CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

10 Pelajar Ditahan Kerana Bermain PUBG Selepas Diharamkan

18-3-2019 10:37 AM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 2972| Komen: 11|Original author: Oleh: Nia M

Description: Seperti umum sedia maklum, permainan video boleh mendatangkan kesan negatif terhadap sesiapa sahaja terutamanya jika ia terdedah kepada golongan kanak-kanak pada usia terlalu awal.
Seperti umum sedia maklum, permainan video boleh mendatangkan kesan negatif terhadap sesiapa sahaja terutamanya jika ia terdedah kepada golongan kanak-kanak pada usia terlalu awal.

Menurut kajian, permainan video berunsur keganasan boleh menyebabkan seseorang meniru aksi dalam video tersebut tanpa sifat perikemanusiaan disebabkan sudah terbiasa melihatnya di dalam video permainan.


Antara permainan video yang menjadi kontroversi adalah PUBG atau nama penuhnya Player Unknown's Battlegrounds.


Kredit foto: theweek.in

Justeru, Gujerat di India telah mengambil langkah untuk mengharamkan permainan video PUBG dengan alasan ia melalaikan pelajar dari mengulang kaji serta mempunyai unsur-unsur keganasan yang tidak harus dicontohi.

Namun begitu, masih ada yang tidak mematuhi arahan kerajaan negeri. Baru-baru ini, 10 pelajar kolej ditangkap kerana didapati sedang bermain PUBG di tempat awam.


Menurut pihak polis, pelajar terbabit terlalu leka bermain sehingga tidak sedar dihampiri anggota polis. Langkah ini diambil bagi memberi amaran kepada orang awam bahawa larangan bermain PUBG adalah sesuatu yang serius dan perlu dipandang berat.


Kredit foto: theverge

Enam daripada pelajar itu ditangkap berhampiran Atmiya College, tiga di lintasan jalan Raiya dan berdekatan Galaxy Cinema, manakala seorang lagi berhampiran Menara Neptune. Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar itu kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin.

Gujerat merupakan satu-satunya negeri di India yang melarang permainan PUBG buat masa ini. Walaupun dibantah pemain permainan video tegar, namun larangan bermain PUBG dan permainan seumpamanya pasti akan memberi manfaat yang sangat banyak. 

Siapa tahu mungkin selepas ini giliran Malaysia pula. Tapi lain pula kenyataan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menegaskan PUBG tiada kena-mengena dengan keganasan. - CARI
1

Bagus
6

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 18-3-2019 11:58 AM
pubg haram
main pibg je

Quote shi_jewel 18-3-2019 12:00 PM
dah lama x main pubg..busy tengok insta sajat.
Quote baghal_bortuqal 18-3-2019 12:41 PM
shi_jewel replied at 18-3-2019 12:00 PM
dah lama x main pubg..busy tengok insta sajat.

Hamboiii kawwwww
Quote nikaido 18-3-2019 12:51 PM
PUBG ni takdelah ganas. Tarap2 cs je game tembak2.

Btw several years ago, dkt kedai game, ada budak minta dkt mak dia nak beli GTA5 tapi xkasi sb mak budak ckp game tu ganas, nak beli game lain takpa. Salute jugakla jarang jumpa emak org amik tau pasal game2

* yg viral kata ada sejadah dlm map PUBG, itu lebih kepada russian rug. Mmg ada map vikendi yg based on area Russia/ukraine. Hampir setiap map ada church tp xde viral pulak
Quote shi_jewel 18-3-2019 02:03 PM

well....sbb sajat dia melawak secara spontan. time stress, terus je tgk insta sajat. terhibur sikit hidop.

iol terpikir je, adekah cocyin telah ditiduri oleh sajat? hurmmmmm
Quote she 18-3-2019 04:15 PM
Macik main pubg dah masuk rank Ace dari season 2

Xde pong macik terkesan sampai nak membunuh biawak atau mendera burung merpati yang berak atas atap kete

Yihhhh
Quote baghal_bortuqal 19-3-2019 08:27 AM
shi_jewel replied at 18-3-2019 02:03 PM
well....sbb sajat dia melawak secara spontan. time stress, terus je tgk insta sajat. terhibur siki ...

Aiols akan lebih terhibur the insta sajat meniduri cocyin (kalu Ada)
Quote yarid 19-3-2019 08:28 AM
Bnyak lg game mcm pubg ni. Mcm counter strike . Ada yg lebih ganas lg. Takpelah....mainlah tetris lepas ni......
Quote shi_jewel 19-3-2019 03:23 PM
baghal_bortuqal replied at 19-3-2019 08:27 AM
Aiols akan lebih terhibur the insta sajat meniduri cocyin (kalu Ada)

kalau ade...mau semua pangkat tentera bawang turun padang untuk menyiasat kejadian tu.
Quote mawarika 19-3-2019 08:06 PM
Ioilss tak boleh main pubg..nanti ioilss lalai. Semua keje tak jalan, anak kemana kang.. ioilss kalau main ps sampai 3 4 pagi..kena marah dgn mak. Anak nak skola. Gta tu ioilss x suka..kejam sgt tgk adik, anak and laki ioilss main.. gelak gelak..suka suki tumbuk makcik pakcik negro.. eh
Quote multinicky 19-3-2019 08:09 PM
meols main werewolf dkt plato je.. suke menyakat bbnu dkt sane..kelakar giler bile tgk theyols mcm tu

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.060882 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top