CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Lelaki Tak Jadi Bunuh Diri Selepas Dipujuk Dengan Rokok

11-3-2019 10:47 AM| Diterbitkan: yanieray| Dilihat: 2445| Komen: 4|Original author: Oleh: Pink Lily

Description: Insiden cubaan membunuh diri di Muar, Johor.
Kredit foto: Shah nizam


Kata orang, merokok membahayakan kesihatan. Tapi, kali ni nampaknya rokok berjaya menyelamatkan nyawa seseorang. 

Akhbar The Malay Mail melaporkan, seorang lelaki didapati berkelakuan ganjil di Jambatan Sultan Ismail di Muar, Johor kira-kira jam 10.15 malam pada Selasa lepas.

Kelakuannya telah menarik perhatian penunggang motosikal yang kemudiannya menghubungi pihak berkuasa bagi mendapatkan bantuan.

Wakil Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor mengesahkan balai bomba Muar telah menerima panggilan kecemasan pada 10.29 malam dan sembilan pegawai bomba beserta trak bomba dan bot dikerahkan ke tempat kejadian. 

Sebaik tiba, pasukan penyelamat mendapati lelaki tersebut telah bersedia untuk terjun dari jambatan.


Jambatan Sultan Ismail, Muar, Johor
Kredit foto: The Smart Local

Pasukan penyelamat meminta lelaki terbabit untuk melangkah ke tengah jambatan demi keselamatannya sebelum memujuk lelaki tersebut untuk memikirkan kesan dan akibat tindakannya itu.

Akhirnya, selepas beberapa minit anggota berjaya menyelamatkannya dengan memberi rokok. Kejadian itu dikatakan berakhir pada jam 10.56 malam. 

Bunuh diri adalah kejadian yang boleh membawa kesan emosi yang besar terhadap mangsa yang terselamat dan keluarga mereka.

Keinginan membunuh diri ini biasanya terbit apabila seseorang itu putus harapan terhadap kehidupan. Mereka biasanya merasakan tindakan bunuh diri adalah satu-satunya jalan keluar apabila tidak mampu mendapatkan penyelesaian kepada permasalahan mereka, mahupun apabila berdepan dengan ujian kehidupan. 

Tidak ramai sedar bahawa mereka yang mempunyai keinginan untuk membunuh diri ini biasanya perlu meluahkan perasaan mereka kepada seseorang agar tidak berasa keseorangan. 

Insiden ini merupakan salah satu contoh betapa mereka perlukan sokongan daripada orang sekeliling. 

Berikut adalah talian yang menawarkan khidmat membantu mereka yang berisiko untuk membunuh diri:


1. BEFRIENDERS 

Alamat: 95 Jalan Templer, 46000, Petaling Jaya, Selangor.
No. Telefon: +603-7956 8144 | +603-7956 8145 | sam@befrienders.org.my | https://www.befrienders.org.my/


2. TALIAN NUR

No. Telefon: 15999 | taliannur@kpwkm.gov.my


3. ALL WOMEN'S ACTION SOCIETY (AWAM) TELENITA 

Alamat: 85, Jalan 21/1, Sea Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor.
No. Telefon: +603-7877 0224 | https://www.awam.org.my/


4. WOMEN???S AID ORGANISATION (WAO)

Contact: +03-7956 3488 | womensaidorg@gmail.com | https://wao.org.my/


5. TELE-KAUNSELING DBKL
Alamat: Tingkat 1, Menara DBKL, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur.
No. Telefon: 1800-88-2600 | 03-26179905 | http://eperumahan.dbkl.gov.my/index.php/khidmat-kaunselor

Diharap info ini dapat membantu sesiapa yang memerlukannya. - CARI
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
5

Sedih
5

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 11-3-2019 12:43 PM
Syabas buat anggota bomba yang membantu
Quote ninu 22-3-2019 02:44 PM
tahniah buat anggota bomba..tabikk springgggg
Quote ikanmasin 22-3-2019 04:09 PM
tahniah buat anggota bomba..kdg2 benda mudah mcm tu
bole meyelamatkan jg..
Quote jengkoil 25-3-2019 11:36 AM
lek ar sap kok lu...sambil hulur sebatang john putih...

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.047099 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top