CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"GRO Je Yang Keluar Malam" - Kerajaan Cadang Hapus Tol Tengah Malam, Netizen Pula Bertelagah

26-2-2019 11:59 AM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 3151| Komen: 7|Original author: Oleh: MieJo

Description: Beberapa hari yang lepas, Pejabat Perdana Menteri telah mengumumkan penghapusan kadar tol di empat lebuhraya bagi pengguna yang melalui tol tersebut pada jam 11 malam sehingga 5 pagi.
Beberapa hari yang lepas, Pejabat Perdana Menteri telah mengumumkan penghapusan kadar tol di empat lebuhraya bagi pengguna yang melalui tol tersebut pada jam 11 malam sehingga 5 pagi.


Kredit Foto : Carian Google

Pengumuman tersebut telah mengundang pelbagai reaksi bukan sahaja daripada parti pembangkang malah dikalangan rakyat Malaysia terutama sekali mereka yang tinggal di sekitar Lembah Klang.

Ada yang menyambut baik pengumuman tersebut dan tidak kurang juga yang menyatakan perasaan tidak puas hati masing-masing sehingga menimbulkan perbalahan di laman sosial.

Ada yang berpendapat bahawa bebas tol pada waktu yang dinyatakan hanya akan dinikmati oleh mereka yang suka berhibur di kelab malam.


Orang yang kaki 'clubbing' sahaja guna jalan tengah malam..

Kredit foto : Twitter

Tak ikhlas nak bantu rakyat..

Kredit Foto : Twitter 

Bukan GRO je yang balik malam..

Kredit Foto : Twitter
Kredit Foto : Twitter

Ada yang berpendapat penghapusan tol pada waktu malam adalah berasas kerana ianya merupakan salah satu cara untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas pada waktu siang.

Kalau tol percuma, semua akan membawa kenderaan masing-masing berbanding menaiki pengangkutan awam..

Kredit Foto : Twitter

Pengumuman mengenai bebas tol tersebut sebenarnya masih lagi dalam peringkat cadangan dan belum lagi disahkan pelaksanaannya. Apa pun setiap orang bebas menyuarakan pendapat masing-masing dan sudah pasti pihak kerajaan akan membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum membuat keputusan. -CARI
4

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 26-2-2019 03:13 PM
peak hour da tentu la waktu siang
kul 11pm - 5am....tu berapa ramai la sgt kan
Quote duri_durians 26-2-2019 04:24 PM
ok je sbb malam2 aku pergi main bola main futsal.

balik mmg lepas pukul 11
Quote giyomi 26-2-2019 05:47 PM
biasa lah otak2 dedak, ni tak boleh itu tak bole, sekurang2nya ada inisiatif. klu tak bole terima, naik jelar PT, ngok
Quote MissCarcosa9753 26-2-2019 08:43 PM
Makin mudah geng geng ni merendek
Quote system_failure 26-2-2019 10:03 PM
Org2 kaki minum dan clubbing mmg untung laa...




Quote mohdcrow 26-2-2019 10:15 PM
Ramai jer org kuar malam...contohnya peniaga/pengunjung uptown/downtown...otak memang takat tu jer ker?
Quote farlis 27-2-2019 09:36 AM
Orang x keje syif mmg la ckp mcm ni. Apa2 pun pelaksanaan tu biarlah berbaloi.. Sama2 dpt untung..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.322361 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top