CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tembak Jemaah Dalam Masjid, Pengganas Muat Naik Rakaman Tembak Secara Live

15-3-2019 02:59 PM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 5034| Komen: 12|Original author: Oleh: M&M

Description: Perang agama nampaknya masih lagi belum berakhir. Dunia dicemari dengan perasaan benci-membenci antara kaum dan agama berlainan. Sampai bilakah kita akan berbunuhan hanya kerana berlainan agama dan ba ...
Perang agama nampaknya masih lagi belum berakhir. Dunia dicemari dengan perasaan benci-membenci antara kaum dan agama berlainan. Sampai bilakah kita akan berbunuhan hanya kerana berlainan agama dan bangsa?

Hari ini, bumi New Zealand digemparkan dengan insiden tembak beramai-ramai di Masjid Al-Nour, Christchurch pada hari berhimpunnya umat Islam untuk solat Jumaat. 

Kejadian ini dirakamkan sendiri oleh pelaku yang dikenali sebagai Brenton Tarrant, seorang lelaki berusia 28 tahun yang berasal dari Australia. Dia memuat naik 'live' video kejadian tembak yang bermula dari pintu hadapan masjid sehinggalah ke ruangan dalam masjid.

Kredit foto: Nz Herald


Dia juga membuat manifesto pengakuan menjelaskan mengapa dia melakukan jenayah tersebut. 



Gambaran aksi di dalam video yang berdurasi selama 17 minit tersebut menyamai aksi tembak seperti di dalam video permainan, setiap orang yang dilihat di hadapannya ditembak menggunakan senapang. Seramai 9 hingga 27 orang dijangka terkorban. Namun, pihak berwajib memohon agar penyebaran video itu dihentikan demi menjaga hati ahli keluarga mangsa. 

Kredit foto: Nz Herald


Saksi yang berada di tempat kejadian menggambarkan penembak itu memakai sepasang uniform, dan mengikat gulungan majalah yang tebal di sekeliling kakinya. 

Menurut saksi juga, terdapat 30-40 das tembakan dilepaskan oleh penembak. Wanita dan kanak-kanak bergelimpangan dilumuri darah di dalam masjid dan di atas jalan. Ia merupakan suasana yang paling hiba. 

Salah seorang mangsa menceritakan dia mendengar penembak itu mengisi peluru sebanyak tiga kali dan menembak ke semua arah. Namun, dia bernasib baik kerana sempat merangkak ke luar tingkap yang telah dipecahkan oleh orang lain untuk menyelamatkan diri masing-masing. Mereka semua bertempiaran lari, namun ramai yang berjaya ditembak oleh lelaki durjana itu. 

Sementara itu, kejadian sama turut berlaku di sebuah lagi masjid namun pihak polis masih belum dapat mengenal pasti adakah ia dilakukan oleh pihak yang sama dan adakah lebih daripada seorang penembak terlibat dalam kejadian itu. 
Justeru, polis mengarahkan agar semua masjid di New Zealand dikosongkan hari ini kerana dikhuatiri penembak itu akan memburu kesemua masjid. 

Seluruh rakyat New Zealand bersimpati dan bersedih dengan insiden yang berlaku. Populasi Muslim di New Zealand hanya 1% dan kejadian tembak-menembak ini sangat mengejutkan kerana New Zealand ialah sebuah negara yang aman dan bebas dari diskriminasi kaum dan agama. 




Kejadian ini turut memberi kesan kepada rakyat Malaysia yang tinggal di Christchurch, khususnya pelajar-pelajar universiti yang dikhuatiri turut berada di dalam masjid itu sewaktu kejadian. 

Terkini, seorang mangsa dikenali sebagai Tarmizi dari Malaysia, sedang mendapat rawatan di hospital akibat ditembak dua kali di belakang badannya. Pihak kedutaan Malaysia di Wellington mengesahkan sekurang-kurangnya seorang rakyat Malaysia yang berada di lokasi berkenaan ketika kejadian. Kemungkinan ramai lagi yang terlibat. 

Justeru, sesiapa yang mempunyai keluarga dan kenalan di Christchurch diminta untuk menghubungi mereka bagi memastikan mereka selamat. 

Semoga keluarga kesemua mangsa bunuh diberi ketabahan untuk menghadapi kehilangan ahli keluarga tersayang. Takziah buat seluruh umat Islam New Zealand! - CARI 
5

Bagus
6

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
5

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 15-3-2019 03:28 PM
bunuh umat Islam is OK....bunuh bukan Islam is kerja terroris
Quote r_innalif 15-3-2019 03:40 PM
Beria kerajaan Australia menapis sapa lelaki nama Muhammad, ahmad, yg mana ada jambang yg mana mcm rupe islam x leh dpt visa msuk Australia. Sedangkan yg hati hitam ganas tu org negara kamu sndiri.. shame on u. Semoga Allah pelihara semua umat Islam ....
Quote Babanana 15-3-2019 04:11 PM
Yang kena tapis masuk Australia tu bukan sebab nama Islam, tapi sebab nak kurangkan illegal stay orang Malaysia yang tak reti2 nak balik pastu kerja petik buah menyusahkan orang lain yang nak datang bercuti.
Quote pokaibanktokyo 15-3-2019 04:15 PM
That australian terrorist brenton tarrant's mother definitely fucked with dogs
Quote Redskins 15-3-2019 04:30 PM
Edited by Redskins at 15-3-2019 04:31 PM

Kistian Terrorist dah tunjukkan erti sebenar Religion of Peace kununn…

Nanti adala Kaper Lahanat bahalol yg backing akan tanya
Ada tak penembak tu jerit pekik “Jesus is Great” ataupon “Hallelujah”    

Takde kannn so ini Bukan Kistian Terrorist..


Kita kena tahu motip, motip pembunuhan kata Kaper2 lahanat…bangang.


Kisteaaa is a way of laif.


Love your enemy….bwahahaha..phuiii




Quote MMlava 15-3-2019 04:44 PM
jangan la panggil kafir lanahatullah

dia bukan kafir harbi babi lahanat new zealand

tapi mengikut mujahil, harbi babi ni ialah rakan senegara new zealand









Quote sehirkedi 15-3-2019 04:49 PM
Pengganas yg menembak ni datang dari 'land of prison' patut lerrr jahat..
Quote vongolia 15-3-2019 05:13 PM
Australian memang banyak yang racist.
Quote bangcak 15-3-2019 05:24 PM
bila pelampau agama bergabung dgn pelampau bangsa, wujud la
generasi sakit otak mcm tu.  
Quote bangcak 15-3-2019 05:28 PM
tembak org islam, tapi bagi alasan nak hapuskan pendatang yg menggugat ketuatnan penduduk asal.  
Quote Prukusimo 18-3-2019 12:09 PM
Brenton Tarrant dan Enders Behring Breivik ada juga persamaan.Sama-sama pengganas, melakukan pembunuhan beramai-ramai secara berseorangan dan benci pendatang asing.
Quote safieyah1984 18-3-2019 12:18 PM
terkesan sangat dng tragedi ni, walaupon bukan kena pada family sendiri tp peristiwa ni amat menyedihkan. padahal penduduk asal new zealand x buat mcm tu alih2 australian guys lahanat dtg negara org buat onar plak, apapon i salute dng pm new zealand tu si jacinda tu, nampak sangat prihatin pada rakyat new zealand and x racis. harap di brenton tu mati kena tembak jugak, suka suka jek nak bunuh org

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.124097 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top