CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kumpulan Gadis Berhijab NAMA Dari Malaysia Gegar Pentas Asia's Got Talent

2-3-2019 12:10 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 7873| Komen: 30|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Bagi mereka yang mengikuti pertandingan bakat realliti Asia's Got Talent (AGT) musim terkini, pasti terkejut melihat kemunculan kumpulan gadis berhijab, NAMA memukau barisan juri dengan persembahan be ...
Bagi mereka yang mengikuti pertandingan bakat realliti Asia's Got Talent (AGT) musim terkini, pasti terkejut melihat kemunculan kumpulan gadis berhijab, NAMA memukau barisan juri dengan persembahan bertenaga mereka.



Kredit foto: Youtube

Memilih untuk mempersembahkan lagu Bad Romance nyanyian asal Lady Gaga, mereka mendapat pujian daripada barisan juri penyanyi Anggun dan Jay Park serta penerbit David Foster. 



Bagaimanapun, David Foster berkata kumpulan itu perlu meningkatkan tahap vokal mereka untuk lebih maju ke hadapan. Beliau bagaimanapun memuji imej gadis berhijab dan berkata sangat bernilai komersial untuk dipasarkan di pentas antarabangsa.



Kredit foto: Instagram

Menyemak lebih mendalam lagi latar belakan ahli NAMA, rupanya barisan gadis-gadis ini adalah mahasiswa di Universiti Malaya yang banyak terlibat dengan kegiatan kesenian. 

Video persembahan kumpulan yang dimuat naik ke media sosial mendapat banyak komen positif. Personaliti TV, PU Nasir mengatakan bakat mereka perlu digilap dan diketengahkan untuk membuktikan industri muzik Malaysia tidak memilih rupa dan pengikut sahaja.


Kredit foto: Twitter

Walau bagaimanapun, terdapat juga komen-komen negatif yang mempersoalkan pakaian mereka yang terlalu santai. 

"Seperti makcik kantin pergi zumba," kata seorang netizen. Sebahagian lagi mencadangkan supaya mereka memperbaiki harmoni suara, koreografi dan pemilihan lagu yang lebih sesuai.


Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter

Walaupun baru ditayangkan minggu ini di peringkat uji bakat, rupanya rancangan ini sudah dirakam sehingga ke peringkat separuh akhir. Berita baiknya, seorang penonton yang menghadiri rakaman tersebut memecahkan rahsia bahawa kumpulan NAMA berjaya ke peringkat semi final!

Kredit foto: Youtube

Tahniah kepada anggota kumpulan ini dan diharapkan mereka mampu mara ke peringkat yang lebih jauh lagi! - CARI
5

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
5

Sedih
6

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Iris. 2-3-2019 12:38 PM
I pun nak komen benda yang sama
Nampak selekeh lah... Pakaian tak sesuai langsung. Mcm acik2 sedangkan masing2 muda belia lagi....
Quote CiliPadiSedap 2-3-2019 12:39 PM
sis vokuru dan darsita nak joint nama
Quote RatuDunia94 2-3-2019 12:46 PM
G cari vocal coach utk powerkan lg harmonize n permbahagian part.. potensi tu dah ada..

Btw peserta pinoy dah 2X dpt golden buzzer.
Ummah pinoy mmg kalo bab2 pertandingan mmg all out.. yg TNT kat World Best tu pon power gak.m
Quote Sang_Pencinta 2-3-2019 12:57 PM
Ummah pinoy mana yg dapat golden buzz tu?
Quote matchstick 2-3-2019 01:46 PM
Mmg btol mcm acik kantin nk pegi berzumba..tp that's the point yg diorg nk bwk pun kan.. Don't judge based on appearance katanya
Quote buapakperut 2-3-2019 03:55 PM
vokalnya tak berapa harmoni dan tak lunak. walaupun ada versatility. tak berapa sedap.
Quote vee_zara 2-3-2019 05:08 PM
Nampak kepam. Larik {:run
Quote hasniey 2-3-2019 06:00 PM
buapakperut replied at 2-3-2019 03:55 PM
vokalnya tak berapa harmoni dan tak lunak. walaupun ada versatility. tak berapa sedap.

Aah xharmoni kan
Quote doubleA 2-3-2019 06:34 PM
Bukan semua orang berani nak perform depan juri dan terima kritikan. Mesti la practice and prepare juga, lots of sacrifices and efforts needed. And it worth, korang dapat pujian & kritikan membina + standing ovation dari penonton. Tahniah ladies. Dari pengecut keyboard warrior yang takda modal kutuk penampilan pfttt
Quote espri6006 2-3-2019 08:33 PM
Ala...ini kan baru audition peringkat pertama...buat apa nak sungguh3 sedangkan bakat belum terlihat sepenuhnya. Bila terpilih ke peringkat seterusnya barulah nak lawa2 pun. Matsalih lagilah pakaian selamba je .. langsung xnampak macam nak masuk audition. Kepoh lah makcik pakcik bawang ni.
Quote lolipopi 2-3-2019 09:04 PM
Ya patut bagi kredit sbb keberanian depa..lagi2 yg berhijab ni..
Quote elnor_81 2-3-2019 10:00 PM
Suaranya menjerit.x harmoni.aku mse dgr tu rse bingit.sori..bg aku x layak sbnrnya..tp klo terpilih ke semi,kena byk latihan.
Quote pearl.silver 2-3-2019 11:09 PM
Klu nk perform dpn org pakai shawl dgn kemas boleh?
Pakai style loose tu wat nmpk selekeh.. Sorry.. Mungkin i je tak suka tgk
Teringat bini aaron aziz dlm rancangan masak apa tu?
Rasa nk tolong pin2 shawl dia bg nmpk kemas
Quote LautBiru52 3-3-2019 12:42 AM
Alahai diorang ni student je kot. Ntah duit pun cukup2 je. Yang sibuk sangat komplen pasal appearance ni dah kenapa. Paling penting bakat
Quote robinmosby 3-3-2019 01:01 AM
Confident tu penting tapi silalah ada effort dari segi image sikit, nak perform atas pentas asia kot
Quote tipuware 3-3-2019 09:50 AM
Persembahan sgt average. Takde wow factor langsung
Quote drivethru 3-3-2019 10:09 AM
Mula2 jer harmoni. Lepas tu semua hauk.
Quote chipsmoremore 3-3-2019 10:24 AM
Mula2 sedap pastu mcm berterabur ...dressing pun mcm nak gi zumba movement pun x sama.. byk kena polish lagi ni

Acik bg 2 ha
Quote Artemesiaa 3-3-2019 11:56 AM
Vocal tak harmoni sedikit berterabur dipenghujungnya tak ada xfactor berbanding perserta lain.  Kena digilap lagi bak kata si David kalau ingin terus berjaya.  Dengan bawa identiti berhijab nampak sedikit kurang manis bila ramai2 mengoyangkan pinggul ala zumba tu. Pakaian ada yang nampak cam nak gi mall jer.  Tak boleh jadikan alasan ini hanya pusingan pertama tak boleh all out sebab nampak ramai perserta lain datang dengan lebih bersedia dan ada yang dapat goldern buzzer.  Sorry is a no from me.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.119844 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top