CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lepas Peras Ugut Ibu, Lelaki Maut Dilanggar Adik Sendiri

8-3-2019 03:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6523| Komen: 51

Description: Lelaki mengugut ibu dan adik perempuannya dengan parang, maut dipercayai dilanggar adik lelakinya.
Lelaki mengugut ibu dan adik perempuannya dengan parang, maut dipercayai dilanggar adik lelakinya.

Sinar Harian melaporkan, kejadian berlaku di hadapan sebuah rumah di kampung Haji Bunga, Mukim Air Puteh di Pendang kira-kira jam 8.30 malam semalam.



Gambar Hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arris Sham Hamezah, ketika kejadian adik perempuan dan ibunya itu berada di dalam bilik di rumah berkenaan.

Difahamkan, si mati yang merupakan anak keempat mengamuk mengetuk pintu sambil memanggil namanya.

Sebaik pintu dibuka, abangnya itu terus meluru masuk meminta duit daripada ibunya sambil memegang sebilah parang.


Kerana ketakutan, ibunya menyerahkan RM50 kepada abangnya itu sebelum dia beredar.

Bagaimanapun, ketika kejadian itu ibunya sempat menghubungi anak keenam memaklumkan abangnya sedang mengamuk di rumah.

Tambah Arriz, tidak lama kemudian, mereka terdengar dentuman di hadapan rumah dan mendapati anak keenamnya berlari keluar dari keretanya menuju ke pejabat Angkatan Pertahanan Awam (APM) di belakang rumah berkenaan.

Manakala, lelaki terbabit sudah terbaring di hadapan kereta Proton Saga Flx yang dipercayai telah melanggarnya.

Berdasarkan siasatan awal, polis percaya perlanggaran itu dilakukan dengan sengaja memandangkan tiada kesan brek ditemui.

Hasil pemeriksaan mendapati, si mati memiliki 12 rekod jenayah berkaitan dadah dan samun, manakala suspek yang tidak mempunyai sebarang rekod direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - CARI

1

Bagus
1

Marah
7

Terkejut
7

Sedih
4

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote famri7 8-3-2019 03:13 PM
Cash..mereputlah kau di neraka sis.
Quote tri-max 8-3-2019 03:13 PM
si tanggang moden, cash spotted

#telenovelaalsospotted
Quote RED 666 8-3-2019 03:16 PM
Mmg baik mampus je, tapi kesian yg melanggar tu bakal dihukum gantung nanti padahal berniat baik utk menyelamat
Quote prettyuglybabe 8-3-2019 03:28 PM
elok la mampus dari hidup menyusahkan orang..
Quote jazaa100 8-3-2019 03:36 PM
Dari dia tetak mak dia nanti, elok hantar ke kubur.....
Quote MMlava 8-3-2019 03:38 PM
prettyuglybabe replied at 8-3-2019 03:28 PM
elok la mampus dari hidup menyusahkan orang..

halahai

kau pun elok pi mampos

datang opis, duk main forum samapai balik opis

tarak amanah punya orang


Quote munchkin 8-3-2019 04:31 PM
Ada rekod samun lagi.
Quote genUmi 8-3-2019 04:37 PM
kasian si ibu

anak nya mengugut dan mati

anak sorang lagi kena masuk dalam


moga tabah ibu
Quote matchstick 8-3-2019 04:39 PM
Kesian kt adik yg melanggar tu.. Dan kesian kt ibu tu hilang 2 anak lelaki sekaligus.
Quote pittjie 8-3-2019 04:41 PM
adoi. agaknya dah banyak kali kut si mati ni ugut2 mak dia mintak duit macam tu. adik beradik pun dah naik geram. tapi kesian la adik dia .. mesti kena dakwa membunuh.
Quote Kurex 8-3-2019 04:41 PM
Mesti anak lelaki keenam dia tu dah hilang sabar
Quote hayrin86 8-3-2019 04:42 PM
Quote niena90 8-3-2019 04:55 PM
Rupanya dia mmg org jahat tegar. Patut la si adik dah fedup dgn abg yg asyik ugut mak, tapi dia pulak yg melanggar sampai terbunuh abg yg jahat tu
Quote lee_sakura 8-3-2019 04:57 PM
cash allah swt bg...setel masalah keluarga
Quote jue10 8-3-2019 05:22 PM
kesian yg melanggar. mgkin dia dh xtahan ng perangai sial abg dia yg xguna tu. rasa nk setelkn guna tgn sndri tp malang nye...
Quote duri_durians 8-3-2019 05:24 PM
lesson learned.. kalau nak langgar pun buat2 tekan brek
Quote dokupangg 8-3-2019 06:02 PM
duri_durians replied at 8-3-2019 05:24 PM
lesson learned.. kalau nak langgar pun buat2 tekan brek

Wanted to say the same thing
Quote arasham 8-3-2019 06:07 PM
Kalau Ada tabung nak membela adik yg melanggar tu nak jugalah Saya derma..
Quote batmana 8-3-2019 06:22 PM
tak boleh ke mana2 family yg ada anak dadah cmni, rantai je kaki tgn dia , rantai letak tepi rumah, biar smpai 40 hari berubah.

baru lepaskan..

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.336515 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top