CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Anda Peminat Filem Mohabbatein? Apa Berlaku Pada Pelakon-Pelakonnya Kini?

5-3-2019 12:07 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 8419| Komen: 19|Original author: Oleh: intan

Description: Jika anda peminat filem bollywood, sudah pasti anda pernah menonton filem Mohabbatein dan sudah pasti menontonnya berkali - kali.
Jika anda peminat filem bollywood, sudah pasti anda pernah menonton filem Mohabbatein dan sudah pasti menontonnya berkali - kali.

Manakan tidak, ketika musim perayaan tidak kira apa bangsa pun, pasti ada filem bollywood yang menghiasi kaca tv rumah anda. 

Setelah 19 tahun berlalu, Filem Mohabbatein masih lagi mencetuskan fenomena seperti drama air mata ketika anda menonton filem tersebut. Para pelakon yang handal membawa watak seperti Shah Rukh Khan,Amitabh Bachan dan Aiswarya Rai serta pelakon lain betul betul mencengkam jiwa kan!

Foto: Google
Kini, pelakon selain bintang terkenal yang dinyatakan di atas seperti hilang dari radar. Ada beberapa pelakon yang masih 'mendunia' seperti Jimmy Shergill yang membintangi filem box office  seperti Munnabhai M.B.B.S dan My Name is Khan. Ingin ketahui apa yang terjadi pada aktor aktor Mohabbatein yang lain? Jom ikuti bebenang di bawah hasil perkongsian @farhanajafri di Twitter.


1. Uday Chopra


Uday merupakan anak bongsu Yash Chopra dan lakonan beliau banyak dipuji pengkritik filem walaupun scene Uday tak banyak dalam filem tersebut. Kini Uday berhijrah ke USA dan cuba untuk menurunkan berat badan setelah beberapa siri filem yang flop di box office dan kegagalan kisah percintaan beliau bersama Nargis Fakhri.

2. Shamita Shetty
Shamita yang merupakan adik kepada Shilpa Shetty ini dikatakan tidak gemar sangat dalam bidang lakonan kerana lebih berminat dalam bidang fesyen dan rekabentuk. Filem lakonan beliau juga banyak yang kecundang dan flop sehinggakan Shamita berasa putus asa untuk berlakon tapi atas pujukan Shilpa Shetty, pada tahun 2015, Shamita menyertai program realiti tarian iaitu Jhalak Dhikla Jaa Reloaded. Kini beliau juga sibuk berlakon dalam episod web - series Yo Ke Hua Bro disamping sibuk dengan bisnes hiasan dalamannya.
3. Jugal Hansraj

Memegang watak boy - next - door dan berperwatakan sweet, Jugal dalam mohabbatein kena 'friendzone' dengan watak Sanju. Telah berlakon sejak dari kecil seperti filem Masoom (1983), Karma (1986) dan Papa Kehte Hain (1995).Jugal lebih berminat untuk terlibat dalam kerja belakang tabir berbanding menjadi pelakon. Sebagai contoh, dalam lagu - lagu dalam filem Kuch Kuch Hota Hei merupakan hasil buah tangan Jugal. Kini Jugal hidup bahagia dengan Jasmine Dhillon dan dikurniakan dua orang anak hasil perkahwinan. Beliau kini merupakan Pengarah dan Produser di Bollywood.


4. Kim Sharma
Kim yang memegang watak Sanju merupakan sepupu kepada pelakon Arjun Rampal. Kim merupakan seorang model sebelum berlakon dalam filem Mohabbatein, dan selepas filem tersebut, Kim pernah berlakon tetapi malangnya flop di Box Office.
Pada tahun 2010, Kim berkahwin dengan ahli perniagaan Kenya namun kembali ke Mumbai setelah suaminya curang. Kim kembali ke Mumbai untuk mengembangkan bisnes beliau dan kini masih tiada perancangan untuk berlakon kembali. Kim kini bahagia dengan teman lelaki baru beliau, Harshvardhan Rane, iaitu hero filem Sanam Teri Kasam.


5. Jimmy Shergil
Jimmy membawakan watak Karan yang pemalu dalam filem Mohabbatein. Beliau kini aktif berlakon dan merupakan pelakon kesayangan Punjab sehingga sekarang. Sehingga sekarang, Jimmy berlakon hampir 50 buah filem dan antaranya berjaya mencapai box office seperti filem My Name is Khan, Munanabhai, Tanu Weds Manu dan pelbagai lagi. Selain berlakon, Jimmy juga merupakan seorang produser untuk filem filem Punjabi yang diterbitkan bawah syarikatnya sendiri iaitu Jimmy Shergil Productions. Jimmy yang telah berkahwin dengan kekasih lamanya, Priyanka Puri kini bahagia dengan seorang anak lelaki bernama Veer Shergill. Jimmy juga bebas daripada gosip curang walaupun bercinta jarak jauh sebelum berkahwin.

6. Preeti Jhangiani
Preeti pernah membintangi filem Malayalam, Tamil dan Telegu sebelum berlakon dalam filem Mohabbatein. Preeti banyak menerima tawaran berlakon di Bollywood di samping beliau juga berlakon dalam filem Punjabi, Urdu, Kannada, Malayalam, Telugu, Benggali, Tamil dan Rajashtani. Preeti juga pernah mendapat anugerah untuk filem lakonan beliau. Kini, Preeti bahagia bersama suaminya, Parvin Dabas yang juga merupakan seorang pelakon dan model. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Jhaiver dan Dev. Pada tahun 2017, beliau kembali berlakon dan muncul sebagai model iklan.

Walaupun sudah lama, nampaknya pelakon filem Mohabbatein masih lagi cantik dan kacak ya sama macam dulu. -CARI
6

Bagus
4

Marah
8

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissCarcosa9753 5-3-2019 12:12 PM
Sabtu lepas cerita ni kat Panggung Sabtu
Quote kucingitam 5-3-2019 12:16 PM
oh mai....filem kegemaran ni..memang manjang la tgk cd cerita ni dulu..
lepas filem ni dah tak layan filem hindustan dah..

iols pun teringat apa jadi kat drg lepas tonton kat tv3 last week.. tq tt sebab buka thread ni.

minat kat vicky aka uday chopra
Quote sheqim 5-3-2019 12:40 PM
Uday! Hahaha what happened to you?!! Hahaha gemoknya haha
Quote babydoll 5-3-2019 12:44 PM
i rasa dalam ramai2 ni, jimmy shergil je yg super aktif. byk jgk movie dia  belakon. dari watak serious ke watak komedi. paling latest movie happy bhaag jayegi returns dgn sonakshi sinha.
Quote nisako 5-3-2019 01:07 PM
wow uday gemuk dah.......
Quote gerbera.memopad 5-3-2019 01:37 PM
TT mesti tengok citer ni Sabtu lepas kat TV3 kan?

Anyway, Kim tu comelnyalah

Uday tu pernah couple dgn Rani kan kalau tak silap.
Quote leon_mclaren78 5-3-2019 03:32 PM
gerbera.memopad replied at 5-3-2019 01:37 PM
TT mesti tengok citer ni Sabtu lepas kat TV3 kan?

Anyway, Kim tu comelnyalah

X penah dengar Rani kapel dgn Uday...
Hakikatnya Rani tu kakak ipar Uday nowadays. Rani kawin dgn abg si Uday, Aditya Chopra.
Quote kaklong32 5-3-2019 04:41 PM
gemoknya uday aku paling suka dia dlm cite ni
Quote RatuDunia94 5-3-2019 06:02 PM
Teringat hari raya tahun 2000.. masa tu iols kanak2 lg. Filem ni fenomena gak tgh tayang kat wayang.. lagu Humko humise coralo tu popular berkumandang kat radio2..
Quote DandelionW 5-3-2019 11:04 PM
Iols ingat lagi time matriks kawan pinjam vcd mohabbatein time cuti hujung minggu.Bila balik hostel dia ckp hilang and gantikan dgn vcd dil he tumhara...minggu lepas ada tayang kat tv3,tak sangka iols masih boleh sing along lagu2 dia.
Quote siyabond 6-3-2019 02:01 AM
It must be a year where we hold ourselves properly to account as a civilised society and bring about the real change that needs to happen. Hope lies in awareness, responsibility and will to act and you must use to know <a href="https://www.bloglovin.com/@rishankshrubh/a-simple-guide-to-credit-cards-how-it-works">A simple guide to credit cards</a>
Quote gerbera.memopad 6-3-2019 09:07 AM
leon_mclaren78 replied at 5-3-2019 03:32 PM
X penah dengar Rani kapel dgn Uday...
Hakikatnya Rani tu kakak ipar Uday nowadays. Rani kawin  ...

Alamak, ye ke? Tapi macam pernah baca gosip dulu2 tapi kemungkinan besar iols dah tertukar dua beradik tu atau iols salah ingatan. Maklumlah dah menjelang kekertuan ni kan
Quote Juju89 6-3-2019 04:19 PM
dunia hiburan sememang begitulah pasang dan surut.
Quote wasabi29 11-3-2019 07:20 PM
semua dah sendu kecuali 1/2
Quote AppleJack 22-3-2019 03:21 AM
vicky...kau dah kenapa montel gitu
Quote AppleJack 22-3-2019 03:21 AM
ishika maintain cantik ya   
Quote AppleJack 22-3-2019 03:22 AM
karan still active...banyak filem dia iols tgk
Quote AppleJack 22-3-2019 03:24 AM
dah 19 tahun usia filem ni rupanya... wowww kertunya iolss
Quote ikanmasin 23-3-2019 08:32 PM
uday tu alahai tak jaga bdn.pandai kurus pandai gumuk da..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.300755 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top