CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Mendiang Karl Lagerfeld Wariskan Jutaan Dollar Kepada Kucing Dikatakan Jelmaan Ibunya

22-2-2019 04:31 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 4783| Komen: 16|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Mendiang Karl Lagerfeld Wariskan Jutaan Dollar Kepada Kucing Dikatakan Jelmaan Ibunya
Selepas kematian Karl Lagerfeld Selasa lalu, ramai peminatnya meluahkan rasa bimbang tentang nasib kucing kesayangannya, Choupette. Pereka fesyen lagenda itu mula memelihara kucing baka Birman tersebut selepas jatuh cinta kepadanya ketika menjaga kucing milik asal Baptise Giabicone, seorang model Perancis.


Kredit foto: Daily Star


Sejak itu Choupette hidup serba mewah termasuk makan dalam pinggan mahal di atas meja, memiliki seorang tukang masak, dua orang pembantu khas dan seorang pengawal peribadi. 


Kredit foto: Instagram


Bagaimanapun, sumber memberitahu gaya hidup mewah kucing itu tidak akan berubah berikutan kematian Lagerfeld kerana ia dikatakan mewarisi sebahagian daripada 150 juta pound sterling (RM800 juta) hartanya. Menurut sebuah suratkhabar Jerman, mewariskan harta kepada binatang kesayangan adalah sah di sisi undang-undang negara itu.



Kredit foto: WWD


Karl Lagerfeld pernah memberitahu majalah Numero bahawa kucing kesayangannya akan mewarisi sebahagian hartanya. "Tapi jangan takut, ahli keluarga lain saya turut menerima bahagian masing-masing," tambahnya.


Lagerfeld turut memberitahu majalah Bazaar bahawa beliau sangat menyayangi Choupette kerana percaya kucing itu adalah jelmaan ibunya. "Choupette sangat sentimental, ia lucu, suka membaca bersama saya, makan di meja, dan sering berkelakuan seperti manusia, sebab itulah saya yakin ia jelmaan mendiang ibu saya," terang Lagerfeld lagi.



Kredit foto: Popbee

Lagenda fesyen berumur 85 tahun itu meninggal di Paris dan kematiannya ditangisi oleh ribuan peminatnya di social media. Sebelum memulakan jenama sendiri, Lagerfeld pernah berkhidmat sebagai Pengarah Kreatif Chanel dan Fendi. Sepanjang hayatnya, Choupette ialah temannya yang paling setia dan sering tidur bersamanya hampir setiap malam.


Untungnya menjadi kucing bagi pemilik jutawan yang penyayang  seperti Karl Lagerfeld. - CARI 

6

Bagus
8

Marah
7

Terkejut
5

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote armin 22-2-2019 05:10 PM
Ramaila berebut nk jaga kucing ni
Quote borrow 22-2-2019 05:44 PM
syomelnya

Mebi nak pastikan meow tak merempat slps ketiadaan mendiang.
Quote kroit92 22-2-2019 06:41 PM
  kiutnye
Quote nadie90 22-2-2019 09:02 PM
Bru thu KL dah meninggal...no wonder trending kt twitter hr tu....ywbm KL
Quote Victorioussss 22-2-2019 10:10 PM
Dia pk maka dia jelmaan miau
So dh tgk depan mata kn..mak jilat vag sndiri
Quote sehirkedi 23-2-2019 01:28 AM
Comelnye meow dia.. Patutla kat handbag jenama dia kebanyakkan ada simbol meow..
Meow ni tidur atas duit.. Bertuah.. Tapi mesti meow tu sedih sebab teman rapat dia dah takde..
Quote kakyungpilah85 23-2-2019 12:03 PM
tuah badan si kucing...kadang2 kucing lagi memahami perasaan manusia yg syg dia dari org yg dekat ngan kt tp xpaham diri kt
Quote nadie90 23-2-2019 10:40 PM
Untg kucing dia...hrp kucing ni dijg dgn baik lps ni...
Quote Choc-chip 25-2-2019 10:47 PM
Comel la Choupette...

Untung dia jadi jutawan kucing...
Quote samasam90 26-2-2019 12:39 AM
baptise ne muse dia kan yg sampai anak dia pun KL sanggup jadi godfather..
Quote sweetgirl 4-3-2019 04:26 PM
persoalannyer kalau kucing ni pulak mati, harta2 dia p kat siapa pulak
Quote Juju89 6-3-2019 04:31 PM
untung jadi kucing ni ada warisan dari tuan dia.
Quote riantika 11-3-2019 02:25 PM
sweetgirl replied at 4-3-2019 04:26 PM
persoalannyer kalau kucing ni pulak mati, harta2 dia p kat siapa pulak

haaa...betul tu i pun terfikir benda yang sama
Quote sunny2019 12-3-2019 12:49 PM
Commonly we attain confused when we finally hear the exact terms website development service in addition to internet developer getting used interchangeably. But thoughts is broken done looking over this, all your individual confusions may perhaps disappear. Poof!
    angry birds
Quote melatibiru 13-3-2019 03:09 PM
Edited by melatibiru at 13-3-2019 03:10 PM
samasam90 replied at 26-2-2019 12:39 AM
baptise ne muse dia kan yg sampai anak dia pun KL sanggup jadi godfather..


His godson is Hudson Kroenig, anak kepada salah sorang his muse, Brad Kroenig..

Choupette ni asalnya milik Baptise..
Quote AppleJack 22-3-2019 12:20 AM
untung si meow

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.056695 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top