: eimila| Dilihat: 9992| Komen: 25|Original author: Oleh: Eimila

Description: Makanan yang dijeruk merupakan antara makanan yang mudah disediakan, tahan lama dan pastinya menambat selera sesiapa sahaja. Disebabkan kurangnya kemudahan elektrik pada masa dahulu, kaedah menjeruk m ...
Makanan yang dijeruk merupakan antara makanan yang mudah disediakan, tahan lama dan pastinya menambat selera sesiapa sahaja. Disebabkan kurangnya kemudahan elektrik pada masa dahulu, kaedah menjeruk makanan adalah kaedah popular untuk menyimpan makanan. 


Namun begitu, kini terdapat pelbagai makanan yang dijeruk untuk membolehkan ia dinikmati di mana-mana sahaja pada bila-bila masa terutamanya bagi golongan perantau. Tidak kisah sama ada buah, daging, ikan atau sayur, jeruk yang dihasilkan tidak lagi terhad untuk hidangan di rumah bahkan ada yang menjadikannya sebagai barangan yang dijual secara runcit mahupun dalam talian.

Buah bambangan yang sudah masak/tua sesuai dibuat jeruk

Jeruk buah yang terkenal terutamanya di Pulau Mutiara dengan jenama Pak Ali pastinya terbayang di minda saat membicarakan jeruk buah, tapi tahukah anda bahawa ada satu jeruk buah yang terkenal di Pulau Borneo, dan anda mungkin tak akan menjumpainya di tempat lain? Ya, jeruk buah yang dimaksudkan ialah jeruk buah bambangan. Sesiapa yang berkunjung ke Sabah terutamanya mungkin pernah terlihat jeruk ini yang dijual dalam bekas plastik dan sedia untuk dimakan dengan nasi.


Buah bambangan adalah buah yang bermusim, jadi jeruk bambangan adalah satu cara untuk membolehkan sesiapa menikmati buah ini walaupun bukan pada musimnya. Cara untuk membuatnya juga sangatlah mudah! 

Buah bambangan mempunyai kulit yang tebal

Untuk menghasilkan jeruk bambangan, anda hanya perlu mengupas kulit buah yang tebal tersebut dengan cara menghiris bahagian pangkal buah dan seterusnya kulit tersebut ditarik sahaja tanpa perlu mengupas menggunakan pisau. Setelah kulit dikupas sepenuhnya, anda perlu memotong isi buah mengikut saiz yang dikehendaki.


Isi buah yang sudah dipotong kecil

Buah ini juga mempunyai biji yang keras di bahagian tengah. Jangan buang biji tersebut kerana ia perlu dibelah dan diparut untuk dicampurkan bersama isi buah tadi. Setelah selesai, gaulkan semuanya dengan hirisan bawang merah, cili api dan garam. Biarkan lebih kurang setengah jam atau lebih lama lagi sebelum dimakan bersama nasi panas. Wah, kecur air liur! - CARI 

7

Bagus
8

Marah
12

Terkejut
6

Sedih
9

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (51 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noraidil_06 22-2-2019 06:29 PM
Mcm buahbinjai
Quote Kurex 22-2-2019 06:38 PM
Kalau yg dijeruk tu, aku suka sayur maman.. Sedap dimakan dengan nasik & ikan goreng. Kalau ada sambal buah kuwinin atau sambal belimbing yg kecik tu lagi sedap.
Quote Khawla 22-2-2019 07:56 PM
Sedap dijeruk dgn cili, kmudian makan dgn ikan masin...stiap kali balik sabah mmg wajib beli... Nyaman...
Quote None68 23-2-2019 01:20 AM
Pernah mkn masam gila ni
Quote sehirkedi 23-2-2019 01:29 AM
Nampak sedap.. Kenapa kat belah sini takde.. Meleleh air liur ni...
Quote moonbug 23-2-2019 09:27 AM
Macam mangga tesktur dia
Quote besi_kelabu 23-2-2019 10:52 PM
masam giler ni...and bau dia....

Quote dua_chzy 24-2-2019 12:19 AM
Apa yang ngkorang boleh buat dengan buah bambangan? Ngkorang boleh buat:

1. Jeruk bambangan

2. Sambal belacan bambangan

3. Jus bambangan

4. Kulit bambangan masak ikan masin campo cili putih. Kulit bambangan (bahagian coklat tu buang. Amek bahagian dalam jah) tumis dengan ikan masin dan cili putih Sabah. Rasanya masam, masin, pedas. Makan dengan nasik panas, pergh!

5. Makan camtu jah pon sodap if ngkorang tahan masam. Akak tak tahan. Akak makan dengan nasik dan cili padi yang dipenyet2. Letak garam ngan gula sket huntok kurangkan masam, wahlaaaa.

6. Masak pinasakan sada bambangan @ ikan masak pindang kering dengan buah bambangan.

7. Aiskrim bambangan. But menda ni akak pon tak pernah cuba lagik.


Quote hanisnabila 24-2-2019 03:18 AM
Sedap buah ni
Quote eimila 24-2-2019 04:10 PM
sehirkedi replied at 23-2-2019 01:29 AM
Nampak sedap.. Kenapa kat belah sini takde.. Meleleh air liur ni...

Ni kategori buah hutan juga ni..sama macam buah tarap di Sabah. Susah nak jumpa.
Quote eimila 24-2-2019 04:13 PM
dua_chzy replied at 24-2-2019 12:19 AM
Apa yang ngkorang boleh buat dengan buah bambangan? Ngkorang boleh buat:

1. Jeruk bambangan

Wahhh..banyaknya resipi akak Aiskrim bambangan tu pernah try dalam satu event usahawan MARDI tahun lepas. MARDI tengah buat R&D aiskrim bambangan ni. Rasa manis tapi tak rasa buah bambangan sangat la. Mungkin lepas diorang siap R&D rasanya lebih sedap..hehe
Quote AyaqMeloSuam 24-2-2019 05:12 PM
Serumpun sma buah binjai..
Bambangan (Mangifera pajang Kostermans)
Binjai (Mangifera. caesia Jack).
Quote abangadek 24-2-2019 05:19 PM
rasa mcm mangga je
Quote eimila 24-2-2019 05:43 PM

serupa tapi tak sama ;)
Quote dua_chzy 24-2-2019 09:16 PM
AyaqMeloSuam replied at 24-2-2019 05:12 PM
Serumpun sma buah binjai..
Bambangan (Mangifera pajang Kostermans)
Binjai (Mangifera. caesia Jack) ...

Tempat aiol, binjai digelar bundu. Tu la asal usul nama kampung pak aiol.
Quote dua_chzy 24-2-2019 09:17 PM
eimila replied at 24-2-2019 04:13 PM
Wahhh..banyaknya resipi akak  Aiskrim bambangan tu pernah try dalam satu event usahawan MARDI ta ...


Karna bambangan ini versatile yah seropa buah tarap boleh dibuat hapa saja. Nanti aiol nak terai buat acar bambangan campo ikan masin. If menjadik boleh jugak aiols jual, hiks.
Quote eimila 24-2-2019 11:50 PM
dua_chzy replied at 24-2-2019 09:17 PM
Karna bambangan ini versatile yah seropa buah tarap boleh dibuat hapa saja. Nanti aiol nak terai ...

Saya pernah jumpa produk coklat tarap ;)
Quote kakyungpilah85 25-2-2019 08:41 AM
pernah rasa sebab kawan2 org sabah..sape suka masam tu memang sedap la
Quote awliya 26-2-2019 04:15 PM
aku tengok kecur air liur..sdap ke

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.179992 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top