CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Kantoi Guna Ijazah Palsu Tipu 38 Majikan

6-3-2019 11:10 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 12879| Komen: 85|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Description: Kelayakan akademiknya setakat lepasan sekolah rendah
Chin Ming Lik. Kredit foto: Straits Times


Dengan hanya berbekalkan sijil-sijil akademik palsu, seorang lelaki berusia 49 tahun di Singapura berjaya memperdayakan 38 majikan untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang kejuruteraan awam.

Chin Ming Lik bekerja di sesebuah syarikat untuk tempoh yang singkat sepanjang tahun 2013 hingga 2017 sebelum 'melompat' ke syarikat lain bagi mengelakkan tembelangnya pecah.

Memetik laporan Straits Times pada 5 Mac lalu, antara dokumen-dokumen yang dipalsukannya adalah skrol ijazah Universiti Kebangsaan Singapura (NUS), sijil-sijil daripada Kementerian Tenaga Manusia Singapura, Politeknik Singapura serta GCE A-Level.

Hakikatnya, kelulusan akademik tertinggi yang dimiliki lelaki itu adalah Primary School Leaving Examination (PSLE) yang setaraf dengan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Malaysia.

Penipuan Chin mula terbongkar pada 2 Disember 2016 apabila seorang penolong pengurus di Pejabat Pendaftar NUS menerima skrol ijazah yang memaparkan nama lelaki itu untuk tujuan pengesahan.

Contoh skrol ijazah palsu. Kredit foto: Carian Google


Timbalan Pendakwa Raya Tan Pei Wei memberitahu mahkamah, penolong pengurus berkenaan membuat laporan polis setelah mengesyaki skrol ijazah tersebut adalah palsu apabila tidak menemukan padanan nama Chin dalam pengkalan data NUS.

Polis Singapura meletakkan nama Chin dalam senarai individu yang dikehendaki untuk membantu siasatan dan dia ditahan di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 23 April 2017.

Ketika disoal siasat, Chin mengaku dia telah memalsukan beberapa sijil akademik bagi tujuan memohon pekerjaan sedangkan dia tidak pernah mengikuti pengajian di institusi-institusi tersebut.

Dalam resumenya, Chin yang pernah menerima gaji sebesar S$9,000 sebulan berbohong dengan menyatakan dia mempunyai 16 tahun pengalaman bekerja dengan beberapa syarikat pembinaan di Singapura.

Dia turut didapati melakukan kesalahan-kesalahan lain seperti memandu tanpa lesen yang sah serta mencuri dari sebuah kedai buku di Bedok Utara pada 19 September 2017.

Bagi kesalahan memalsukan sijil-sijil akademik, Hakim Daerah Shaiffudin Saruwan menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun dan 11 bulan serta denda sebanyak S$1,600 terhadap kesalahan yang dilakukan oleh Chin.

Contoh transkrip yang meragukan. Kredit foto: Carian Google


Baru-baru ini, kecoh tentang isu kesahihan kelulusan akademik melibatkan beberapa pemimpin politik Malaysia termasuk yang berjawatan menteri Kabinet tetapi sehingga kini tidak diketahui apa tindakan yang diambil oleh pihak bertanggungjawab. - CARI
5

Bagus
9

Marah
6

Terkejut
6

Sedih
5

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fofuler 6-3-2019 11:30 AM
Manakala di Malaysia, tipu sijil pun boleh maintain jadi menteri {:cryrun
Quote R2D2 6-3-2019 11:46 AM
dia cuma tipu majikan
ni tipu satu Malaysia
kononnya graduate oversea
bila kantoi
ckp la nak saman la
belajar tadika ja la
memang berhenti U la
dan 1001 alasan

bila lawat ke Jepun
bagi la ucapan
kononnya contohi la Jepun bab integeriti
walhal diri sendiri ada contoh?
Quote mnm77 6-3-2019 11:51 AM
Cambridge International University tu web dia dah tak boleh diakses (kena hack la konon ).

Pencarian alamat universiti tu didapati lokasi yang ada kedai spa dan kedai urut....
Quote hussaini4675 6-3-2019 12:02 PM
fofuler: Manakala di Malaysia, tipu sijil pun boleh maintain jadi menteri {:cryrun


Apa jadi kes tu? Senyap je
Quote aku_best 6-3-2019 12:07 PM
Haha...Malaysia ja menteri sijil fake hidup  aman damai bahagia...
Quote Nana_Man 6-3-2019 12:09 PM
Bongok nya apek ni... pakai sijil degree palsu NUS masa nk apply keje kat NUS..  tapi apek ni mesti jenis sweet talker dan confident masa inteview. Senang nya dia jump dari satu job ke satu job yg lain, padahal org lain punya lah susah nk dpt jobs.
Quote CharlesDera 6-3-2019 12:12 PM
dekat Malaysia budak2 hantaq resume siap transkrip ijazah apa semua universiti tempatan yang sohih punya payah dapat kereja...yang sijil bogus uni ni boleh jadi menteri....mana la tak mengundang kecaman rakyat....tu dia kerajaan pakatan haramjada so called pejuang rakyat...wakakakakkakakakaka
Quote slavehunter 6-3-2019 12:15 PM
Kalau sorang menteri degree fake kita bleh terima....ni berjemaah berderet fake. Failed Gov.
Quote ifanonline 6-3-2019 12:21 PM
akhir zaman kan ramai golongan luka' bin luka'
Quote MMlava 6-3-2019 12:25 PM
slavehunter replied at 6-3-2019 12:15 PM
Kalau sorang menteri degree fake kita bleh terima....ni berjemaah berderet fake. Failed Gov.

org bodoh je terima menteri fake degree walaupun sorang

dah tau penipu, pi terima plakkk


Quote kepingbewok 6-3-2019 12:26 PM
meh la lompat cri keja kat mlysia plk..untung2 mana thu blh jd menteri.lol
Quote relaxjek 6-3-2019 12:27 PM
Bila laa pdrm dan sprm nak tangkap dan dakwa adun dan ahli parlimen dap ph yg tipu sijil yee.. lama sgt dah ni tunggu..
Quote slavehunter 6-3-2019 12:34 PM
MMlava replied at 6-3-2019 12:25 PM
org bodoh je terima menteri fake degree walaupun sorang

dah tau penipu, pi terima plakkk

Shut up lava.  You mean nothing to us.
Quote MMlava 6-3-2019 12:42 PM
slavehunter replied at 6-3-2019 12:34 PM
Shut up lava.  You mean nothing to us.

bodoh kau ni

sorang menteri penipu sijil boleh terima konon

patut la tiap hari kena tipu

tongok keturunan
Quote hussaini4675 6-3-2019 12:43 PM
R2D2: dia cuma tipu majikanni tipu satu Malaysiakononnya graduate overseabila kantoickp la nak saman labelajar tadika ja lamemang berhenti U ladan 1001 alas ...


Pemimpin kencing berdiri

Quote hussaini4675 6-3-2019 12:44 PM
mnm77: Cambridge International University tu web dia dah tak boleh diakses (kena hack la konon ). Pencarian alamat universiti tu didapati lokasi yang ad ...



Si polan grad cambridge u tu masih bekerja lagi
Quote hussaini4675 6-3-2019 12:44 PM
aku_best: Haha...Malaysia ja menteri sijil fake hidup  aman damai bahagia...


Syukur malaysia masih aman
Quote R2D2 6-3-2019 12:46 PM
Patutnya apek ni join PH
confirm post menteri dlm tangan
Quote hussaini4675 6-3-2019 12:48 PM
Nana_Man: Bongok nya apek ni... pakai sijil degree palsu NUS masa nk apply keje kat NUS..  tapi apek ni mesti jenis sweet talker dan confident masa inteview. Se ...


Bukan dia apply kerja kat NUS. Bakal majikan dia yang contact NUS untuk dapatkan pengesahan. Mungkin dalam resume dia tak masukkan pengalaman kerja yang kejap2 berhenti tu. Kalau tak mesti bakal majikan tanya apasal kerja tak lama.

Tapi dah bakal majikan biasanya suka ambik calon pekerja yang pandai sembang walaupun sebenarnya tak reti buat kerja. Yang jujur tapi tergagap2 masa interview memang susah la nak dapat kerja.

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.064355 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top