CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Pukul Anak Guna Tukul, Berang Masih Belum Dapat Kerja

5-3-2019 05:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16131| Komen: 150|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Seorang wanita dipukul oleh bapa sendiri menggunakan tukul, hanya disebabkan dia belum mendapat pekerjaan.
Seorang wanita dipukul oleh bapa sendiri menggunakan tukul, hanya disebabkan dia belum mendapat pekerjaan.

mSatr Online melaporkan, mangsa yang mempunyai kelulusan bidang perakaunan cedera parah di kepala.


Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata bapa wanita yang berusia 58 tahun itu sudah ditahan.

Siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku di rumah mereka di Kampung Tersusun Parit Sungai Melan, Kuala Kurau, dekat Parit Buntar, antara pukul 5.30-6.30 petang ketika si bapa baru pulang dari kerja.

Gambar Hiasan
“Ketika kejadian, mangsa,24 yang sedang membaca al-Quran didatangi bapanya yang secara tiba-tiba memukulnya di beberapa bahagian di kepala dengan menggunakan tukul pemecah dinding.'


Menyesal dengan perbuatannya, lelaki tersebut bertindak mencederakan diri sendiri dengan menghentak kepala ke dinding,

Dia menerima lima jahitan di kepala dan mengalami retak pada tulang tapak tangan kiri.

Sumber menyatakan si bapa marah kerana mangsa belum mendapat pekerjaan walaupun telah menamatkan pengajian peringkat sarjana muda dalam bidang perakaunan di sebuah universiti.

Kes disiasat menurut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. -CARI
6

Bagus
9

Marah
7

Terkejut
8

Sedih
6

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • edmorita79

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Remyda 5-3-2019 03:34 PM
Tergamak ayah...
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

MANGSA. FOTO Ihsan Pembaca
WANITA parah dihentak dengan tukul pemecah dinding dalam kejadian di Parit Sungai Melan, Kuala Kurau, dekat Parit Buntar, semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian daripada petugas Hospital Parit Buntar pada 7.25 malam, memaklumkan wanita berusia 24 tahun itu parah dipercayai dipukul menggunakan senjata tumpul.

Menurutnya, susulan laporan itu pihaknya segera menjalankan siasatan dan menahan suspek iaitu bapa mangsa yang berusia 58 tahun di hospital sama.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku antara jam 5.30 petang hingga 6.30 petang semalam ketika bapa mangsa yang berkerja sebagai tukang rumah dikatakan baru pulang dari berkerja.

“Ketika kejadian, mangsa sedang membaca al-Quran sebelum didatangi bapanya yang secara tiba-tiba bertindak memukul mangsa di kepala menggunakan tukul pemecah dinding.

“Akibat kejadian itu, mangsa parah manakala bapanya yang dipercayai menyesal dengan kejadian itu bertindak menghentak kepalanya pada dinding rumah dan menerima lima jahitan di kepala.

“Suspek juga mengalami keretakan pada tulang tapak tangan kiri akibat tindakan mencederakan dirinya sendiri,” katanya ketika ditemui media selepas menerima kunjungan hormat Ahli-Ahli Majlis Daerah Kerian (MDK) di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian di Parit Buntar, hari ini.

Hadir sama Setiausaha MDK, Norhafisah Mohamad.

Menurutnya, siasatan juga mendapati punca kejadian dipercayai bapa mangsa bertindak demikian kerana mangsa belum menerima pekerjaan selepas mendapat ijazah dalam perakaunan.

“Polis menahan suspek ketika menerima rawatan di Hospital Parit Buntar dan proses permohonan reman akan dibuat hari ini.

“Mangsa yang parah menerima rawatan awal di Hospital Taiping dan kini dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) berikutan kecederaan serius dialami kesan hentakan tukul itu.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mac 2019 @ 3:14 PM
Quote Nenolen 5-3-2019 03:35 PM
Allahu...hmmm...berat bahu memandang berat lagi bahu yg memikul
Quote palmolive 5-3-2019 03:39 PM
pakcik dah kenapa? mental ker?
Quote xtahumenahu 5-3-2019 03:48 PM
sedihnyaaa baca...memang tergamak betul ayahnya
tgh baca quran kena pukul
Quote xtahumenahu 5-3-2019 03:48 PM
maybe sbb hidup susah kot...Allahu..
Quote umm4amr 5-3-2019 03:52 PM
Gamaknya ada la tu..org keliling si ayah dok perli2 ayah tu.. anak dah ada degree masih menganggur.. ayah tu dah habis sabor le tu.. lepas geram kat anak.. kesian...
Quote myakayina 5-3-2019 03:55 PM
kesiannya ko dik..
Quote sarahmirza 5-3-2019 03:56 PM
Spesies bapak hadap duit anak ni..
Dari kecik sampai besar aku dah banyak keluar duit,  dah habis belajar masih lagi tak keluarkan hasil...  (tak kerja)
Tambah lagi mulut cibai makcik pakcik bawang gelakkan pakcik agaknya pasal si anak masih menganggur..

Duk lokap je la pakcik..
Dah tak payah susah penat bagi makan kat anak.
Bini pun senang mintak fasakh..

Quote gujiwa 5-3-2019 03:57 PM
dalam keadaan ekonomi skrg.. mmg payah nak dapat keje..
tapi kalau pukul ngan tukul pun bknnye ank pakcik dapat keje..

Quote MMlava 5-3-2019 03:59 PM
bapak dia tendion anak ada ijazah akaun tarak kerja padahal orang yg tipu ada konon ijazah akaun jadi menteri

Quote SweetShera 5-3-2019 03:59 PM
mohon hantar bapak itu ke rumah kebajikan lepas ni ye dik...
Quote noraidil_06 5-3-2019 04:04 PM
Allahuakbar. Moga dipermudahkan urusan mu dik sedihnye
Quote tagas 5-3-2019 04:05 PM
frust betul agak nye anak blum dpt keje
Quote susukambingbest 5-3-2019 04:05 PM
sarahmirza replied at 5-3-2019 03:56 PM
Spesies bapak hadap duit anak ni..
Dari kecik sampai besar aku dah banyak keluar duit,  dah habis  ...

Betul tu. Ksian anak dia. Dah la susah bljar akaun. Skg dah cedera parah. Hentakan kt kpala tu klau hdup pun mgkin ada kcacatan kekal. Moga beliau diberi ksembuhan. Mereput je la bapak mental dia tu.
Quote paz 5-3-2019 04:06 PM
Stress sangat ke pakcik ni?
Quote Remyda 5-3-2019 04:07 PM
Semoga diberi kesembuhan & kesabaran buat adik ni
Quote saviour_09 5-3-2019 04:10 PM
woi

apa gila hentak dgn hammer dinding tu???

bergegar otak anak tu la sial betul bapak macam ni!
Quote noor2 5-3-2019 04:10 PM
Moga adik ni cepat dapat kerja dan dipermudahkan hidupnya. ..amin. ....
Quote Burong_Hantuk 5-3-2019 04:16 PM
Mungkin ayahnya sakit jiwa

Lihat semua komen(150)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.108555 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top