CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MCA Dan MIC Tidak Sepatutnya Tinggalkan BN

6-3-2019 11:11 AM| Diterbitkan: safriehalim| Dilihat: 3542| Komen: 17|Original author: Oleh: Pak Saha

Description: Andai MCA dan MIC keluar daripada Barisan Nasional sudah pasti ini akan memberi implikasi yang tidak baik untuk landskap politik tanah air. Sebagai negara majmuk yang terdiri dari pelbagai kaum amat t ...

Kredit Foto: Malaysiakini

Barisan Nasional (BN) merupakan sebahagian penting dalam sejarah penubuhan negara dan ia merupakan gabungan parti tertua di Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Parti Perikatan. 

Tiga komponen parti utamanya iaitu UMNO mewakili kaum Melayu, MCA mewakili kaum Cina dan MIC mewakili kaum India. Gabungan parti inilah yang bertanggungjawab memerdekakan dan membangunkan negara tercinta ini selama enam dekad lamanya.

Sebelum PRU-14, BN mempunyai 14 parti komponen yang terdiri juga daripada parti-parti politik di negeri Sabah dan Sarawak. Namun, parti politik dari Sabah dan Sarawak ini telah keluar daripada BN selepas tewas pada PRU-14 lalu. Selain itu, parti Gerakan dan MyPPP  juga mengambil pendekatan sama dengan keluar daripada BN.


Kini, BN kembali dianggotai tiga komponen parti asal iaitu UMNO, MCA dan MIC. Namun, amat mendukacitakan apabila ada kemungkinan besar mereka juga akan keluar daripada BN dalam masa terdekat ini berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh MCA dan MIC baru-baru ini.

Tindakan mereka mengugut mahu BN dibubarkan mungkin kerana tidak bersetuju dengan hubungan rapat antara PAS dan UMNO terutamanya selepas kejayaan yang dipamerkan dalam pilihanraya kecil (PRK) Cameron Highlands dan PRK Semenyih yang menyaksikan BN berjaya memenangi kedua-dua PRK atas kerjasamanya dengan PAS.


Kredit Foto : BH Online

Andai MCA dan MIC keluar daripada Barisan Nasional sudah pasti ini akan memberi implikasi negatif dalam landskap politik tanah air. Sebagai negara majmuk yang terdiri dari pelbagai kaum dan etnik amat tidak bersesuaian jika hanya satu kaum terlibat dalam sesebuah gabungan parti  politik tersebut. Ini kerana andai gabungan parti itu membentuk kerajaan sudah pasti ia memerlukan keseimbangan pelbagai kaum untuk mengisi komposisi kabinet kerajaan.

Andai PAS dan BN memperkukuhkan kerjasama, tidak sepatutnya kedua-dua parti yang mewakili kaum Cina dan India ini mengambil langkah drastik untuk keluar daripada BN. Jika benar perjuangan mereka moderat dan berdasarkan Perlembagaan Malaysia, mereka seharusnya berfikiran terbuka dan menyambut baik kerjasama antara PAS dan BN.


Kredit Foto : FMT

Menurut laporan media, MCA dan MIC memutuskan tidak mempunyai pilihan selain keluar daripada BN bagi meneroka satu pakatan baharu yang mencerminkan maksud sebenar perpaduan dalam kepelbagaian yang diperjuangkan parti berkenaan.

Namun, keputusan itu hanya akan dibuat selepas Majlis Tertinggi Barisan Nasional mengadakan mesyuarat bagi membincangkan masa depan parti itu, sama ada komponen tiga parti itu perlu diteruskan atau dibubarkan berdasarkan perkembangan semasa politik membabitkan parti berkenaan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin, MCA dan MIC berkata, kedua-dua parti sedar bahawa komuniti yang mereka wakili telah menolak BN malah menyarankan supaya ia dibubarkan dan dirangka semula sebagai satu gabungan politik baharu yang dapat kembali kepada teras dan asas semangat serta perjuangan asal parti itu.

Mereka juga menyatakan kebimbangan dengan pelantikan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai Setiausaha Agung BN yang dianggap tidak sah dan tidak dapat diterima oleh MCA dan MIC.

Katanya, kenyataan terbaru Mohamed Nazri yang berbaur perkauman pada PRK Dewan Undangan Negeri Semenyih merosakkan lagi hubungan baik antara ketiga-tiga parti pengasas gabungan itu.

Beberapa jam selepas media melaporkan MCA dan MIC sedang berbincang mengenai masa depan BN, Pemangku Presiden UMNO yang juga merangkap Pemangku Pengerusi Barisan Nasional Mohamad Hasan tampil mengajak kedua-dua parti bermesyuarat.

Seperti yang dipetik NST,  beliau berkata UMNO melihat isu berkenaan dengan serius dan menggesa semua pihak bertenang. Beliau juga  akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat bagi membincangkan hal tersebut.


Kredit Foto : Malaysiakini

Ini bukan kali pertama MCA mengugut mahu membubarkan BN. Pada September tahun lepas, Datuk Seri Liow Tiong Lai pernah memberi amaran bahawa MCA mungkin akan menyingkir UMNO daripada BN jika UMNO bergerak ke arah politik teokrasi. Tegas beliau, BN perlu terus memegang prinsip kemajmukan budaya dan mempertahankan keharmonian kaum di negara ini.


Kredit Foto: Malaysiakini

Tambahnya, jika UMNO mengambil pendekatan kaum dan agama, Barisan Nasional akan dibubarkan atau MCA akan menolak UMNO daripada gabungan itu. - CARI
4

Bagus
5

Marah
7

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote belilies 6-3-2019 02:16 PM
Please GET RID OF SI TEKSI!
Quote CharlesDera 6-3-2019 02:33 PM
sapa punya idea ni...panjang akai betui....pakatan politik sepet rentung...pecah undi roket..wakakakakkakakakakak
Quote dizekni 6-3-2019 02:39 PM
PRU14 adalah kemuncak kegagalan MCA dan MIC

Banyak kerusi yang sepatutnya boleh diletakkan calon Melayu
daripada UMNO, tetapi terpaksa letak MCA/MIC sebab hormat
amalan

penyudahnya kerusi2 tersebut jatuh ke tangan PH
walaupun majoriti di kawasan2 tersebut adalah Melayu

Kini PAS dan UMNO semakin terbuka mata bila melihat permainan
DAP yang guna Melayu skru Melayu

tak perlu lagi beretorik kosong dan bersandar pada
memori

Its the way forward yang perlu diutamakan
Quote bezita60 6-3-2019 02:58 PM
Edited by bezita60 at 6-3-2019 03:22 PM

Good riddance.
BN patut fikir kerjasama dgn PAS.
Orang Islam perlu tadbir Malaysia.

Memalukan, wilayah selatan filipina pun dah ada syariah law. Malaysia takut nk buat sebab nak jaga hati pendatang  x reti bersyukur.
Quote dizekni 6-3-2019 03:04 PM
bezita60 replied at 6-3-2019 02:58 PM
Godd riddance.
BN patut fikir kerjasama dgn PAS.
Orang Islam perlu tadbir Malaysia.

Betul tu

nak buat perkara untuk kebajikan
dan kepentingan kita sendiri pun, derang yang 20 persen tu
pulak lebih2 menentang dan buat bising

bukan ganggu dan sangkut paut dengan amalan
hidup derang pun

enough is enough


Quote beautifulorchid 6-3-2019 03:16 PM
Kalau semua Islam bergabung tenaga cina india tk berani nak bersuara. Tiba masanya islam memerintah malaysia...laksana hukum islam..cina india takot sangat kalau malaysia laksana hukum islam...bila islam memerintah islam tiada siapa lagi berani memaki hamun islam n buruk sangka dengan islam.. tiada lagi majikan tak kasi staff bersolat... tiada lagi penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW... masanya kita pentingkan keagungan islam.. Aceh, Brunei boleh menegakkan syiar islam kenape  tidak kita malaysia
Quote bangcak 6-3-2019 03:16 PM
dizekni replied at 6-3-2019 02:39 PM
PRU14 adalah kemuncak kegagalan MCA dan MIC

Banyak kerusi yang sepatutnya boleh diletakkan calon  ...

tau pon.

kerusi org melayu dok letak mca dgn mic tu dah kenapa?
sbb tu rakyat tolak umngok.
dah tersungkur baru sedar.

bagus la umngok dah sedar.
semoga berjaya.
Quote bangcak 6-3-2019 03:20 PM
CharlesDera replied at 6-3-2019 02:33 PM
sapa punya idea ni...panjang akai betui....pakatan politik sepet rentung...pecah undi roket..wakakak ...

nampak tak sapa yg bijak??

umngok jd tunggangan mic dgn mca
dok pikul bewok 2 ekor tu kehulu kehilir.

ph singkir dap 100% dari tanah melayu.
tinggal 1-2 kerusi je kat sabah sarawak.  
Quote CharlesDera 6-3-2019 03:22 PM
bangcak replied at 6-3-2019 03:20 PM
nampak tak sapa yg bijak??

umngok jd tunggangan mic dgn mca

hang merepek apa ni? banyak melancap tengok gambaq nora danish ka? wakakakakakkakakakaka

time2 kereja jangan melancap...bowdow....dapat kereja kat UPM tu kereja betui2....wakakakakakakkakaka
Quote Nokiaman 6-3-2019 03:22 PM
bezita60 replied at 6-3-2019 02:58 PM
Godd riddance.
BN patut fikir kerjasama dgn PAS.
Orang Islam perlu tadbir Malaysia.

Good riddance kepala otak....

kang jadilah macam Indon nanti ditadbir melayu melayu pemalas nan alibaba..
Bukan semua sepet dan rentung yg tak boleh pakai....
Ada jugak keperluan mereka dalam sesuatu hal..
Kalo ingat boleh stand alone...
Jahanamlah Malaysia..jadi Malaysial.....
Quote lkick2113 6-3-2019 03:34 PM
SAY NO TO THEOCRACY!!!!!!!!!!!!!!!!! NO HUDUD!


ini pegangan aku even aku penyokong BN...dan sib baik BN tak gabung dgn PIS....kalau tak aku dah tak sokong BN dan akn hanya pro pembangkang sahaja.
Quote relaxjek 6-3-2019 04:23 PM
untuk pecahkan monopoli DAP ke atas undi cina dan india... MCA dan mic harus bergerak sendiri....
korang mca dan mic kena tiru cara dap untuk dpt undi cina dan india.. korang tak bole sentiasa bergantung harap atas bantuan umno undi melayu untuk menang kerusi dun or parlimen.. dah tiba masa untuk korang buktikan yg korang punye penyokong sendiri.. formula utk korang dpt undi cina india.. korang kena tiru cara DAP... buktikan korang ramai penyokong..
Quote dizekni 6-3-2019 04:26 PM
PAS pun asalnya dalam BN juga masa ditubuh tahun 1974

mengarut je MCA dan MIC ni

dulu boleh join PAS dengan UMNO dalam BN,

sekarang u turn pulak
Quote palmolive 6-3-2019 04:48 PM
so, saper tunggang saper ni?
Quote Bedah.Cun 6-3-2019 05:03 PM
Bagi PAS tadbir Penang dgn Selangor dulu laa. Jangan la tergesa2. Buat undang2 Syariah sto dolo oiiii
Quote bezita60 7-3-2019 07:33 AM
Nokiaman replied at 6-3-2019 03:22 PM
Good riddance kepala otak....

kang jadilah macam Indon nanti ditadbir melayu melayu pemalas nan ...

Apa orang Melayu tak yakin dgn diri sendiri ke?
Brunei ok je...
Yg kau pergi tgk Indon kenapa?
Quote Nokiaman 10-3-2019 07:57 AM
bezita60 replied at 7-3-2019 07:33 AM
Apa orang Melayu tak yakin dgn diri sendiri ke?
Brunei ok je...
Yg kau pergi tgk Indon kenapa?
...

brunei ok sebab back up dari segi kewangan terlalu bagus..
Negara kaya..
Sultannya tak Hipokrit..
Betul betul punya TELUS....
NAk compare lagi..?
Hadap je laaa realitinya tu.....

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.055546 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top