CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guna WhatsApp Jual Sijil Cuti Sakit Palsu

15-3-2019 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2278| Komen: 0

Description: Dua lelaki dan wanita warga tempatan mengambil kesempatan menjual sijil cuti sakit palsu menerusi aplikasi WhatsApp, lapor Harian Metro. Berikutan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejaba ...
Dua lelaki dan wanita warga tempatan mengambil kesempatan menjual sijil cuti sakit palsu menerusi aplikasi WhatsApp, lapor Harian Metro.


Gambar Hiasan

Berikutan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi menahan lelaki berusia 29 tahun dan wanita berusia 21 tahun di sebuah kediaman di kawasan di Bandar Tenggara, di Kota Tinggi jam 3 petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah, suspek aktif menjual sijil cuti sakit kepada pekerja swasta dan kerajaan di sekitar Kota Tinggi, Kulai dan Johor Bahru sejak tahun lalu.

“Suspek menawarkan khidmat penjualan sijil berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp dengan harga RM30 hingga RM45 sekeping bergantung kepada butiran hari cuti di dalam sijil sakit," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, dipercayai sejumlah 90 keping sijil cuti sakit palsu sudah dijual sejak awal tahun lalu.


Kredit foto:

Tambahnya, pihaknya turut merampas dua unit cop tangan atas nama doktor dan klinik kesihatan kerajaan, 26 helaian sijil cuti sakit palsu dan dua telefon bimbit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan penjara tidak melebihi 10 tahun, sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Ahsmon Bajah menegaskan kepada orang ramai supaya tidak terjebak dalam pembelian sijil cuti sakit palsu.

“Sekiranya terbabit, selain dari tindakan tatatertib sehingga hukuman buang kerja, pesalah juga boleh dituduh di mahkamah,” katanya. - CARI
8

Bagus
4

Marah
6

Terkejut
8

Sedih
6

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.058860 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top