CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kenali Si Kembar Clements, Pasangan Kembar Tercantik Di Dunia!

12-3-2019 05:24 PM| Diterbitkan: yanieray| Dilihat: 11657| Komen: 47|Original author: Oleh: Pink Lily

Description: Artikel berkenaan pasangan kembar popular di instagram yang kini mempunyai followers melebihi 1 juta orang. Dinobatkan sebagai kembar tercantik di dunia, Leah dan Ava kini sibuk memperagakan pakaian d ...

Kembar berusia 8 tahun yang kini menjadi bintang Instagram. Sumber: Clements Twins
Setuju tak jika kami katakan pasangan kembar seiras Leah Rose Clements dan Ava Marie Clements ini merupakan pasangan kembar yang tercantik di dunia? 
  
Dengan mata bundar yang kehijau-hijauan dan paras yang memukau, tidak hairanlah mereka mendapat jolokan kembar tercantik dunia. 

Kenyataan ini bukan sahaja diperkatakan oleh netizen, bahkan pihak professional dalam industri fesyen antarabangsa juga setuju dengannya. Kini, Leah dan Ava telah pun mengikat kontrak modelling bersama beberapa agensi model ternama antabangsa, seperti LA Models dan antara jenama popular yang telah diperagakan oleh kembar ini ialah Nike, Disney, Mattel dan Target. 
 
KEHIDUPAN PERIBADI
Kembar Clements yang berjaya memikat hati pelbagai agensi model terkenal antarabangsa. Sumber: Clements Twins 
Pasangan Leah dan Ava Clements telah memulakan kerjaya model mereka seawal usia 7 tahun. Hanya dalam tempoh setahun setengah, kembar ini telah berjaya mengumpul lebih sejuta pengikut di Instagram dan gambar-gambar mereka dipenuhi dengan komen yang rata-rata memuji kecantikan semulajadi kanak-kanak ini. 

Gemar menari dan berenang, pasangan ini kini menambah aktiviti peragaan dalam aktiviti harian mereka. Sumber: Clements Twins
Menurut ibu mereka Jaqi, sungguhpun kehidupan mereka kini sibuk, Leah dan Ava tetap menyukai pekerjaan mereka. Jaqi merasakan umur 7 tahun merupakan usia yang sesuai untuk anak-anaknya mencuba bidang peragaan.  

Ibu mereka Jaqi pada mulanya menandatangani kontrak model untuk si kembar seawal usia 6 bulan tetapi memutuskan ianya bukan masa yang sesuai. Sumber: Clements Twins
"Saya menyusulkan idea ini (modelling) kepada mereka dan sekiranya suka, mereka boleh mencuba modelling di samping kelas menari dan berenang yang dihadiri setiap minggu."

"Saya tak terkejut langsung apabila mereka mula melompat keriangan dan tidak sabar untuk memulakannya," kata Jaqi. 

Lebih menarik, abang kepada pasangan kembar ini, Chase Robert, turut dilantik oleh agensi model yang sama dengan adik-adiknya. 

Abang mereka, Chase Robert juga turut menyukai bidang peragaan. Sumber: Clements Twins
Malah bukan adik-beradik ini sahaja yang mempunyai ramai peminat di Instagram, bahkan ibu bapa mereka turut menjadikan aktiviti bercuti di seluruh dunia sebagai kerjaya tetap mereka melalui gambar-gambar percutian keluarga ini.

   
Keluarga Clements. Sumber: Clements Twins
Wow, nampaknya kesemua ahli keluarga Clements ini mempunya paras rupa yang menawan dan pandai bergaya di hadapan kamera! -CARI
6

Bagus
5

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rifaa 12-3-2019 05:33 PM
untung larrr
jalan2 pon dapat duit
Quote Artemesiaa 12-3-2019 05:34 PM
Mereka punya mata yang cantik
Quote buragazz 12-3-2019 05:41 PM
Teringat kawan aku Agus Kelemen... muka haus A.Aida tapi kaki perempuan.. klu mengayat muntah hijau aku dengau.. eh tiba2...
Quote Beribear 12-3-2019 05:42 PM
Aah mmg cantik la
Quote Kurex 12-3-2019 06:19 PM
Ayah pun helok
Quote matchstick 12-3-2019 06:34 PM
mmg baka helok
Quote RatuDunia94 12-3-2019 08:12 PM
Iols lbh tertarik dgn ayah deolsss... boleh??? {:childlike

Genetik belah bapak dia byk menyumbang kpd kecantikan deols..



Quote gummiebear 12-3-2019 08:19 PM
Helokkk betul ayah ngan maknya pun. No wonder lah anak cantikkk
Quote Sazida 12-3-2019 09:43 PM
Okay mlm ni sblm tido tatap wajah twins ni dulu. Kot2 kenan
Quote xtahumenahu 12-3-2019 10:14 PM
Helokk sgt ayahnya haaaa...mataaaa...wowww
Quote onexox97 12-3-2019 10:48 PM
Cantikkkkkkk
Quote nazzse 12-3-2019 11:21 PM
Biasa2 jer, mata tu yg buat lawa. Mata color hijau paling rare tak silap
Quote sheqim 12-3-2019 11:43 PM
Satu family helokkkkkk
Quote fifie_olin 13-3-2019 07:45 AM
cantik sgt...mata tu yg mahal
Quote haryatie 13-3-2019 08:12 AM
comelll nya
Quote fushimi 13-3-2019 08:47 AM
baka lawa selayaknya anak lawa

bapak budak sangat menyelerakan

mak budak  pun cantik
Quote huehue 13-3-2019 09:14 AM
Mata theyolls tu yg jadi tarikan utama. Kalau warna biasa je, theyolls takkan nampak se-unik ni. Rupa masing masing mmg cantiklah kan. Nak nafi apa lagi. Anak anak dia mmg ikut muka pak dia sangat kan.
Btw gambar yg ni i paling tak minat sbb nampak fake muka kembar ni. Gambar lain cantik dah. Kesian chuolls. Kecik kecik lagi dah kena label fake dgn acik acik.   



Quote chicozinn 13-3-2019 09:59 AM
dah nama mak bapak helok haruslah menurun ke anak2..cuba mak bapak muka ala2 bangla rentung kje kontrak ingat leh dpat muka ala2 kokosen?
Quote safieyah1984 13-3-2019 10:08 AM
by de way bukan nak ckp apa kalo nak anak lawa helok mmg kena cari suami muka hensem sbb kebarangkalian anak ikut muka bapak mmg tinggi. sayang kardashian family, adik beradik muka helok dah tang anak2 sume muka negro, cuba carik mexican, turkey pon hensem2 gak, iolsss xleh move dengan pelakon turkey yg berlakon cite magnificent century pegang watak Malkocouglu bali bey tu . hadoiii termimpi2 hensem dia

https://www.pinterest.com/pin/395261304782470373/

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.059949 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top