CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Jumpa Duit Yang Diletakkan Di 'Wiper' - Gadis Terkejut Dapat RM150 Gara-Gara Road Tax Mati

7-3-2019 10:09 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 11929| Komen: 24|Original author: Oleh: Azza

Description: Bayangkan situasi ini - anda terlupa untuk memperbaharui cukai jalan (road tax) sehinggalah anda terlihat ada sekeping sampul surat yang setelah dibuka, mengandungi wang tunai sebanyak RM150 beserta s ...




Bayangkan situasi ini - anda terlupa untuk memperbaharui cukai jalan (road tax) sehinggalah anda terlihat ada sekeping sampul surat yang setelah dibuka, mengandungi wang tunai sebanyak RM150 beserta sekeping nota meminta supaya cukai tersebut diperbaharui.

Pasti anda berasa was-was dan seakan tidak percaya kan?

Namun, inilah yang berlaku kepada seorang netizen, Nur Aqeela yang menceritakannya kembali di media sosial.


Kredit foto: Twitter & FB

Menurut Aqeela, kereta satria tersebut jarang digunakannya kerana sentiasa bermasalah. Jadi, kenderaan utamanya ialah motosikal untuk berulang-alik bekerja. Bagaimanapun setelah dua minggu tidak menjenguk kereta tersebut, dia akhirnya menghampiri kereta itu sekadar untuk menghidupkan enjin, namun terperanjat apabila melihat beg kecil di sebelah 'wiper'. Dengan keadaan terperanjat, Aqeela menuju ke arah rakannya lalu meminta mereka untuk membuka bungkusan tersebut. Alangkah terkejutnya apabila melihat tiga keping RM50 berada dengan sekeping nota.



Twitter

Menurut Aqeela, pemberi wang tersebut mungkin pernah terserempak dengannya kerana dapat mengenali habitnya yang akan menghidupkan kereta tersebut sekali-sekala. Malahan, Aqeela turut menceritakan yang rakannya pernah ternampak bungkusan yang sama sebelum ini, tetapi rakannya itu membuang kerana ingatkan itu adalah sampah. Nampaknya niat pemberi wang dimakbulkan kerana kali ini dia sendiri yang menyedarinya.

Ada netizen secara bergurau menyatakan yang pemberi wang tersebut sebenarnya mempunyai perasaan kepadanya hingga menyebabkan duit tersebut diletakkan walaupun menyedari risikonya. 




Bagaimanapun, ada juga yang mengatakan ianya hanya kisah rekaan semata-mata kerana tiada bukti jelas mengenai peristiwa tersebut. Namun Aqeela dalam status terbarunya menegaskan yang itu adalah kisah benar. Terpulang kepada pembaca sama ada untuk mempercayainya atau tidak.


Masih ada orang yang baik di dunia ini. Mungkin si pemberi wang berasa puas hati dapat menolong mereka yang memerlukan. Jadi, kisah dongeng atau tidak terpulang kepada diri masing-masing. - CARI 
10

Bagus
8

Marah
10

Terkejut
7

Sedih
7

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote figurae 7-3-2019 10:43 AM
ala.. peminat la tu sampai rodtax mati  pon dia prihatin
Quote pearl.silver 7-3-2019 10:43 AM
Eww... Scary kot bila tau diri diperhati selalu..
Entah2 org tu penah ikut sampai dpn pintu umh
Baik report polis..
Nanti stalker tu ingat awek tu suka kt dia plak
Quote ais_kosong 7-3-2019 10:59 AM
pearl.silver replied at 7-3-2019 10:43 AM
Eww... Scary kot bila tau diri diperhati selalu..
Entah2 org tu penah ikut sampai dpn pintu umh
Ba ...

betul sebab kita xtau kan siapa yang memerhatikan kita.niat orang tu mem baik la nak bantu..
ada pro and cons la kan
Quote nanny_1 7-3-2019 11:08 AM

zaman zaman madet ni ada lagi ke orang permurah nak bagi duit kat ko?
kah kah kah
hasanah betui
kalau la orang letak kat situ takkan takda orang lalu lalang check tengok.
obvious kot surat tu ada kat situ.
ke ko nak orang puji ko lawa tu ramai try
jangan bagi duit rm150 tapi nanti tergadai body sudehhhh
Quote Kurex 7-3-2019 11:09 AM
Kau yang letak, kau yg post. Dengan harapan boleh viral.
Quote bellaa 7-3-2019 11:30 AM
ada praktik surah al-waqiah la tu

rejeki melimpah ruah kan dek
Quote haryatie 7-3-2019 11:50 AM
secret admire le tu
tp kalau aku xde la nk ambil...seram jerk
rasa diperhatikan...blum tentu org tu ikhlas
zmn sekrang ni ramai jerk yg sakit mental
Quote meteorspeed 7-3-2019 12:20 PM
iols rasa nie hasanah punya stories ekekeke..bai mana ado org baik hati mcm tue... krikk krikk ajor strories budak wechat
Quote Cyempaka 7-3-2019 12:30 PM
gigihnya dik.. tulis surat, p mr.diy beli sampul pink tu lagi.. dah tu ambik gmbr..karang cerita..
demi secebis like dan viral
tahniah atas kegigihan
Quote mieymiey 7-3-2019 02:21 PM
Macam perempuan jer individu misteri tu.
Quote BerbiriOren 7-3-2019 03:06 PM
Gaya tulisan ayat surat tu macam perempuan je tulis.
Quote msrosse 7-3-2019 03:48 PM
another kak hasanah ... tp berkeraknyer kuku ko dik
Quote ikanmasin 7-3-2019 04:05 PM
peminat misteri kot..tgk dr jauh tp scary lah jg..hehhee
Quote RatuDunia94 7-3-2019 05:53 PM
Sekilassssss iols dah bau HASSANAHHHHH!
Quote lilacomot 7-3-2019 06:29 PM
Lawa sgt ke daktu..tetibe ade mamat rajin p tgk roadtax keta org n bg duit..kalu mkn slalu la tetibe ade org byr kn..
Quote nishikido 7-3-2019 06:40 PM
Dalam dunia ni ada je jenis manusia yg suka berbuat amal dalam diam secara random..tak perlu ad alasan apa2 pon.gurl ni bertuah la ada yg menolong disaat dia betul2 memerlukan.sesungguhnya rezeki Allah xpernah salah alamat..
Quote drivethru 7-3-2019 09:40 PM
Kak hasanah......
Xde insurans x boleh renew roadtax jugak.
Quote mohdcrow 7-3-2019 10:31 PM
Roadtax jer..insurans?
Quote vanilacup 8-3-2019 12:54 PM
Kebaikan manusia ni sukar dijangka.....

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.065457 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top