CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Kena Demam Campak Ditahan Kerana Curi Keluar Pergi Gim Selepas Dikuarantin

7-3-2019 06:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2586| Komen: 8

Description: Seorang lelaki yang diarahkan untuk berada di rumah kerana demam campak ditahan polis selepas didapati melanggar arahan itu.
Seorang lelaki yang diarahkan untuk dikuarantin di rumah kerana demam campak ditahan polis selepas didapati melanggar arahan itu.

Menurut USA Today, Jeffrey Murawski, 57, dikatakan keluar dari rumahnya untuk pergi ke pusat gimnasium walaupun sudah diarahkan doktor untuk berada di rumah sehingga pulih kerana dikhuatiri menjangkiti orang lain.


Arahan kuarantin itu dikeluarkan selepas pihak berkuasa gagal mengesahkan sama ada dia sudah mengambil suntikan vaksin atau tidak.


Gambar Hiasan

Dalam kejadian 1 Mei tahun lalu, Murawski dihantar ke pusat kecergasan di Milwaukee, Wisconsin, oleh isterinya sementara dia bersembunyi di bahagian belakang kenderaan itu supaya tidak kelihatan oleh timbalan sheriff yang ditempatkan di luar rumahnya.


Tindakan Murawski dan isteri, Christine Bennett, 58, keluar rumah menyebabkan mereka berdepan tuduhan kerana mendedahkan komuniti terhadap risiko dijangkiti virus berbahaya itu.

Lelaki itu ditahan sebaik timbalan sheriff terbabit menyedari dia berada di luar rumah walaupun diarahkan Jabatan Kesihatan Daerah Waukesha untuk berada di rumah sehingga pulih.

Murawski diarahkan supaya dikuarantin di rumah 24 jam sehari, sehingga 7 Mei 2018 atau sehingga dia dianggap tidak berisiko menjangkiti orang lain.

Apabila disoal siasat, lelaki itu meminta maaf dan berkata, dia tidak tahan terperap di rumah tanpa melakukan apa-apa.


Gambar Hiasan

Murawski dikatakan hanya meluangkan masa selama beberapa minit di gim berkenaan sebelum berasa tidak sedap badan.

Pihak berkuasa tempatan bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang mengapa seorang timbalan sheriff ditempatkan di luar rumah Murwaski atau sekiranya ia langkah biasa diambil terhadap mereka yang dikuarantin. - CARI
5

Bagus
3

Marah
5

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote honeybee1802 7-3-2019 06:28 PM
Kalo jd kt aini nak lapor kt saper? Penah aju gi shopping n kolam ada parents yg cerodik bwk anak yg kena campak main2 plak kt situ..
Quote MissCarcosa9753 7-3-2019 07:45 PM
Harap Malaysia ada undang-undang gini
Quote sukacactus 7-3-2019 07:50 PM
Mcm kelakar sampai timb. sheriff kena jd guard  tp bagus la langkah2 mencegah jangkitan wabak tu
Quote Mina2215 7-3-2019 07:56 PM
Kat Malaysia pun sama. Di bawah akta CDC.  Kalau engkar arahan, polis boleh masuk campur.

Contohnya ada kes tibi, sorang patient engkar makan ubat. Semua cara dah dilakukan. Last2 bawak polis angkut pergi lokap. Kat lokap baru makan ubat sebab kena monitor 24 jam

Quote Malaysia.Doom 8-3-2019 12:57 AM
Mina2215 replied at 7-3-2019 07:56 PM
Kat Malaysia pun sama. Di bawah akta CDC.  Kalau engkar arahan, polis boleh masuk campur.

Contoh ...

Malaysia ni undang2 Ada tapi penguatkuasa tu kurang..kakitangan Kerajaan Paling ramai di dunia, kuatkuasa undang2 takda jugak.
Quote sheqim 8-3-2019 01:55 AM
Pelik kan? Dah anak dpt cuti kuarantin.. duduk je dendiam kat umah.. tapi takkkkk.. sibuk nak bawakkk pegi sane sini.. xpahammm meols dgn org camni.. xde rase timbanh rasa kat org lain
Quote kucingitam 8-3-2019 04:30 PM
kat rumah takleh work out ke? nyusahkan org je la
Quote ikanmasin 8-3-2019 04:44 PM
ada sesetengah parent gitu lah..amik mudah jer.
tp kesan kat anak2 org lain tak fikir..fikir sendiri jer..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.710428 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top