CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Dulu Adik Perempuan, Kini Adik Lelaki Ayana Jihye Moon Pula Peluk Islam

28-3-2019 04:23 PM| Diterbitkan: yanieray| Dilihat: 11646| Komen: 33|Original author: Oleh: Pink Lily

Description: Baru-baru ini model hijab popular berasal dari Korea Selatan, Ayana Jihye Moon mengumumkan satu berita gembira kepada 2.1 juta pengikut di Instagramnya apabila berkongsi gambar borang masuk Islam mili ...
Sumber Foto: xolovelyayana

Baru-baru ini model hijab popular berasal dari Korea Selatan, Ayana Jihye Moon mengumumkan satu berita gembira kepada 2.1 juta pengikut di Instagramnya apabila berkongsi gambar borang masuk Islam milik adik lelakinya. 

Gambar tersebut mengesahkan adik lelaki Ayana kini secara rasminya telah memeluk agama Islam.

Sumber Foto: xolovelyayana

Ternyata keindahan agama Islam telah berjaya menarik hati keluarga Ayana apabila kini dua orang adiknya memilih untuk menjadi mualaf. Selain adik lelakinya, adik perempuan Ayana juga telah memeluk Islam pada tahun lepas. 

Menurut Ayana, dia bangga menjadi saksi dalam penghijrahan adiknya, malah berasa lebih gembira apabila tahun ini akan menjadi tahun pertama dia menyambut Ramadhan bersama keluarganya. 

Ibu bapa mereka tidak menghalang keputusan anak mereka, bahkan ikatan kasih sayang di antara mereka tetap utuh.

 
Sumber Foto: xolovelyayana
Ayana Jihye Moon yang pernah menganggotai kumpulan band wanita F-VE Dolls ini, pernah mencetuskan fenomena di Malaysia dan Indonesia dengan kisah penghijrahannya. 

Kini dia menjadikan Malaysia dan Indonesia sebagai rumah keduanya untuk menimba ilmu dan mencari rezeki yang halal sebagai model muslimah. -CARI
8

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moonbug 28-3-2019 04:40 PM
Cantik manis. Tahniah adiknya, semoga dua-dua kekal isqtiqomah & dirahmati Allah selalu
Quote Andyscenes 28-3-2019 04:40 PM
Lawanya dia ni. Terasa jodoh itu dekat (;
Quote Beribear 28-3-2019 04:49 PM
Alhamdulillah.  Tambah lg saudara baru
Quote gigahertz 28-3-2019 05:07 PM
agak agak kalau i beli dia mak i ngam.tak dengn dia?
Quote kaoru44 28-3-2019 05:14 PM
Cntiknya dia...{:love
Quote noor2 28-3-2019 05:15 PM
Cantiknyaaaaaaa.......
Quote MissVixen 28-3-2019 05:24 PM
Walaupun dia baru memeluk islam, tapi dia lebih tahu malu dari kawan dia yang asyik #daddymatabiru.
Quote Snowhazy 28-3-2019 05:56 PM
Alhamdulillah
Quote missDollie 28-3-2019 06:48 PM
Segaknyaaa!!!! Manis boleh potong kakiiij
Quote jazaa100 28-3-2019 07:20 PM
Cantik......

Mcm pompuan kelatan je.....
Quote ikanmasin 28-3-2019 08:00 PM
alhamdulillah..
Quote slipar_jepon 28-3-2019 09:23 PM
Comel.. japgi indon claim la tu
Quote Sham143 29-3-2019 01:29 AM
Syukur Alhamdulillah..
Quote Babanana 29-3-2019 07:21 AM
Cantik molek betul dia ni. Macam manalah cantik bidadari syurga nanti tak boleh bayang.
Quote Kyra_Lydia 29-3-2019 09:49 AM
cantiknya dia ni tak tau nak ckp mcm mn punya cantik die.
Quote pai.kacang 29-3-2019 10:21 AM
alhamdulillah
Quote dua_chzy 29-3-2019 11:46 AM
Takda ke di antara kome yang mahu persoal kecantikan sheols itu real atau plastik?
Quote dua_chzy 29-3-2019 11:47 AM
Padehal retis2 pompuan kpoop, laju je kome kutok kecantikan plastik la pelsu la?
Quote justchu 29-3-2019 01:57 PM
dua_chzy replied at 29-3-2019 11:46 AM
Takda ke di antara kome yang mahu persoal kecantikan sheols itu real atau plastik?

dah takde la yg nak pertikai sebab dia dah jd muslim
sedangkan memey sarung tudung pun terus org sayang
inikan pula korean comel convert muslim
nnt terus boleh jd ustazah ajar ummah meleys cemana nk cebok bersih2
ummah pun angguk tanda paham

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.286117 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top