CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tulang Belakang Bengkok, Wanita Cenderung Hidap Skoliosis

19-6-2019 01:25 PM| Diterbitkan: alexis_fyy| Dilihat: 5476| Komen: 12|Original author: Oleh: alexis_fyy

Description: Ramai menganggap skoliosis sebagai penyakit biasa yang tidak begitu kritikal seperti kanser atau sakit jantung.Namun, tanpa kita sedari, penghidap skoliosis terpaksa bertarung hari demi hari untuk men ...
Ramai menganggap skoliosis sebagai penyakit biasa yang tidak begitu kritikal seperti kanser atau sakit jantung.

Namun, tanpa kita sedari, penghidap skoliosis terpaksa bertarung hari demi hari untuk menjalani kehidupan secara normal.


Amat menggusarkan apabila bilangan penghidap skoliosis di negara ini makin meningkat saban tahun, lebih-lebih lagi bagi golongan wanita.

Foto: Helo Sehat

Menurut Pakar Perunding Ortopedik dan Tulang Belakang, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr Mohd Hisam Muhamad Ariffin, kira-kira 80 peratus kes skoliosis ini berlaku ke atas remaja perempuan berumur 13,14 dan 15 tahun berbanding lelaki.


Skoliosis lebih dikenali sebagai masalah kecacatan tulang belakang di mana vertebrae seseorang itu membengkok secara berlebihan, pada arah yang salah.

Meskipun skoliosis kini boleh dirawat dengan pembedahan, namun kualiti hidup penghidap penyakit ini sedikit sebanyak akan masih terkesan.

Kredit foto: Hudson Valley Scoliosis

Misalnya, individu yang mengalami skoliosis, sama ada telah dirawat atau tidak akan terbatas dari segi aktiviti fizikal dan pergerakan yang boleh dilakukan. Mereka tidak lagi boleh aktif seperti normal, dan perlu menghindari aktiviti-aktiviti lasak.

Apabila ingin tidur, mereka sering sukar mencari posisi yang selesa untuk baring.

Bahkan, penghidap skoliosis kadang-kadang terpaksa bergantung dengan ubat tahan sakit seumur hidup mereka, kerana tahap kesakitan yang terpaksa ditanggung setiap hari adalah tidak tertanggung lagi.



Punca sebenar skoliosis masih belum dikenal pasti. Oleh itu, buat masa ini, kita sebagai masyarakat yang bertamadun hanya mampu memahami situasi sebenar dan cabaran penghidap skoliosis agar tidak memandang enteng terhadap masalah kesihatan yang mereka hadapi. - CARI 
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Fatyzana 19-6-2019 01:43 PM
Saya kena juga ni. Dalam umur 22 tahun tak silap. First x-ray nak masuk universiti tulang okay. Tak ada masalah. Kali kedua x-ray masa second year tulang dah senget sikit. Doctor pun kata tak boleh buat apa.
Quote kakakau 19-6-2019 05:33 PM
mmg proven la research this doc by my own condition. time high school kena skoliosis dapat tau time medical checkup untuk masuk uni umur 17. my parents pun terkejut sebab mmg dari kecik takde cacat apa2. tiba2 je ada
Quote alexis_fyy 20-7-2019 09:03 PM
korang ada tak sesiapa yang kena scoliosis ni buat pembedahan?
Quote felinecat 21-7-2019 07:59 AM
sebab breast ke sebab bawa beg sekolah.huhu. aku bukan scoliosis tp tulang ade bengkok sikit, risau pulak
Quote evlinne 21-7-2019 11:33 AM
Sedih pulak sebab aku ada kawan hidap penyakit ni. Time kecik elok tetibe besar ada scoliosis. Orang pandang serong kt dia
Quote gadis_tulip 22-7-2019 12:44 PM
alexis_fyy replied at 20-7-2019 09:03 PM
korang ada tak sesiapa yang kena scoliosis ni buat pembedahan?

I rasa scoliosis nie genetik la. Sebab dalam family i yang ade scoliosis is my mom, i and my sister. And arwah my grandma pon ade. Cousin i perempuan belah my mom pon ade. So i assume as genetik.
I dapat tahu pon bile buat xray nak masuk uni. I bengkok c belah atas, so sakit kat bahu. Selalu jugok tali bra jatuh sebelah. Nak tido pon tak selesa. I tengok anak perempuan i pon cam akan ikut i sebab lengan baju die asyik jatuh sebelah je. Now my daughter 3 tahun, so masih muda untuk diagnosis.

My sis buat operation kat PPUM masa umo die 24 tahun sebab degree die more than 50. Cost operation murah which is around rm3k. Tapi yang mahal nye screw, which is almost rm20k. Alhamdulillah, now my sister dah 30 tahun and going to be a mother to 2 kids.

My sis kata agak selesa sikit compared before operation. Tak lenguh2. Sebab my sis bentuk S.




Quote alexis_fyy 26-8-2019 10:49 AM
felinecat replied at 21-7-2019 07:59 AM
sebab breast ke sebab bawa beg sekolah.huhu. aku bukan scoliosis tp tulang ade bengkok sikit, risau  ...

bila tnya doc masa check up, memang doc ckp dorg pn belom dpt kenalpasti ap punca sebenar skoliosis ni

Quote alexis_fyy 26-8-2019 10:51 AM
gadis_tulip replied at 22-7-2019 12:44 PM
I rasa scoliosis nie genetik la. Sebab dalam family i yang ade scoliosis is my mom, i and my siste ...

yeahhh i pun rasa genetic jugakla. cuz my grandpa pn ad skoliosis. then, i pun diagnosed with scoliosis when i was 15 years old.

Quote CikB 10-9-2019 04:58 PM
ada kawan yg mengidap skoliosis
Quote prego 30-10-2019 09:11 PM
penah dgr doktor bgtau salah satu punca wanita yg kena, sebab bawa handbag  berat huhu.. ini kes yg masa sekolah xray ok je, dah keje dua tiga tahun tiba2 xray nampak tulang dah senget sebelah.

kalo tak teruk sgt boleh cuba fisioterapi utk kurangkan sakit, dan belajar cara2 streching & kuatkan tulang belakang
Quote puterifazleen 8-12-2019 01:25 AM
saye x jadi sampai tahap scoliosis lagi..but my tulang blakang bengkok dekat dgn tulang pinggul..sakit sangat2..dah kene lame since bulan 2...baru haritu pergi xray..before this xray x nampak..rase sakit die Allah je lah yg tahu..xboleh dduk lame..xboleh diri lame...baring pun susah..sometimes saye jalan jadi x balance..cepat penat n selalu sesak nafas...at first saye ingat saye x ckup stamina..but then bile pergi check..hurmmm.. 30/12 ni saye ade sesi fisio..ade sesiape ke nak share pengalaman fisio sebab tulang bengkok?
Quote becir 8-12-2019 02:31 PM
puterifazleen replied at 8-12-2019 01:25 AM
saye x jadi sampai tahap scoliosis lagi..but my tulang blakang bengkok dekat dgn tulang pinggul..sak ...

I kebetulan found out my tukang bengkok sebab I gi chiropractor utk rawat masalah back pain. Dia suruh I g x-ray and barula tau. I ambik pakej ngan dia and dia ajar hari2 kena exercise ringan I kena buat utk kuatkan muscle around tulang. Kalau jalan jauh atau drive, pakai back support yg cam Tali pinggang sumo Tu. Exercise pun dia suruh stop yg jogging and lasak2..kalau nak pun MCM swimming and cycling tak Kasi stress kat joint. Adala kurang sikit sakit ni so far. Tapi nak maintain exercise hari2 Tu mmg bercinta la..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.318992 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top