CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Kisah Asal Di Sebalik Dongeng Puteri Disney Yang Popular Tak Seindah Disangkakan!

21-3-2019 10:45 AM| Diterbitkan: Ferr_Remy| Dilihat: 8840| Komen: 21|Original author: Oleh: Ferr_Remy

Description: Mesti ramai pernah berangan-angan untuk menjadi seorang puteri raja selepas menonton kisah-kisah dongeng terbitan Disney, bukan?
Mesti ramai pernah berangan-angan untuk menjadi seorang puteri raja selepas menonton kisah-kisah dongeng terbitan Disney, bukan? 

Manakan tidak, sudahlah cantik jelita, dapat pula berkahwin dengan jejaka tampan dari keluarga bangsawan yang kaya raya! Namun, ianya mungkin nampak indah di dalam filem keluaran mereka, tetapi tidaklah seindah yang disangkakan sekiranya anda tahu asal usul mereka seperti yang ditulis dalam artikel di bawah! Jom kita baca!


Cinderella

Image result for cinderella disney

Versi asal kisah dongeng Cinderella sebenarnya sangat menakutkan! Apabila kedua-dua kaki kakak tiri Cinderella tidak muat untuk dimasukkan ke dalam kasutnya ketika sedang dipakaikan putera raja, mereka berdua sanggup memotong kaki dan tumit untuk memperdayakan putera itu! 

Bukan itu saja, pada pengkahiran kisah dongeng tersebut, Cinderella menggunakan burung ajaibnya untuk mematuk dan mengeluarkan mata kakak-kakak tirinya sebagai hukuman kerana penipuan tersebut. Dia juga turut membunuh ibu tirinya yang kejam itu. Wow, ternyata Cinderella tidaklah semulia yang kita sangkakan!



Sleeping Beauty


Related image

Dalam karya asal Giambattista Basile yang ditulis pada tahun 1634, sang putera raja sebenarnya tidak dapat mengejutkan puteri dari tidur beliau. Jadi, apa agaknya yang dilakukan oleh putera itu? Dia merogol puteri malang tersebut lalu terus meninggalkannya!

Puteri yang cantik rupawan itu pula masih tidak sedarkan diri, lantas hamil lalu melahirkan anak kembar! Salah satu kembar itu kemudian menghisap jari puteri tersebut dan terus mengeluarkan serpihan kayu beracun di jari puteri itu yang kemudiannya terus tersedar dari lenanya yang panjang!


Beauty And The Beast

Related image

Dalam kisah asal karya Gabrielle-Suzanne Barbot de Villeneuve, Belle meyakinkan Beast untuk membiarkannya pergi melawat kakaknya di kampung selama seminggu. Sebaik tiba di kampung, kakaknya yang melihat Belle diliputi perhiasan mewah dan dilimpahi kemewahan meyakinkan Belle untuk tinggal dengannya lebih lama dengan niat untuk menimbulkan kemarahan Beast, sekali gus memakan adiknya sejurus pulang ke istana!


Snow White

Related image

Dalam kisah asal nukilan Brothers Grimm, nenek sihir yang jahat itu tidak mati begitu mudah. Hukuman yang setimpal dengan percubaan membunuh Snow White untuknya adalah dengan menari di dalam kasut besi yang sangat panas sehingga dia mati menderita akibat melecur!


The Little Mermaid

Related image

Dalam versi original karya Hans Christian Andersen, antara kandungan yang terdapat di dalam perjanjian untuk Ariel menjadi manusia sepenuhnya adalah kakinya akan merasa sakit sepanjang masa ketika berjalan, seolah-olah dia berjalan di atas pisau tajam. 

Oleh kerana itu, putera akhirnya membuat keputusan untuk berkahwin dengan wanita lain, manakala Ariel kembali ke laut, di mana dia terlalu kecewa lalu berubah menjadi buih di lautan. Sedihnya!


Wow! Kejam juga cerita asal kisah-kisah dongeng puteri cantik di atas sebelum diolah semula untuk keluaran Disney! Mungkin ada sebabnya kisah dongeng yang kedengaran bahagia hanyalah kisah dongeng semata-mata, kerana realitinya pasti berbeza! Begitulah juga dengan kehidupan seharian kita. - CARI
4

Bagus
1

Marah
4

Terkejut

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 21-3-2019 10:50 AM
Lain betul pengahirannya selalu ayat akhir yang dibaca pasti ayat Happy Ever After
Quote buragazz 21-3-2019 10:56 AM
Boleh la aku cerita kat anak2 buah aku yang urban tu kisah benar ni.. kompom melalak2 diorang.. kejam nya aku...
Quote pai.kacang 21-3-2019 11:04 AM
buragazz replied at 21-3-2019 10:56 AM
Boleh la aku cerita kat anak2 buah aku yang urban tu kisah benar ni.. kompom melalak2 diorang.. keja ...

hahaha kejam betul ni
Quote ais_kosong 21-3-2019 11:07 AM
wow kejam dan ganasnya.
aku dah la suka fairy tales ni.
Quote buragazz 21-3-2019 11:25 AM

Frozen takde kisah asal ker.. kot la mak bapak si elsa tu selalu buat ice bucket challange kat dia tu yang dapay kuasa frozen tu..
Quote EvieWanKenobi 21-3-2019 11:40 AM
tak sangka ye..
Quote afidahhb 21-3-2019 11:47 AM
Xsanggup nak ceritakan kisah sebenar ni pd anak perempuan kiter..
Quote yanieray 21-3-2019 11:48 AM
Dh mcm fairytale versi Scary Movie haha
Quote Cyempaka 21-3-2019 12:10 PM
cinderella version ni ada dalam movie into the woods. akhirnya dia tinggalkan putera tu sebab putera tu curang. ingatkan saja buat cite je
Quote None68 21-3-2019 12:39 PM
Menarik jugak wp zalim endingnya..
Quote epal_ijau 21-3-2019 12:41 PM
Yg kisah little mermaid tu aku tau version sedih tu masa tgk drama korea my girlfriend is a gumiho. Yg si heroin tu gumiho yg dah jd manusia pastu suka kisah little mermaid sebab sama mcm kisah dia tp x pernah baca smpi habis buku cerita tu. Hero x bagi dia baca habis sebab sad ending. Ariel jadi buih.. masa tu ak pelik napa kisah dia lain dr yg ak pernah baca.. rupanya mmg original ending dia cmtu..

Yg cinderella tu cam pernah tgk cite apa ntah yg kakak2 si cinderella end up jd buta sebab kena patuk dgn burung..
Quote bellaa 21-3-2019 03:32 PM
sleeping beauty tu sgt horror yer!

putera rapist
Quote leylapple 21-3-2019 04:39 PM
frozen tu ambik dari kisah the ice queen...
Quote dekmieDandy 21-3-2019 05:16 PM
bukan cinderella yang suruh, burung tu sendiri gi balas dendam kekdahnye
Quote tri-max 21-3-2019 05:22 PM
da nama dongeng, every ending pon possible
Quote hasniey 21-3-2019 06:39 PM
Cinderella dgn little mermaid ai prnah baca kisah ori ni.mana tah mak beli buku dongeng tu.tp dulu2 xrasa kejam pulak
Quote AppleJack 22-3-2019 02:15 AM
ishhhhh kejamnya ending
Quote ikanmasin 22-3-2019 04:14 PM
okay ending nya menakutkan pl.
Quote borrow 12-11-2019 09:13 AM
horornya versi asal Ai ada tgk katun mermaid , sheols terjun ke laut n jd buih. Sedih sgt

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.056330 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top