CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

KITAR3cycle: Kutip Mata Ganjaran Sambil Kitar Semula Sisa Kediaman Anda!

8-3-2019 11:08 AM| Diterbitkan: awanearisu| Dilihat: 2959| Komen: 1|Original author: Oleh: CSuy

Description: Jangan buang begitu sahaja sisa-sisa yang boleh dikitar semula. Tahukah anda mengenai program KITAR3cycle? Di samping memelihara alam sekitar, anda turut dapat menikmati sedikit ganjaran! Jom kenali p ...
Jangan buang begitu sahaja sisa-sisa yang boleh dikitar semula. Tahukah anda mengenai program KITAR3cycle? Di samping memelihara alam sekitar, anda turut dapat menikmati sedikit ganjaran! Jom kenali program KITAR3cycle!



Kredit Foto: Bernama

Baru-baru ini, program KITAR3cycle telah diperkenalkan oleh SWM Environment Sdn Bhd sebagai salah satu usaha dalam menerapkan sifat prihatin terhadap alam sekitar melalui amalan pengurusan sisa kitar semula yang baik di kalangan masyarakat.


Loading FB Post...


Melalui strategi berbentuk ganjaran, orang awam digalakkan untuk menyerahkan sisa-sisa kitar semula ke pusat pengumpulan sisa kitar semula yang terpilih. 

Sisa kitar semula ini kemudiannya akan dinilai dan nilai mata ganjaran yang bersesuaian akan diberikan. Semakin banyak sisa kitar semula yang diserahkan, semakin banyak nilai mata ganjaran yang diperolehi.

Memetik laporan Bernama, Pengarah Eksekutif SWM Environment Sdn Bhd, Dr Uzir Abdul Malik berkata bahawa mata ganjaran yang terkumpul kemudiannya boleh digunakan untuk menebus produk ataupun baucar membeli-belah di pasar raya yang tertentu. Nilai bagi setiap mata ganjaran adalah bersamaan dengan RM0.05.


Kredit Foto: Pixabay

Menarik, bukan? Tetapi, apa yang boleh dikitar semula? 

Tambah beliau lagi, terdapat 35 pilihan sisa kitar semula yang diterima oleh program ini. Manakala, menurut laporan The Star, tayar, perkakas elektronik, malah minyak masak terpakai pun boleh dikitar semula!

Menurut laporan Bernama lagi, program ini merupakan satu kerjasama bersama syarikat iCYCLE Sdn Bhd. yang ditubuhkan oleh Fakulti Kejuruteraan, Universiti Multimedia.


Kredit Foto: Laman sesawang iCYCLE

Sebagai permulaan, program ini dilaksanakan di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Kini, program ini diperluaskan ke negeri-negeri lain dengan menambah beberapa lagi pusat pengumpulan sisa kitar semula baru di lokasi-lokasi terpilih.

Bagaimana cara nak menyertai program KITAR3cycle ini?

Pertama, kenalah ambil tahu di mana lokasi pusat pengumpulan sisa kitar semula program KITAR3cycle ini. Maklumat ini boleh didapati dengan melayari laman sesawang iCYCLE di https://www.icycle-global.com/.

Kedua, muat turun aplikasi KITAR3cycle menerusi Google Play App atau Apple App Store.


Kredit Foto: iTunes App Store

Ketiga, daftar sebagai pengguna aplikasi tersebut dan anda akan diberikan pelekat kod bar unik yang perlu ditampal pada plastik yang memuatkan sisa kitar semula anda. Kemudian, serahkan sisa kitar semula itu di pusat pengumpulan sisa kitar semula yang berdekatan.

Keempat, periksa nilai mata ganjaran anda di aplikasi KITAR3cycle dan gunakan nilai terkumpul untuk melakukan apa-apa penebusan!

Nampak macam mudah. Layari laman sesawang iCYCLE untuk maklumat lanjut.


Kredit Foto: Laman sesawang iCYCLE

Bagaimana? Alang-alang menyeluk pekasam! Sambil-sambil kitar semula sisa kediaman sendiri, dapat berbudi kepada alam dan bolehlah tebus sekali baucar membeli-belah! - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eimila 12-3-2019 06:52 AM
Langkah yang bagus untuk penduduk moden. Tapi kalau di kampung?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.068657 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top