CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Filem Tak Laku, Tapi Jadi CEO Finas" - Netizen Meroyan KKMM Pilih Ahmad Idham

14-3-2019 05:22 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 9194| Komen: 31|Original author: Oleh: LilRose

Description: Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Gobind Singh Deo mendedahkan Ahmad Idham telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).
Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Gobind Singh Deo mendedahkan Ahmad Idham telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang berkuat kuasa 11 Mac lalu bagi tempoh dua (2) tahun.



Kredit foto: IG Ahmad Idham

Katanya, pelantikan Idham sebagai CEO Finas adalah keputusan Lembaga berdasarkan peruntukan dalam Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 bagi menggantikan pemangku Shakib Ahmad Shakir yang telah menjalankan tugas selama empat bulan lalu.

"Kementerian berharap Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu ini akan berkhidmat untuk meningkatkan usaha-usaha FINAS bagi membangunkan industri ini," katanya yang berharap ahli lembaga perbadanan itu akan memberi kerjasama kepada Ahmad Idham.


Kredit foto: KKMM


Difahamkan, Ahmad Idham memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) selain pernah mencatat rekod dan menerima pelbagai anugerah di dalam dan luar negara.

Bagaimanapun, jika dilihat menerusi laman sosial, ramai yang tidak bersetuju dengan pelantikan Ahmad Idham sebagai peneraju Finas. Malah, ada yang mendakwa beliau dilantik untuk jawatan itu kerana pandai 'membodek' kerajaan.




Kredit foto: Twitter

Apa kata anda? - CARI
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote exclusive_vvip 14-3-2019 05:35 PM
ate, dah pelakon “hebat” mcm sharifah amani takmo pegang jawatan penting kat Finas tu..bagi la pd sapa yg sudi
Quote namieamuro 14-3-2019 05:40 PM
iols suke zaman bile artis lame yg memegang jawatan yg sepatutnye..maybe retis baru mls nk merenyahkan diri dlm bab2 cenggini..bertabah la..


jgn merempan kt socmed la ye deham
Quote RatuDunia94 14-3-2019 05:48 PM
Ansib x lantik David Teo!
Quote LadyCarefree 14-3-2019 05:49 PM
Bg gaji singgit je
Quote giyomi 14-3-2019 06:19 PM
penerbit pilem2 sampah pon bole. If you go to pinas, you pinish
Quote eLiaD 14-3-2019 06:45 PM
kroni lantik kroni bla bla bla smpi kak senah mampos
Quote Awan_Salji 14-3-2019 07:15 PM
tahniahlah mad dehem. kehkehkeh.

macam manalah manusia yang gigih meroyan salahkan penonton melayu bila sinema melayu alami kemerosotan boleh diangkat jadi ceo finas? sinema melayu merosot sebab pembikin filem yang syok sendiri. simple. mad dehem jugaklah salah sorang pembikin filem syok sendiri tu.
Quote pujanggacinta 14-3-2019 07:24 PM

tp bukan dia ni rajin belajar ker
master dan buat PhD dlm bidang filem
Quote willow12 14-3-2019 08:08 PM
Aku nak gelak berdekah2 okehh.

Dulu lepas tukar gomen bukan main penggiat2 filem menaruh harapan akan ada sinar baru dlm industri filem. Dok canang nama2 mcm dato hans isaac la.. Seripah amani la... Tup tup ahmad dehem jadi ceo finas. Ini baru melesia baruuuuu..!
Quote makbedah 14-3-2019 08:51 PM
Mr bean...
Quote mohdcrow 14-3-2019 09:52 PM
Geng bangkang dari longkang pun tak layak jugak?
Quote sleepandream 14-3-2019 10:05 PM
Finas ni la yg banyak potong scene dalam filem mona fendey dulu tu kan...
apa tajuk tah lupa dah...
Quote airmineral 14-3-2019 11:12 PM
Makin romeo la cite msia ni
Quote aleesyasofia 14-3-2019 11:48 PM
pujanggacinta replied at 14-3-2019 07:24 PM
tp bukan dia ni rajin belajar ker
master dan buat PhD dlm bidang filem

apa cerita phd heolss?? udah lulus ke? iolss tgk mcm xde update jer..
Quote chicozinn 15-3-2019 09:28 AM
hmm..kroni lantik kroni..macam haram..mmg xlayak pun mat dehem ni jadi ceo FINAS..tetiba teringat mat dehem jadi hero kertu tapi heroin si tikah trisam tu..muntah~~~
Quote annadonna 15-3-2019 09:35 AM
tengok dulu macamana dia bekerja. Sometimes ada manusia bila jadi leader dia boleh lead dgn baik tapi bila sundiri buat dia haukk. So tengok dulu ya tuan puan
Quote de_ikea 15-3-2019 09:39 AM
Tahniah.
Iols masih tak buleh move on dgn pembuatan filem cindarella dan pencuri hati cinderella heols yg very the 90s di zaman alaf serba baru ini. Sendirik calculate n review pun dah tahu tak laku. Ini ke laluan masa depan yg finas mahu? Kemon gobin!
2797F849-7E8C-44E3-9F0C-230F7D027933.png
2797F849-7E8C-44E3-9F0C-230F7D027933.png
Quote alien88 15-3-2019 10:50 AM
de_ikea replied at 15-3-2019 09:39 AM
Tahniah.
Iols masih tak buleh move on dgn pembuatan filem cindarella dan pencuri hati cinderella h ...

poster tahun bila ni
tgk poster pon xde mood nk tgk movie (npk lain muka nely dlm poster tu)
apa2 pon tahniah la mat deham


Quote kucingitam 15-3-2019 12:13 PM
filem David Teo slalu laku..so, boleh amik David Teo la..

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.070440 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top