CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Disangkakan Bangla, Rupanya Remy Ishak! - Netizen Terkejut Imamkan Solat..

7-3-2019 10:05 AM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 14751| Komen: 64|Original author: Oleh: MieJo

Description: Pelakon serba boleh, Remy Ishak sememangnya dikenali sebagai seorang yang baik dan menjaga kewajipan agama iaitu menunaikan solat. Sungguhpun sibuk dengan jadual penggambaran, ianya tidak menghalang p ...
Pelakon serba boleh, Remy Ishak sememangnya dikenali sebagai seorang yang baik dan menjaga kewajipan agama iaitu menunaikan solat. Sungguhpun sibuk dengan jadual penggambaran, ianya tidak menghalang pelakon itu untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim. Alhamdulillah.



Dengan sikapnya itu, maka tidak hairanlah sekiranya ramai yang pernah terserempak dengan pelakon pujaan ramai ini di mana-mana surau atau lokasi penggambaran. 

Semalam, seorang pengguna Twitter telah berkongsi perasaan terujanya apabila dia tanpa sengaja telah mengimamkan Remy semasa menunaikan solat di surau Wangsa Walk Mall.

Ingatkan warga Bangladesh, rupanya pelakon Remy Ishak!

Kredit foto : Twitter

Menurut netizen tersebut, dia pada mulanya menyangkakan yang dia telah mengimamkan seorang warga Bangladesh sebelum menyedari yang 'Bangla' tersebut merupakan pelakon terkenal, Remy Ishak. 

"Khusyuk baca doa dan agak lama.." 

Tambah netizen tersebut, dia padanya mahu bersalaman dengan Remy tetapi keadaan tidak mengizinkan kerana Remy dilihat khusyuk berdoa. Netizen tersebut sekali lagi terserempak dengan Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Bin Ishak tetapi kali ini di dalam kereta Audi miliknya!

Kredit foto: Twitter 

Tweet tersebut ternyata menjadi perhatian pengguna laman sosial yang rata-ratanya 'terasa' dengan gelaran Bangla yang diberikan kepada artis kesayangan mereka itu.

Kredit foto: Twitter

Sedih panggil Remy Bangla..

Kredit foto: Twitter

Ada juga yang berkongsi pengalaman mereka terserempak dengan Remy ketika menunaikan solat di surau pusat membeli belah yang lain.
Kredit foto: Twitter

Nampaknya selepas ni makin ramai lah gadis-gadis dekat luar sana yang jatuh hati dengan kanda Remy kita ni. Pasti ramai juga ibu yang berebut-rebut mahu menjadikan Remy sebagai calon menantu. Hehe! -CARI
2

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 7-3-2019 10:06 AM
Remy org igt bangla. Kalo KJ ? Nepal ?
Quote syadq 7-3-2019 10:24 AM
Imam dan makmum pon macam serupa bangla jah iols nampak. Tapke lah janji kewajipan ditunaikan ya kerana paras rupa tidak dinilai oleh yang maha kuasa.
Quote imanda 7-3-2019 10:30 AM
maap tanya, kemeja putih nampak ketat kalo rukuk n sujud tak terangkat nampak bdn ke... aiyoo time solat pon nk tayang badan sado ehh
Quote kucingitam 7-3-2019 10:33 AM
Orix replied at 7-3-2019 10:06 AM
Remy org igt bangla. Kalo KJ ? Nepal ?

KJ dah up sket,..superstar Rajni...ahahah

Quote kucingitam 7-3-2019 10:34 AM
Ingatkan Remy yang jadi imam...kau pun TT, tajuk tu properlah sket..
Quote kaklong32 7-3-2019 10:37 AM
sampai hati ckp bangla haha

sian bamremi ai
Quote paz 7-3-2019 10:39 AM
Macam berisi sikit yer dia.
Quote myakayina 7-3-2019 10:44 AM
remy dan bangla begitu sinonim...
Quote ais_kosong 7-3-2019 11:02 AM
tapi meme nampak mcm bangla
kalau aku pun mesti ingat dia bangla
Quote asyura_85 7-3-2019 11:09 AM
That is the fact la, Remy mmg mcm bangla. Aku pun minat dia gak tapi tak boleh nak tukar la fakta dia mmg mcm bangla. Satu ari kau bg dia uniform petrol pump, soh dia bersihkan cermin keta, aku potong jari at a first glance, kau tak perasan pun tu remisehak unless kau perati dia betul2. Tapi aku tetap suka dia pun. Kalau bangla, so what? Hina ke? Aku ada kwn bangla pass PhD viva dia without correction lg.. from top ten uni in the world ok..bukan uni buat sendiri
Quote chandrahusin 7-3-2019 11:40 AM
Remy mmg sebijik banglo kot
ada 1 telemovie dia belakon jadi bangla tukang jahit tu
menjadi diri sndr sgtt
Quote lee_sakura 7-3-2019 11:53 AM
lawak la...remy bangla la nama baru
Quote amon_79 7-3-2019 12:39 PM
lepas neh mesti ada lg yg akan bukak benang : Remy bukanlah baik sgt 2.0...kuaaasa sgt
Quote palmolive 7-3-2019 12:43 PM
chandrahusin replied at 7-3-2019 11:40 AM
Remy mmg sebijik banglo kot
ada 1 telemovie dia belakon jadi bangla tukang jahit tu
menjadi diri s ...

Salman Bhai?
Quote diss69 7-3-2019 12:56 PM
ais_kosong replied at 7-3-2019 11:02 AM
tapi meme nampak mcm bangla
kalau aku pun mesti ingat dia bangla

Prnh terserempak kt persada johor, ank akk ckp mi siapa pelakon yg muka mcm india2 sket....Akk ckp yg mana, dia ckp yg terserempak td.. Sebenarnya akk xperasan, gigih g konar semula nengok.. Remy ishak rupanya..
Quote AmandaRollins 7-3-2019 01:01 PM
Hahahahaha...shirt pun da mcm shirt yg bangla2 selalu pakai mmg xpasal2 la kena cop bangla...
Quote iena_jr 7-3-2019 01:02 PM
Bangla pun bangla lah. Hahaha. Not a fan of remy
Quote Themilo 7-3-2019 01:08 PM
bangla-bangla pun, heols wangi hoccay!!!
Quote aammyy 7-3-2019 01:43 PM
chandrahusin replied at 7-3-2019 11:40 AM
Remy mmg sebijik banglo kot
ada 1 telemovie dia belakon jadi bangla tukang jahit tu
menjadi diri s ...

Kerja dgn kak sabar. pulun nk curang dgn zulin. Hahaha. Adik manisss

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.071794 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top