CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Maut Tercucuk Buluh Di Leher Ketika Bonceng Motosikal

22-2-2019 01:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3732| Komen: 20

Description: Seorang remaja lelaki maut tercucuk buluh di leher ketika membonceng motosikal jam 9 pagi tadi di Kampung Kok Kiok, Bukit Bakar, di Machang, lapor Harian Metro.
Seorang remaja lelaki maut tercucuk buluh di leher ketika membonceng motosikal jam 9 pagi tadi di Kampung Kok Kiok, Bukit Bakar, di Machang, lapor Harian Metro.



Kredit foto: Harian Metro/NSTP

Dalam kejadian, Mohd Asri Azman, 17, membonceng motosikal dengan sepupunya untuk bersiar-siar di sekitar kampung bersama seorang lagi sepupu mereka yang menunggang motosikal lain.

Difahamkan, motosikal yang ditunggang sepupunya itu berselisih dengan sebuah motosikal yang membawa buluh.

“Kami berada di bahagian hadapan, manakala seorang sepupu mengikuti di bahagian belakang. Ketika sampai di lokasi kejadian, saya melihat seorang pak cik menunggang motosikal jenis EX5 dari arah bertentangan membawa sebatang buluh yang diletakkan di atas bahu," kata sepupu Mohd Asri, Mohd Fitri Rosdi, 18.



Kredit foto: Sinar Online

Menurutnya, mereka bagaimanapun gagal mengelak hingga buluh berkenaan mencucuk leher mangsa.

“Sepupu yang mengikut kami terus memberhentikan motosikal sebelum saya turut berhentikan motosikal kerana terkejut.

"Saya terkejut melihat darah banyak di leher sepupu dan sempat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir," katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, Asisten Superintenden Mohd Shamsuri Mohd Zain yang mengesahkan kejadian berkenaan berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu secara cuai menyebabkan kematian. - CARI
6

Bagus
7

Marah
6

Terkejut
8

Sedih
8

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imthegirl 22-2-2019 01:29 PM
Kenapa la pi bawak buluh runcing tajam macam tu sampai mencucuk leher orang. Tak boleh potong elok elok dulu ke
Quote famri7 22-2-2019 01:30 PM
Orang kg sis.naik moto mcm kimak..kalau menyebabkan kematian ko salahkan elohim..kesian elohim.
Quote Nenolen 22-2-2019 01:32 PM
Innalillah...Alfatihah buat arwah.
Mohon pakcik2 dan abg2 ambik ikhtibar tidak mengangkut benda2 panjang dan tajam dgn motosikal...merbahaya...teringat puls kes anak mati sebb mesin rumput ayah di motosikal
Quote Malaysia.Doom 22-2-2019 01:34 PM
Ko bawa Moto laju.. kalau EX5 tu mmg pakai utk rempit lah.

No Al Fatihah.
Quote jazaa100 22-2-2019 01:36 PM
famri7 replied at 22-2-2019 01:30 PM
Orang kg sis.naik moto mcm kimak..kalau menyebabkan kematian ko salahkan elohim..kesian elohim.

Betul....klu kat kl ni, indon.....
Selamba je bawak btg besi naik motor....dia ingt sini mcm sulawesi kot.....kita pulak yg seriau....
Quote jazaa100 22-2-2019 01:38 PM
Kesiannya......

Hensem pulak tu.....klu muka ala ala @Malaysia.Doom ....tak ralat sgt....
Quote umie 22-2-2019 01:44 PM
Alfatihah dan takziah kepada keluarga adik ni
Quote burque 22-2-2019 02:11 PM
buluh tu tebangla elok2..hjg balut dengan kertas atau kain.
kn dah melayang 1 nyawa gara2 sikap cheapskate ko pakcik
Quote runiadreamer 22-2-2019 02:12 PM
kesiannyaaa umur muda lagi, alfatihah
Quote Malaysia.Doom 22-2-2019 02:20 PM
jazaa100 replied at 22-2-2019 01:38 PM
Kesiannya......

Hensem pulak tu.....klu muka ala ala @Malaysia.Doom ....tak ralat sgt....

Jangan sedih sis..mati syahid dah tu dpt bidadari terselak kain lebih cantik dr sister.
Quote moonbug 22-2-2019 02:20 PM
Kecuaian yang bawa padah pada nyawa orang lain. Takziah untuk keluarga mangsa.
Quote buapakperut 22-2-2019 02:58 PM
selalu nk terlanggar moto yang suka potong lampu merah. tu belum lagi yang mencilok macam kena kejar jin afrit. btw buluh tu taklehke potong kasi tumpul.
Quote miznora 22-2-2019 03:01 PM
takziah.. macam mana bole tecucuk buluh yg diletak kat bahu tu
Quote mejaputih 22-2-2019 03:02 PM
Malaysia.Doom replied at 22-2-2019 01:34 PM
Ko bawa Moto laju.. kalau EX5 tu mmg pakai utk rempit lah.

No Al Fatihah.

Pakcik tu la yg pakai EX5
Quote kroit92 22-2-2019 03:26 PM
bawak buluh naik motor, letak atas bahu? atas bahu??
seriously pakcik?? bahaya kot. kan dah bunuh anak orang. adoii

takziah. muda lagi budaknya, baru 17 tahun
Quote Victorioussss 22-2-2019 03:29 PM
Bodonya pakcik
Quote Bell 22-2-2019 03:34 PM
Buluh tu tutup/ikat dengan kain bahagian depan dia.
Quote palmolive 22-2-2019 03:36 PM
miznora replied at 22-2-2019 03:01 PM
takziah.. macam mana bole tecucuk buluh yg diletak kat bahu tu

nak mintak lukih ker?
Quote fifie_olin 22-2-2019 03:41 PM
ambik ringan je pasal keselamatn
x pasal2 org lain jd mangsa

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.366530 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top